BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 24, 2010

Belajar Dari Perang Khandaq


Madinah dikepung. Lebih daripada 10,000 perajurit pasukan bersekutu mengelilingi Madinah. Kaum Muslimin benar-benar terancam! Dari luar, pasukan Quraisy dan sekutunya terus mengintai bak harimau kelaparan sedang mengintai buruannya.

Dari dalam Madinah, Yahudi Bani Quraizhah melakukan pengkhianatan, ibarat anjing yang sedia menggigit tuannya. Orang-orang munafik pula seperti gunting dalam lipatan, sedia memanfaatkan peluang jika tiba saatnya. Mereka sama seperti musang berbulu ayam. Zahirnya mukmin, dalamnya menyimpan dendam kesumat membara terhadap Islam.

Demikianlah gambaran ancaman yang menghimpit kaum Muslimin semasa Perang Khandaq. Perang ini berkait rapat dengan serangkai peristiwa yang terjadi sebelumnya. Peristiwa-peristiwa ini menggambarkan banyak perkara. Selain ketegasan, keberanian dan kecanggihan strategi Nabi Muhammad r, juga menjelaskan bahawa musuh-musuh Islam tidak akan berhenti merencanakan kejahatan untuk menghapuskan kaum Muslimin. Di sudut lain, kita dapat melihat ketegasan Rasulullah rmengalahkan para pengkhianat dan penentang itu.

Apa yang dapat dilihat dalam perang ini?

  1. Bantuan Allah dalam perang Khandaq
  2. Peranan munafik dalam perang Khandaq
  3. Keadaan kaum Muslimin dalam perang Khandaq
  4. Penggunaan strategi perang yang membawa kepada kemenangan
  5. Heroisme dalam perang Khandaq

Rahsia Sebuah Manuskrip


Di sebalik deretan kertas kuning dan berhabuk. Tidak ada siapa peduli. Sebuah manuskrip yang sukar ditafsirkan, kompleks dan penuh dengan nada-nada cinta. Setiap helaian padat dengan catatan cerita suka dan duka.


Setelah sekian lama manuskrip itu dipandang sepi, baru detik ini ada yang menyedari kehadiran manuskrip tersebut. Sebuah manuskrip yang bakal mengungkai rahsia yang sekian lama terpendam. Mungkinkah Hajat Munisa Kamil terlaksana? Adakah cinta yang berputik di hati Munir dan Hanan mekar atau gugur sebelum berkembang? Bersama-samalah kita menyelami kemelut cinta yang melanda dalam RAHSIA SEBUAH MANUSKRIP.

“Dibeleknya beberapa halaman. Sekeping poskad lama jatuh. Imej Jabal Nur tersergam indah melatari sisi bergambar. Tulisan jawinya cantik.

-Selamat maju jaya. Aku akan terus di sini. Impianku menjadi pensyarah Bahasa Arab semakin pasti. Doakan keamananku.-”

Karya: Naimisa Yusuf
ISBN: 978-967-5515-09-5
Harga SM/SS: RM 17.00 / RM 20.00

Friday, April 23, 2010

Bila Zina Menjadi Budaya


SINOPSIS

Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari. Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut, kes rogol, perzinaan, buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi apabila masalah sosial ini membimbangkan golongan ibu bapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut. Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adlah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu sendiri. Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.

Tajuk: Bila Zina Menjadi Budaya

Penulis:Mohd Syamil &Adriana Balqis
ISBN : 978-967-5426-18-6
M/Surat : 148M/S
Harga SM/SS: RM 19.90/ 22.90

La Tahzan Gadisku


SINOPSIS

Apakah yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.

"Macam mana dengan masa depan saya nanti?"

"Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?"

Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita?

Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktiber serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, insyaAllah masa depan mereka pasti cerah.


Tajuk: La Tahzan Gadisku
Penulis:Najla Mahfuzh
ISBN : 978-967-5426-15-5
M/Surat : 208M/S
Harga SM/SS: RM 18.00/ 21.00

La Tahzan Kerana Cinta



Cinta bukan paksaan..

Ia lahir dari dua perasaan,

Kehadirannya tidak di undang,

Perginya tiada yang merelakan,

Kerana...

Ia terlalu sukar untuk dimengertikan... C.I.N.T.A merupakan satu perasaan halus yang sukar diungkapkan dengan kata-kata dan digambarkan dengan perbuatan. Setiap insan mendambakan kasih sayang, kebahagiaan dan ketulusan hati terhadap pasangan masing-masing.

Buku ini mempersembahkan kepada anda, apa yang selama ini anda cari...

Buku ini adalah jambatan kebahagiaan yang akan melindungi anda dari penipuan atas nama cinta.

Buku ini juga adalah petunjuk bagi jalan yang terang, agar anda meraih cinta sejati yang membahagiakan


Aku Terima Nikahnya


Melihat anak-anak terkurung di dalam rumah tingkat 11 bak sarang merpati, timbul rasa terkilan. Damai yang dikecap sebagai sebahagian hidup semasa di Ireland dulu, janjinya tinggal janji. Bukanlah kerana rumah tidak berjiran dengan taman. Sulitnya adalah pada masa dan kesempatan. Keluar pagi balik malam, suasana kerja mencuri masa pergi begitu sahaja. Hujung minggu pula terpaksa dibahagi antara kerja isteri di hospital, dengan jadual ceramah dan mesyuarat.

Betapa mahalnya setiap hujung minggu untuk anak-anak membesar damai dengan ibu, bapa dan Allah Pencipta melalui damai taman dan alam sekitar sentuhan-Nya. Di mana janji untuk berdamai di taman… mendekati Dia pada ciptaan langsung-Nya yang kaya.

