BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

Armagedon 2010


Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012.

Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012.

Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi.

Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal.

"Armagedon: 2012 boleh menjadi sebuah buku yang diluar dari kotak pemikiran kita. Tulisan Pak Wisnu ada kelainannya yang tersendiri," kata Editor Senior PTS Islamika, Tuan Imran Azmi ketika mengulas buku terbaharu Pak Wisnu ini.

Menurut Tuan Imran, Pak Wisnu cuba menyedarkan masyarakat semasa supaya jangan mempercayai kiamat akan berlaku pada 2012.

Lebih menarik apabila Pak Wisnu mengkaji peristiwa kiamat ini menggunakan Al-Quran dan Hadis.

"Hasil daripada kajiannya, beliau mendapat keputusan yang kiamat akan berlaku pada bulan Ramadan tetapi tidak dinyatakan tahun kiamat tersebut," jelas Tuan Imran.

Turut dimuatkan dalam buku Armagedon: 2012, gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis.

"Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami," kata beliau lagi.

Penulis melalui kajiannya memberikan kronologi satu persatu tanda-tanda kiamat dan bagaimana kiamat berlaku.

Pak Wisnu mentafsirkan kiamat mengikut Al-Quran dan menterjemahkannya sehingga mudah difahami oleh semua golongan serta sesuai dengan sifat semasa.

Tuan Imran berkata, buku yang bakal berada di pasaran pada 1 Syahwal ini boleh dijadikan sebagai manual dan panduan dalam menghadapi kiamat.

"Nantikan kemunculan buku Armagedon: 2012 yang bakal menghempas di pasaran tidak lama lagi," kata Tuan Imran lagi.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

oleh Muhammad Alexander

Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 560

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Akidah, Islam Umum, Perbandingan Agama

Penerbit:

PTS Islamika Sdn Bhd

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...