BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 27, 2010

Laluan Ke Syurga


SINOPSIS

"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.

Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.

Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.

ABDUL FATAH ZAKARIA - dilahirkan pada 21 jan 1963, merupakan Imam Masjid Kota Damansara dan bapa kepada tiga orang cahaya mata. Lulusan Diploma dalam Pengajian Islam dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah dalam Pengajian Islam (Quran dan Sunah) di UKM pada tahun 1989. Selepas 2 tahun beliau melanjutkan pelajaran perinkat Master di Universiti Khartoum pada tahun 1991. Beliau juga bekas pensyarah di UIAM (1989-1999) dan Kolej Sultan Zainal Abidin (2000-2007)

Tajuk: Laluan Ke Syurga - Jalan Mana Pilihan Anda?
Penulis: SAbdul Fatah Zakaria
ISBN :
978-983-44519-3-6
M/Surat : 183 M/S
Harga SM/SS: RM 21.90 / 24.90


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...