Buku ini menghimpun coretan rasa dan pengalaman seorang bapa dalam memenuhi tanggungjawab yang menanti sebuah perkahwinan.

Penulis: Saiful Islam * ISBN: 978-983-097-189-6. * Tebal: 190 ms *

Harga: RM22.90

SatuRasa Dua Hati


Setiap penyakit ada ubatnya, setiap masalah ada penyelesaiannya.

Buku ini menyediakan jawapan untuk persoalan seharian rumah tangga. Ia adalah catatan bicara rasa penulis berkaitan dengan hubungan suami isteri dan kerukunan sebuah rumah tangga.

Bagi yang bakal dan telah berkahwin buku memberikan panduan menyemarakkan lagi cinta dalam perkahwinan.

Bagi yang bermasalah buku ini menunjuk jalan untuk membetulkan hala tuju rumah tangga.

Penulis: Pahrol Mohd Juoi * ISBN: 978-983-097-169-8 * Tebal: 224 ms

Harga: RM27.50

Bawa Hatimu Kepada Tuhan


Buku ini memberi satu dimensi baru penulisan ilmiah yang menggabungkan mutiara-mutiara pengajaran dalam pembentukan HATI yang sejahtera.Terdapat 60 bab yang membicarakan tentang konsep ketuhanan dan pengabdian yang kudus, dengan huraian yang ringkas, padat dan amat mudah difahami.

Pastinya HATI ini terseret dan tersentuh dengan setiap persoalan yang ditimbulkan, yang membawa kita merenung dan menilai di mana letaknya HATI.

Hingga akhirnya kita akan bertanya, sudah sampaikah masanya untuk membawa kita membawa HATI ini kepada TUHAN?

BAWA HATIMU KEPADA TUHAN

Amaluddin Mohd Napiah

ISBN: 978-983-097-208-4

Tebal: 216 ms

Harga: RM23.00 (Semenanjung) / RM24.00 (Sabah & Sarawak)

Bercinta Sampai Ke Syurga


Bercinta Sampai Ke Syurga ialah kesinambungan kepada buku best seller Aku Terima Nikahnya.Mengandungi kisah alam rumah tangga dan nasihat yang tersendiri - menyentuh hati, geram, sinis, lucu, marah; kesemuanya diadun dalam nada bersahaja namun isinya tetap tajam dan mantap!

Bagi yang sedang merancang untuk mendirikan rumah tangga, atau yang sedang mengalami masalah rumah tangga…bacalah buku ini.

Mudah-mudahan dengannya anda akan mendapat inspirasi dan panduan dalam membina sebuah keluarga harmoni BAINATI JANNATI.

BERCINTA SAMPAI KE SYURGA

Hasrizal Abdul Jamil

ISBN : 978-983-097-230-5

Tebal : 286 ms

Harga :RM27.00 (Semenanjung) RM29.00 (Sabah & Sarawak)

Langit Ilahi


Tiada siapa yang inginkan kehidupan yang sengsara. Mehnah yang ditempuh bagaikan badai yang bisa membuatkan hati yang rapuh cepat tergugah.

Pernah juga terfikir betapa malangya hidup yang hanya ada derita, seolah-olah bahagia itu tidak mahu singgah walau seketika. Sesekali mengadu kepada Tuhan, terasa hina dan kerdilnya menumpang di bumi-Nya.

Menghimpunkan siri tazkirah yang disampaikan dalam bentuk penulisan yang bersahaja, buku ini mudah dihadam dan dihayati satu-persatu. Buku ini mengajak kita untuk kembali meraih kehebatan hamba bersama Tuhan, Pencipta Yang Maha Agung, kerana kita yakin Tuhan tidak pernah sesekali pun lupakan kita!

KANDUNGAN

Kita Makhluk Mulia
Hidup Itu Anugerah Allah
Kita Akan Kembali Bertemu-Nya
Bertanam Di Dunia, Menuai Di Akhirat
Matlamat Hidup Kita Ialah Ibadah
Hidup Itu Seluruhnya Ibadah
Hidup Ini Perlu Diisi Dengan Ibadah Untuk Kembali Ke Syurga
Kita Punya Tempat Mengadu

Hamba Itu Perlukan Tuannya
Allah Maha Mengetahui Apa Yang Baik Untuk Ciptaan-Nya
Kita Lebih Kecil Daripada Kuman
Hati Yang Hidup Mendorong Anggota Melakukan Kebaikan
Hati Yang Hidup Mendorong Kita Ringan Beribadah
Penyakit-Penyakit Hati Meragut Ketenangan
Hati Yang Sakit Akan Membuahkan Penyakit
Penyakit Hati Dapat Dirawat Dengan Amal
Dugaan Hidup Menguji Iman

Syukur Dan Qana’ah Kunci Bahagia
Marah Menyebabkan Akal Tidak Waras
Kenal Allah Menjadikan Hati Lembut
Ketenangan Itu Natijah Hubungan Baik Dengan Allah
Nyahkan Kegelisahan Untuk Mengundang Ketenangan
Kejahilan Memusnahkan Kebahagiaan
Matlamat Yang Jelas Menghalang Putus Asa
Carilah Bantuan Allah!
Limit Manusia Masih Jauh
Dunia Akhirat Tagihkan Ilmu
10 Sifat Peribadi Mukmin

Peribadi Dibentuk Dengan Membinaan Iman
Iman Yang Benar Buahnya Amal Soleh
Orang Beriman Tahu Nilaian Dunia
Solat, Tapi Belum Bersolat?
Cari Perisai Dengan Solat
Solat Itu Lambang Ketaatan
Ukhuwah Yang Benar Bawa Ingatan Kepada Allah
Sahabat, Lidahnya Ringan Memberi Nasihat
Kegagalan Akan Menambah Ilmu Untuk Lebih Berjaya
Waktu Ialah Ubat Penyembuh Dan Racun Pembunuh
Ayuh, Rancang Kematian!

