BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 29, 2012

Al-Quran Al-Karim

Al-Quran ini mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya adalah pada setiap muka surat diletakkan ayat permulaan awal di muka surat seterusnya untuk memudahkan pembacanya mengenali ayat yang seterusnya. Al-Quran ini turut memaparkan gambar yang menunjukkan makhraj huruf bagi memudahkan pembaca mempraktiskan huruf yang disebut untuk bacaan yang betul.

Al-Quran ini turut menghuraikan maksud-maksud yang terkandung iatu istilah-istilah dan tanda-tanda wakaf dalam al-Quran bagi memudahkan pembaca memahami penanda-penanda yang lazim digunakan di dalam al-Quran yang turut menerangkan tempat ayat yang dibaca dengan Riwayat Hafs Tariq Syatibi dan ia mempunyai 2 warna pilihan yang menarik untuk dipilih.


Harga: RM 65.00

Kod Produk: TBAQ1001

Jenis : 2 warna (Biru & Merah)

Saiz: 21.4 x 29.2 (cm)

Cetakan: 4 Warna

Mukasurat: 640 ms

Bookmark : 5 x 19 ( cm )

Biografi Agung Rasulullah S.A.W

BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH SAW adalah sebuah buku yang membawa pembaca mengenal junjungan besar, Nabi dan Rasul terakhir yang diutus kepada kita umat akhir zaman. Sebagai umat yang dilahirkan 1400 tahun selepas kewafatan Baginda tentu kita ingin mengenal perwatakan, rupa paras dan bentuk tubuh Rasulullah. Sebagai umat Islam kita dilarang untuk menggambarkan paras rupa Baginda namun terdapat hadis-hadis yang menceritakan perwatakan dan paras rupa Rasulullah yang dimuatkan dalam buku ini.

Buku ini juga memaparkan Perjalanan hidup Rasulullah bermula dari kelahiran, saat kanak-kanak hingga dewasa, isteri-isteri yang menemani sepanjang hidup Baginda, anak-anak dan cucu, sahabat-sahabat dan pembantu Baginda di sepanjang hayat Baginda menyampaikan risalah tauhid.

SIAPA YANG PERLU MEMILIKI BUKU INI

Buku BIOGRAFI AGUNG RASULULLAH ini harus dimiliki oleh seluruh umat Islam yang merindui, mencintai dan mengharapkan syafaat Baginda. Buku ini adalah sebahagian kecil usaha untuk kita sama-sama mengenal Rasulullah dan terus kekal rasa cinta kita kepada Baginda.Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah SWT dan Para MalaikatNya berselawat(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi Muhammad SAW. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”

Friday, October 7, 2011

40 Hadis Palsu Popular



Amalan hadis palsu yang bersandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat islam.Jika tidak dibendung,dikhuatiri menimbulkan amalan yang diangap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam.Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan Hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini.

Buku 40 Hadis palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar dalam masyarakat.Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

40 Hadis Palsu Popular

oleh

Harga: RM 9.00 / RM 10.00
ISBN-13: 978-967-366-076-6
Tarikh Terbit: 30 Jun 2011
Jumlah Muka Surat : 248

Kategori:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Travelog Hidayah

Melalui buku ini penulis merungkaikan persoalan-persoalan berdasarkan pengalaman hidup yang pernah dilalui beliau. Menyedari dirinya tidak memiliki tahap pengajian yang tinggi seperti penulis-penulis lain, beliau sentiasa memohon agar Allah mempermudahkan penulisan ini, justeru memberkatinya. Namun, keinginan yang terlalu kuat bagi berdakwah membuatkan beliau menjadikan penulisan sebagai medan bagi meneruskan misi sebagai hamba Allah dan khalifah di muka bumi dengan hanya mengharapkan redha daripada Allah jua.

Persoalan-persoalan yang dikongsikan bukan sahaja patut dipertanyakan oleh insan seperti beliau dan para pendakwah yang lain, namun, perkara ini terlalu penting bagi manusia bertanyakan kepada diri masing-masing. Perhalusi pertanyaan tersebut dan cari formula bagi menyelesaikannya menurut kadar kemampuan dan kuasa kendiri yang terbatas. Perkara yang lebih penting, setiap individu dan institusi perlu berusaha. Bukankah usaha itu sudah berada dalam intaian Allah?