Realistik Vs Idealisitik
Dengarkanlah Bicara Orang Yang Telah Mati
Inspirasi Dari Kisah Terdahulu
Motivasi Dalam Sirah
Sirah Mencorak Kehidupan Bermaruah
Mencungkil Sirah Agar Bermakna
Hidup Rasulullah Cerminan Wahyu Allah
Mereka Telah Mentaati Allah Dan Berjaya
Kisah Derhaka Buat Iktibar
Islam: Kunci Kebahagiaan

Islam: Rahmat Sekalian Alam
Islam: Mengangkat Martabat Manusiawi
Islam Bermula Dengan Usul, Bukan Dengan Furuk
Islam: Penyelasai Masalah
Penyelesaian Islam Memberi Manfaat Kepada Seluruh Alam
Jadikan Nilai Syarak Sebagai Neraca Petunjuk
Pengalaman Bersama “Abang Besar”
Pengalaman Bersama “Ayah”
Dia Menyinarkan Qudwah
Pengalaman Bersama Murabbi
Pengalaman Bersama Veteran

LANGIT ILAHI: Tuhan Tidak Lupakan Kita
Hilal Asyraf
Kategori Tarbiah Rohani
ISBN: 978-983-097-215-2
Tebal: 224 ms
Harga: RM23.00

Kemana Wang Anda


Anda perlu memiliki buku ini jika anda mahu:
- BEBAS daripada masalah kewangan pada masa hadapan
- BEBAS daripada belenggu hutang
- MENAMBAH pendapatan diri dan keluarga
- TAHU tentang risiko jika pendapatan meningkat

Lagi…
- MENCAPAI matlamat kewangan dari mula bekerja hingga bersara
- JAMINAN kewangan
- TIP mengurus wang pinjaman pengajian tinggi dengan bijak
- BELAJAR mengawal perbelanjaan
- MERANCANG kewangan keluarga
- TIP merancang perbelanjaan untuk anak sejak lahir hingga dewasa
- MENDIDIK anak jimat berbelanja
- TAHU cara bijak berbelanja untuk persiapan raya
- PANDUAN merancang perbelanjaan majlis perkahwinan
- MELABUR secara bijak
- MENAMBAH pengetahuan tentang pengurusan kewangan dengan lebih Islamik

KANDUNGAN BUKU

BAHAGIAN 1 – MERANCANG KEWANGAN
Merancang Kewangan Dalam Fasa Kehidupan
Menyiapkan Peta Perjalanan Kewangan
Pendapatan Yang Berkat
Berlatih Mengurus Wang Sendiri
Merancang Wang Pinjaman Pengajian Tinggi
Suami Sebagai Pemberi Belanja
Isteri Sebagai Pengawal Bajet Keluarga
Naik Gaji Naik Pelaburan

BAHAGIAN 2 – MENGURUSKAN PERBELANJAAN
Berapa Lama Ringgit Berada Di Poket?
Semewah Manakah Diri Anda?
Survival Dalam Keadaan Serba-serbi Mahal
Taubat Daripada ‘Dosa’ Kewangan
Duit Bolos Di Depan Mata
Ayuh ‘Diet’ Belanja!
Boleh Jadi Jutawan Tanpa Rokok
Tingginya Kos Untuk Makan!
Belanja Makan Di Luar Biar Patut
Belanja Raya Yang Berpada
Wang Masuk Dan Keluar Seusai Raya
Merancang Percutian Keluarga
Merancang Keperluan Kenduri-kendara
Polisi Takaful Hantaran Kahwin Era Terkini
Miliki Rumah Dengan Kaedah Selesa

BAHAGIAN 3 – PELABURAN UNTUK ANAK-ANAK
Belanja Untuk Anak-anak
Sediakan Polisi Takaful Untuk Anak Bakal Lahir
Melabur Untuk Masa Depan Anak
Pemilihan Instrumen Kewangan Anak-anak
Pelaburan Saham Vs Saham Akhirat
Masa Untuk Melabur Ke Atas Anak-anak
Roti Goreng Dan Air Masak
Terapkan Congak Orang Niaga Kepada Anak-anak
Permainan Untuk Celik Kewangan Anak-anak

BAHAGIAN 4 – HIDUP SELESA TANPA HUTANG
Banyak Hutang Hati Bimbang
Bebas Dari Belenggu Hutang
Imbangi Status Hutang Anda
Awas! Perangkap Hutang
Kad Yang Lebih Berkat
Pembiayaan Semula Pinjaman Perumahan
Risiko Apabila Pendapatan Meningkat

BAHAGIAN 5 – PELUANG TINGKATKAN PENDAPATAN
Menjana Ekonomi Keluarga
Berhijrahlah Sekarang Juga!
Mendapatkan RM Yang Lebih
Jangan Lepaskan Peluang
Peluang Dan Risiko Melabur
Tip Mengurus Perniagaan Di Rumah

BAHAGIAN 6 – PERSEDIAAN MASA DEPAN
Wang Masa Depan
Konsistenlah Menabung
Sediakah Anda Untuk Bersara?
Merancang Untuk Persaraan
Lindungi Diri Daripada Risiko Kewangan
Takaful dan Pelaburan Sama Penting
Langkah Awal Untuk Pulangan Masa Depan
Sudahkah Menulis Wasiat?

KE MANA WANG ANDA? Hajah Rohani Dato’ Mohd Shahir
ISBN 978-983-097-205-3
Tebal: 224 ms
Harga: : RM22.00

Rindu Bau Pohon Tin


Merupakan catatan kembara penulis di bumi Jordan. Penulis merakamkan pelbagai iktibar kehidupan, berkongsi cerita, memberi ‘rasa’ dalam tawa dan air mata. Jauh dari kampung halaman, kelananya sering dilanda payah dan derita. Namun kenangan yang menjenguk selepas perjalanan masa, rindu pula bertamu di jiwa. Nostalgia itulah yang memperkenalkan erti kehidupan, ukhwah dan kasih sayang.

Sesekali pembaca mungkin akan terbawa-bawa suasana yang disampaikan penulis bagaikan sebuah realiti di depan mata. Itulah musafir kelana. Senaskhah travelog yang mengajak kita mencari diri dalam kembara memburu cinta Ilahi!

KANDUNGAN

MUKADIMAH

BAHAGIAN 1
• RINDU ITU DATANG TIBA-TIBA
• AHLAN WA SAHLAN KE BUMI ISRAK
• KE MEDAN MU’TAH
• RAMADAN, TETAMU DATARAN SYAM
• CERITA TENTANG JORDAN
• AGAR KAUMKU BERINGAT-INGAT
• MENGAPA HARUS TERSINGGUNG
• BAHASA ARAB 100
• MUSUH ALLAH BERIJAZAH SYARIAH
• NAK JUGA CAKAP ARAB
• BUKAN TEMPAT MENCARI JANTAN
• TAKUT JADI, TAKUT TAK MENJADI
• DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN
• MUDAHKAN LALUAN PERUBAHAN DIRI
• SABAR DAN HIKMAH DALAM BERDAKWAH
• NOSTALGIA BIASA-BIASA YANG LUAR BIASA
• HARGA SECAWAN AIR
• RENCAH BAWANG DAN GARAM PERANTAUAN
• KEHENDAK-NYA MEREKA PERGI
• MENJIWAI PEMBERONTAKAN DALAM NASYID
• SALAH NASIHAT
• MIMBAR JUMAAT YANG DIKHIANATI
• BUKAN SESAT, CUMA TAK JUMPA JALAN

BAHAGIAN 2
• QATAR: GEMBALA KAMBING MENINGGIKAN BANGUNAN
• MEMBEKAL GENERASI DONGAK DENGAN JIWA TUNDUK
• PEMIMPIN HARUS PUNYA IDEA
• PULANG DENGAN SERIBU MAKNA

Hasrizal Abdul Jamil
Kategori Travelog Tarbiah
ISBN: 978-983-097-229-9
Tebal: 180 ms
Harga: : RM19.00

VT


Novel ini menceritakan perihal sebuah kumpulan bola tampar di sebuah sekolah bernama MATRI (Ma’had At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah). 10 tahun yang lepas, pasukan bola tampar dari sekolah ini telah mencipta fenomena apabila berjaya menjadi johan dalam kejohanan MSSP’s menewaskan juara terkenal, SSNP(Sekolah Sukan Negeri Perlis).

Namun selepas itu, tiada lagi pasukan bola tampar dari MATRI yang berjaya mengulangi kegemilangan itu, malah prestasi mereka sebentar turun dan sebentar naik tanpa konsisten. Keadaan bertambah parah apabila generasi terkini pasukan bola tampar sekolah itu tidak berada dalam kondisi yang baik, dengan pelbagai masalah melingkari mereka, baik masalah dari segi pelajaran, akhlak, disiplin sekolah mahupun keluarga.

Melihat prestasi buruk pasukan bola tampar sekolah ini, pihak pentadbiran MATRI berhajat untuk membubarkan pasukan yang sudah tenat ini.

Ketika ini, Ketua Warden, merangkap pengurus pasukan bola tampar, bernama Ustaz Mahadzir telah memanggil seseorang untuk menangani masalah ini dengan menjadi jurulatih baru kepada pasukan bola tampar MATRI. Hussam namanya.

Hussam adalah watak yang misteri, nampak mengetahui banyak perkara berkenaan bola tampar, bergerak membawa gagasan sukan sebagai ibadah, dan ISLAM itu tinggi kepada pasukan bola tampar MATRI. Namun dia perlu menghadapi 12 orang pemain yang berbagai ragamnya dan pelbagai pula masalah mereka.

Hussam menggunakan pelbagai strategi untuk menarik hati dan minat serta membina akhlak pemain-pemainnya. Hubungan ukhuwwah antara pemain turut dibina, fizikal ditingkatkan, dan hatta pelajaran turut dijaga. Fikrah disuntik dengan hikmah. Ego dilentur dengan bijaksana. Semuanya berjalan dengan penuh tersusun bawah perancangan Hussam. Hussam bergerak mendidik kumpulan itu, mengatasi segala cabaran.

Masa berjalan, dan Pertandingan Terbuka Bola Tampar Masyarakat Perlis menjengah. Hussam memilih untuk memasukkan pasukan bola tampar MATRI ke dalam pertandingan itu untuk menguji sejauh mana pencapaian mereka. Dalam pertandingan ini, mereka sedar yang mereka masih banyak perkara perlu diperbaiki.

Mereka hampir terkeluar dari pertandingan saat bertandingan PDRM Perlis, namun kemasukan seorang senior bernama Hilal, merangkap pemain senior dalam pasukan bola tampar MATRI telah mengubah keputusan pertandingan.