Travelog Hidayah

oleh Muhammad Rashidi Abdullah

Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-366-051-3
Tarikh Terbit: 23 May 2011
Jumlah Muka Surat : 144

Kategori: Bantu Diri, Islam, Gaya Hidup, Islam Umum

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Travelog Syahadah

Lahir dalam keluarga yang beragama Kristian tanpa pegangan yang kukuh mahu pun suatu petunjuk atau panduan untuk menempuhi asam garam kehidupan benar-benar mengajar aku erti kesabaran, mujahadah dan menghayati prinsip-prinsip agama setelah memeluk Islam. Selama 22 tahun saya hidup dalam kegelapan jahiliah. Terlalu banyak onak duri yang pernah saya lalui dan tempuhi. Allahu Akbar… betapa hebatnya dan sempurnanya syariat Islam sehingga mampu mengubah seluruh kehidupan saya.

Berjalan di atas muka bumi Allah demi menyambung tugas para Nabi dan para Rasul. Ia bukannya suatu pilihan. Tetapi tugas ini merupakan kewajiban bagi setiap individu Muslim. Cuma, di sana terdapat perbezaan dari sudut uslub dakwah mengikut kemampuan, situasi dan tempat. Apa pun, tugas ini perlu dititikberatkan bagi tiap-tiap individu walau apa pun profession dan bidang yang diceburi. Ia merupakan sumbangan kita kepada Islam yang kita anuti dan yakini.

Golongan seperti kami terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan di awal keIslaman. Disisihkan keluarga, saudara mara, kawan-kawan bahkan orang tersayang, merupakan saat yang amat sukar bagi kami. Mengubah landskap kehidupan jahiliah kepada taat dalam ajaran Islam amat memerlukan kesabaran dan mujahadah yang tinggi. Ketika itulah kami amat memerlukan bimbingan, sokongan dan bantuan dari pihak berwajib mahupun individu yang prihatin. Mudah-mudahan coretan kisah suka duka perjalanan hidup yang saya rakamkan di dalam Travelog Syahadah ini memberi kesedaran dan keinsafan kepada pembaca, terutamnya kepada kalangan Melayu Islam yang berada di dalam dilema,

  1. Dilema antara bangsa Melayu dan agama Islam
  2. Dilema antara adat dan adab.
  3. Dilema antara syariat Islam dengan jahiliah.
  4. Dilema antara rahmat dan laknat.

Mudah-mudahan buku ini memberi kesedaran kepada pembaca khususnya remaja yang masih tercari-cari apa itu erti sebuah kehidupan. Menyingkap rahsia bagaimana Islam mampu mengubah kehidupan seorang remaja yang pernah melalui zaman-zaman jahiliah. Kisah suka duka di perantauan, saat-saat berjinak-jinak dengan Islam dan detik-detik sukar ketika terpaksa meninggalkan kehidupan yang serba-serbi dalam kemewahan dan glamour. Semata-mata kerana ingin memeluk dan mendalami Islam setelah beberapa kali Allah memberikan petunjuk.


TRAVELOG SYAHADAH

oleh Muhammad Rashidi Abdullah

Harga: RM 14.00 / RM 16.00
ISBN-13: 978-967-366-013-1
Tarikh Terbit: 10 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 168

Kategori: Islam, Akidah, Gaya Hidup, Islam Umum,Perbandingan Agama

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Dahsyatnya Taubat Nasuha

Mereka hanya insan biasa. Mereka sebelum ini pernah melakukan perbuatan keji dan mungkar. Mereka menyembah berhala, melakukan zina, membunuh, meminum arak, bongkak serta berani mencabar perintah Allah.

Akhirnya muncul kesedaran dalam hati, terus mereka cepat-cepat sujud bertaubat menyesali perbuatan lalu. Air mata yang mengalir menjadi saksi keinsafan. Namun, penyesalan yang menggugah kesedaran jiwa dirasakan tidak berguna lagi, lantas hidayah Allah menjadi pengubat duka.

Ingin mengetahui bagaimana dahsyatnya taubat mereka? Ikuti kisah mereka yang mungkin berjaya menjentik hati kita supaya bertaubat dan menghindari daripada perbuatan terlarang.

Buku ini merupakan karya Ibnu Qudamah al-Maqdisi. Beliau adalah ulama dan cendekiawan Islam yang terkemuka. Istimewanya, buku ini mengandungi keunikan kisah mereka yang ‘kembali’ kepada Allah, termasuk taubat para malaikat, nabi-nabi, raja-raja, sahabat nabi, ulama dan orang biasa.


Dahsyatnya Taubat Nasuha

oleh

Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-366-105-3
Tarikh Terbit: 19 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 376

Kategori:

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Sebarkan Cinta Mu

Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.


Sebarkan Cinta-Mu

oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin

Harga: RM 31 / RM 34
ISBN-13: 978-967-408-012-9
Tarikh Terbit: 29 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 880

Kategori:

Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...