Pada pertandingan bola tampar terbuka ini jugalah, mereka mengenali seteru mereka yang sebenar, itulah dia SSNP dengan jurulatihnya, Cikgu Senan.
Dalam pertandingan itu, MATRI berjaya mencalarkan rekod SSNP dan memberikan impak kepada pasukan raksasa tersebut, dan menimbulkan ketakutan kepada jurulatihnya. Penonton turut terpukau dengan permainan pasukan MATRI.

Selepas pertandingan itu, Hussam terus menggerakkan pasukan MATRI dan melatih mereka. Prestasi pasukan MATRI juga meningkat dengan perubahan akhlak, dan peningkatan dalam keputusan peperiksaan. Masalah dalam keluarga beberapa pemain turut berjaya diselesaikan. Sengketa Hilal dengan bapanya, berjaya diselesaikan oleh Hussam yang bertindak menziarahi rumah Hilal.

Kemudian cabaran tiba. Ada pihak menyuakan rasuah dan cuba bermain kotor. Ada pula pemain lawan yang dengki dan cuba bertindak keji. Konflik pertandingan bermula. Mengetahui yang MATRI masin belum bersedia, ada pihak yang cuba mengawalkan pertandingan.

Namun Hussam dengan bijaksana telah mengatur latihan intensif bagi mempertingkatkan kekuatan pasukan bola tampar MATRI secara pantas. Maka jurulatih itu mengatur pertandingan antara MATRI dan beberapa pasukan dari universiti di Malaysia. Mereka mengembara di sekitar kawasan pantai barat Malaysia, dari Utara ke Selatan menimba ilmu dan pengalaman. Di penghujung kembara, mereka bertemu dengan kumpulan lagenda MATRI, yang telah berjaya menjadi juara MSSP’s 10 tahun yang lepas.
Ketika itu, identiti Hussam yang sebenar terbongkar. Dia hakikatnya adalah Saiful Rahman, pemain utama dalam pasukan lagenda MATRI.

Kekuatan pasukan bola tampar MATRI tertingkat. Namun ada pihak yang tdiak menyenangi. Lalu menyusun taktik keji. Pergaduhan berlaku kerana hasad dengki, dokumen hilang kerna tidak mahu MATRI menghalangi, namun Saiful Rahman dengan bijaksana mengatasi semua halangan.
Akhirnya, pasukan ini berjaya menumbangkan pasukan SSNP, dan sekali lagi menawan hati masyarakat dengan pembawaan ISLAM dalam syahsiah mereka.


VT
Hilal Asyraf
ISBN 978-983-097-227-5
Tebal: 520 ms
Harga: : RM27.00

I Love You Too


Merupakan sebuah buku motivasi Islam yang mengupas isu-isu rumah tangga—peranan suami, isteri, ibu, bapa dan anak-anak dalam mengharungi hidup seharian. Selain itu, hal-hal ibadah harian juga disentuh. Ada yang sinis, ada yang lucu!
Himpunan sketsa rumah tangga ini digarap dalam bahasa yang mudah dan penuh unsur humor, namun sarat dengan mesej dan panduan.

TENTANG PEREMPUAN

SKETSA 1 Kenapa Tak Kahwin-kahwin Lagi?
SKETSA 2 Sukarnya Mencari Khadijah!
SKETSA 3 ‘Audition’ Calon Suami
SKETSA 4 Wanita Super
SKETSA 5 Penghargaan Buat Ibu dan Isteri

TENTANG LELAKI

SKETSA 6 Yang Bernama Lelaki a.k.a Suami
SKETSA 7 PANBUSEN Panaskan Rumah Tangga
SKETSA 8 If Anything Happen to Me …
SKETSA 9 Sporting Si Luncai Moden

TENTANG ZURIAT

SKETSA 10 Transfer Tanggungjawab Tak Semudah Transfer Akaun
SKETSA 11 Mari Cermin Muka Kita
SKETSA 12 Kenalah Jadi Role Model
SKETSA 13 Cerita 2 x 5 = 10
SKETSA 14 Melaburlah Demi Akhirat
SKETSA 15 Pendidikan Seks di Rumah
SKETSA 16 Anak Kita Buat Apa Tu?
SKETSA 17 Penyakit ‘Kerenah Budak Besar’ Sudah Mari!
SKETSA 18 Episod Kejar-Mengejar
SKETSA 19 Ikan Masak Fried Chicken
SKETSA 20 B udak-budak Inilah Harapan Kita
SKETSA 21 Duty Ibu Bapa Tak Pernah Ada Off
SKETSA 22 Harga Rindu Orang Tua

IKLIM RUMAH TANGGA
SKETSA 23 Suami-suami Hebat Akhir Zaman
SKETSA 24 Dia Tenang, Engkau Pun Tenang
SEKTSA 25 Ragam Romantis Emak dan Ayah
SKETSA 26 Perang di Rumah: Siapa Nak Menang dan Siapa Menang?
SKETSA 27 Wang Besar Wang Haram
SKETSA 28 Ke Mana Hilang Special Service Isteri?

MENCARIK ADAT
SKETSA 29 Terbalik Pula Jadinya!
SKETSA 30 Kenapa Lelaki Patut Suka Pada Aku?
SKETSA 31 Bikin Bakal Mentua Cair
SKETSA 32 The Making of … ‘Cerita Tentang Kahwin’
SKETSA 32 Nak Sebut Sayang Pun Malu

MEMAKNAKAN IBADAH

SKETSA 34 Jalan Short Cut ke Syurga
SKETSA 35 Post-mortem Amalan
SKETSA 36 Aduh! Macam Mana Kita?
SKETSA 37 Cincai Dalam Taubat
SKETSA 38 Ada Hati Nak Masuk Syurga
SKETSA 39 Mengejar ‘Mata Ganjaran’ Manusia
SKETSA 40 Score Penalty Semasa Ramadan
SKETSA 41 Pergi Mungkin Tak Kembali
SKETSA 42 Jangan Usung Guni Bocor, Pahala Tak Dapat Dosa Berterabur!

ISBN : 978 983 097 223 7
Penulis : Badrul Hisyam Shari
Harga : RM 19.00

Lembutkanlah Hatimu


SINOPSIS
“Kenapakah hati jadi sakit, kotor ,kasar, keras, buta atau terkunci? Jawapan kepada persoalan tersebut tidak lain disebabkan oleh dosa yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak…

“Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita kepada Allah SWT. Doa-dosa itulah juga yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran. Dosa-doa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat dan teguran.”

Himpunan 60 tazkirah pengucian jiwa dan hati ke arah kehidupan yang lebih sejahtera. Mengupas isu-isu temporari yang sering dipandang ringan oleh masyarakat hari ini dalam mencari erti sebenar kehidupan seorang hamba. Lembutkanlah hatimu.., nescaya episod hidupmu akan lebih bermakna.

Antara kandungan:
• Hati Amanah Allah kepada Kita
• Kekalkan Hati yang Bersih
• Apabila Azan Diswastakan
• Aktifkan Akaun Hasanat Anak-anak
• Ibu Bapa Guru Pertama Anak-anak
• Bermula daripada Solat
• Jadikan Rumah sebagai Madrasah
• Lembutkan Hati untuk Mendapat Rahmat Allah
• Memadam Memori Silam
• Mulai dengan Taubat Nasuha
• Baki Usia yang Sia-sia
• Masa yang Berlalu Tidak Dapat Diganti Lagi
• 50 Tahun Mendamba Redha-Nya
• Apa Nak Jadi
• Akibat Mensia-siakan Solat
• Sujud Menyerlahkan Sifat Kehambaan
• Langkah ke Masjid Langkah Hasanat
• Rahsia Terkandung dalam Ucapan “Amin”
• Rindukan Doa Malaikat
• Ada Cara Hajat Cepat Ditunaikan
• Antara Nikmat dengan Istidraj
• Banyak Songel Tanda Tidak Syukur
• Jadikan Rumah sebagai Tempat Beribadat
• Kuntum Senyum Jumaat
• Muliakan Jumaat dengan Banyak Berdoa dan Berselawat
• Hidup Sentiasa Berzikir
• Dua Kegembiraan
• Kita Masih Jahil
• Mudah-mudahan Sebagaimana yang Disangkakan Orang
• Penilaian yang Benar Mengenai Baik dan Betul
• Allah yang Menjadikan Manusia Pandai
• Natijah Ilmu untuk Mencari Redha Allah
• Sedekah yang Afdal
• Sesuatu yang Diinfakkan Itulah Milik Kita
• Pencetus Kebaikan Dapat Pahala Berganda
• Makrufat Mahar ke Syurga
• Disayangi Allah Dicintai Manusia
• Dia Lebih Baik daripada Diriku
• Berilah Kemaafan untuk Mendapat Ketenangan
• Kitalah yang Mula Menghulur Tangan dan Memberi Salam
• Tiga Hari Sahaja
• Hanya Seorang Diri
• Tiada yang Terlepas daripada Pengetahuan Allah
• Apabila Allah Murka
• Jauhi Perangai Himar
• Seringan-ringan Azab Allah
• Orang Zalim Akan Bangkrap di Akhirat
• Kezaliman yang Tidak Popular
• Istighfar Mengindahkan Majlis
• Nifaq Mengheret ke Dasar Kawah Api Neraka
• Penyakit yang Paling Ditakuti Rasulullah
• Bank Amalan Jadi Zero
• Riddah Meranapkan Semua Amal Ibadah
• Berserah Diri kepada Allah
• Satu Keluarga Besar dengan Ikatan Akidah
• Memelihara dan Merealisasikan Misi Agung
• Berjuanglah atas Keyakinan Janji Allah
• Usah Bersikap Lemah
• Menyambung Tugas Rasul sebagai Muzakkir
• Warnai Dakwah dengan Hikmah

CONTOH BAB 1

Dalam bidang perubatan, satu rumusan atau kesimpulan telah diputuskan (digazetkan) bahawa jantung (hati) yang sihat merupakan faktor utama dan menjadi sumber kesejahteraan hidup seorang manusia. Bahkan semua orang menerima (akur) bahawa selagi jantung berada dalam keadaan baik yakni masih berfungsi mengepam darah secara teratur (sistematik) ke seluruh anggota tubuh, maka selagi itulah manusia berada dalam keadaan sihat wal ‘afiat.

Justeru, dengan sifir atau kaedah yang sama, telah dirumuskan secara muktamad bahawa kebaikan jasmaniah (lahiriah) seseorang itu bergantung (terletak) kepada kebaikan hatinya (rohaniah) kerana hati merupakan anggota yang paling penting di dalam tubuhnya.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging, bilamana dia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana dia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah hati.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Perbezaan pendapat mengenai hati dan akal

1) Para ulama mazhab Imam as-Syafi‘i rahimahullah mengatakan bahawa: Sumber asal pada akal (‘aqlun) ialah hati dan otak yang terdapat di dalam kepala itu hakikatnya berasal dari hati.

Apa dalil mereka?

Firman Allah SWT: لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا

Terjemahan: Mereka mempunyai hati, namun (tetapi) mereka tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah).
(Surah al-A‘raf: 179)

Hujah dan pandangan yang sama diguna pakai oleh ahli falsafah dan ulama mutakallimin.

2) Manakala mazhab Imam Abu Hanifah rahimahullah mengatakan bahawa: Akal itu terletak pada otak.

Pendapat yang serupa telah diterima pakai dan dikeluarkan oleh para doktor (ahli perubatan) dengan hujah bahawa bilamana otak menjadi rosak maka rosaklah akal manusia.

Kajian dan pemerhatian berterusan dalam ilmu perubatan telah mengesahkan bahawa punca fikiran seseorang manusia itu terletak di (pada) otaknya kerana pancaindera yang lain hanya akan bergerak dengan arahan yang dikeluarkan oleh otak.

Sumber yang asal

Sekalipun terdapat dua perbezaan pendapat dalam hal ini, namun satu kenyataan umum telah diterima pakai bersama bahawa HATI kekal sebagai sumber asal kehidupan (pergerakan) seluruh anggota badan termasuklah otak.

Hujah dan rasionalnya ialah bilamana hadis Nabi SAW mengatakan bahawa kesejahteraan jasad lahiriah dan fikiran dihubungkaitkan dengan hati, ia membawa makna jasad dan fikiran telah dihubungkan dengan sumbernya yang asal.

Sumber kehidupan kita yang asal inilah yang wajib dipelihara dan dijaga supaya sumber tersebut sentiasa bersih pada pandangan Allah SWT. Hati itu amanah Allah kepada kita untuk dijaga dengan segala daya upaya yang ada.

Menjaga amanah ini sememangnya tugas yang amat berat dan sukar lebih-lebih lagi dengan kewujudan dua musuh tradisi manusia yang sangat menginginkan agar manusia tersembam ke lembah kehinaan dan kemurkaan Tuhan. Siapa lagi mereka kalau bukan syaitan dan nafsu?

Namun bagi para solehin yang telah membulatkan azam dan tekad semata-mata mahu membesarkan Allah lewat kehidupan di dunia yang sementara ini, insya-Allah laluan penuh ranjau ini pasti akan dipermudahkan Allah buat mereka. Itu janji-Nya yang pasti.

Jika Allah mahu memudahkan perjalanan hidup seseorang, maka Allah boleh sahaja memudahkan segala urusannya kerana kunci kemudahan itu ada di dalam genggaman-Nya. Kunci hidayah dan kunci kemudahan itu ada dalam kesungguhan berjihad dan bermujahadah di jalan-Nya. Itulah jaminan Allah sejak berabad yang lalu.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Mereka yang berjihad /bermujahadah (bersungguh-sungguh) di jalan Kami pasti akan Kami tunjuki (beri hidayah) jalan-jalan Kami; Sungguh, Allah bersama orang yang berbuat baik.”
(Surah al-‘Ankabut: 69)

Setelah Allah memerintahkan manusia memelihara dan membersihkan hati mereka, Allah telah, sedang dan akan melihat dan memantau pula siapa yang sanggup taat melaksanakan perintah-Nya dan siapa pula yang membelakangkan perintah-Nya itu.

Yakinilah bahawa pemantauan dan penilaian Allah itu Maha Halus lagi terperinci “detail”. Dengan penilaian yang terperinci itu, maka Allah dapat menyaring daripada kalangan hamba-hamba-Nya nanti siapakah antara mereka yang benar taat dan patuh kepada-Nya.

Nah, kepada yang taat, dijanjikan keberuntungan dan kejayaan yang besar. Manakala buat mereka yang culas dan ingkar dijanjikan untuk mereka kerugian dan kehinaan.

Allah SWT berfirman lagi yang bermaksud:

“Sungguh beruntunglah orang yang senantiasa membersihkan jiwanya dan sungguh merugilah orang yang senantiasa mengotori jiwanya.”
(Surah asy-Syams: 9)


ISBN: 978-983-097-247-3
PENULIS: AMALUDDIN MOHD NAPIAH
TEBAL: 224 halaman
HARGA: RM23.00

Stanza Cinta


Amni Sorfina memerlukan seorang lelaki yang mampu membimbingnya, bukan lelaki yang dia perlu bimbing. Dalam masa yang sama, dia berasa bertanggungjawab membimbing Irfan ke jalan yang lurus.

Perlukah dia mengorbankan cintanya yang terlalu mendalam buat Taufiq, demi menunaikan sekeping janji dan amanah?

Berhadapan dengan saat paling sukar dalam hidupnya, Amni harus belajar tersenyum dalam derita dan bersangka baik dengan segala takdir Allah buatnya.

Apakah ini bermakna dia harus melepaskan pergi sesuatu yang paling diinginkan, yang sejak sekian lama baru ditemui?


Stanza Cinta

ISBN: 978-983-097-244-2
PENULIS: Nurull Halawati
TEBAL: 408 halaman
HARGA: RM21.50

Perindu Pelangi


Usia Akil masih terlalu mentah untuk menanggung musibah sebegitu berat. Mujurlah ada tangan yang simpati, lalu dia dibawa pergi – meninggalkan sepi pusara bonda dan tanda tanya tentang siapa ayahnya.

Belasan tahun Akil menikmati warna-warna kehidupan yang ceria di Guangzhou, China. Namun segalanya berubah selepas perkenalannya dengan Isador, angkasawan misteri yang mencari kebenaran.

Konflik dengan Ho Man, kemelut hubungannya dengan Xiao Wei dan peristiwa tragik sewaktu kepulangan singkatnya ke Malaysia . . . semua itu seakan petanda Allah menarik balik satu demi satu nikmat daripadanya.

Apakah dia akan terus merindui pelangi? Atau mungkinkah ada anugerah tersimpan untuknya di ufuk nan kelam?


Klik gambar untuk baca

PERINDU PELANGI

ISBN: 978-983-097-246-6
PENULIS: Siti Munirah A. Rashid
TEBAL: 388 halaman
HARGA: RM19.00

Secangkir Teh Pengubat Letih


Bumi Ataturk tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Roh Islam masih subur di situ! Itulah perasaan yang akan terzahir apabila menatap naskhah kedua Siri Travelog Tarbiah karangan Ustaz Hasrizal ini. Penulis menumpahkan segala pengalaman beliau di Turki yang juga dianggap rumah kedua selepas Jordan.

Warga Turki masih utuh pegangan akidahnya, para huffaz bertebaran di buminya, ukhuwah islamiah masih membara di dada penghuninya, malah tiada Muslim yang akan rasa terasing apabila bertandang ke sana.

Secangkir teh yang diteguk di bumi Ataturk hari ini, mungkin akan menjadi pengubat letih dan dahaga sehingga hari esok!

Bersama kita selusuri pengalaman kembara seorang insan dalam mencari damai di celah-celah rimbunan mehnah yang mencengkam. Ukhuwah dan kasih sayang, tawa dan air mata – segalanya terangkum di dalamnya…

Antara kandungan:
* Mencari Damai Diri * Canakkale Ajaibnya Turki * Secangkir Teh Pengubat Letih * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Bahasa Yang Pergi… * Ukhuwah Di Bumi Afyon * Orang Berbudi Kita Berbahasa * Sejarah Tua Kaum Muda Berulang Lagi * Dan banyak lagi…


SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH

ISBN: 978-983-097-238-1
PENULIS: HASRIZAL ABDUL JAMIL
TEBAL: 280 m.s
HARGA: RM25.00

Aura Iman


Saban hari, pelbagai peristiwa berlaku. Ada yang mencipta suka dan bahagia, dan tidak kurang juga yang mengundang sedih dan derita. Namun bagaimanakah kita mengambil pengajaran darinya?

Adakah kita pernah terfikir bahawa segala yang berlaku itu adalah peringatan daripada Allah SWT untuk mengejutkan kita daripada terus leka dan terlena?

Kupasan 40 tajuk yang disandarkan dengan pelbagai peristiwa semasa mengajak kita bermuhasabah dengan kejadian alam.

Dengan bahasa yang mudah berserta sokongan fakta-fakta yang diadun kemas, menjadikan naskhah ini sesuai dijadikan bahan rujukan buat mereka yang suka berfikir.

Fikir dan zikir…

Antara kandungan:

* Iktibar daripada Mala Petaka Alam * Mata Anugerah Ar-Rahman * Ingat Mati Menambah Jernih Mata Hati * Mukmin Cemerlang Bijak Mengurus Masa * Integriti Seorang Khalifah * Akhirnya Suamiku Insaf… * Mufti Hati… Carilah Bekal Menghadap Tuhanmu * Wasiat Buat Kita * Dan banyak lagi…

AURA IMAN
ISBN: 978-983-097- 258-9
PENULIS: WAN MOHD RUZLAN WAN OMAR
TEBAL: 248 m.s

HARGA: RM22.00

Murabbi Cinta


MURABBI CINTA

ISBN: 978-983-097-259-6
USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL
TEBAL: 280 ms
HARGA: RM RM25.00

Nota Fikir Untuk Zikir


NOTA FIKIR UNTUK ZIKIR

KATEGORI: MOTIVASI
ISBN: 978-983-097-260-2
PENULIS: Pahrol Mohd Juoi
TEBAL: 184 ms
HARGA: RM19.00

Thursday, April 15, 2010

Far East Halawatul Iman II


FAREAST
[Halawatul Iman II (Saat Lafaz Sakinah)]


Kumpulan Fareast adalah Sebuah kumpulan nasyid popular tanahair yang memartabatkan lagu-lagu berunsurkan tarannum Al-Quran.Fareast dianggotai seramai 4 orang iaitu Nabil bin Ahmad,Azwan bin Ibrahim,Ahmad Fadzli bin Bakar Dan Shariman bin Badzri.Kini mereka bakal mengeluarkan album terbaru mereka iaitu Halawatul Iman II ( Saat Lafaz Sakinah).Kata Azwan Fareast lagi "album sudah siap hanya menunggu masa untuk dikeluarkan".

Nantikan kemunculan Album Terbaru dari Far East - Halawatul Iman II (Saat Lafaz Sakinah) akan release sekitar bulan April ini [jangkaan FN], insyaAllah.Semoga peminat Fareast sabar menanti album mereka yang bakal mewarnai lagu-lagu yang menarik daripada mereka.Kini kita dapat melihat artis-artis nasyid telah membuka lembaran baru dari segi penampilan,cover album yang mantap, paduan vokal setiap kumpulan nasyid sebgai contoh Mirwana, dan sebagainya.

Untuk pengetahuan semua Anas Tahir kini memasuki kumpulan nasyid Firdaus..Admin FN sempat berbual dgn Bro Akbar (ex-Brothers) mengenai status Anas Tahir yang keluar daripada Kumpulan Fareast.Akhirnya sudah jelas bahawa Anas masih setia dengan Nasyid.Tahniah kami ucapkan.

Sunday, April 11, 2010

Permata Hijjaz CD




















SENTUHAN MUZIK ORKESTRA YANG MAMPU MENGGETAR JIWA


Miliki Album [Permata Hijjaz 2010] yang akan berada di pasaran sekitar bulan April dengan harga RM 35.90 seunit.Menampilkan kelainan dalam konsep LIVE STRING OCHESTRA dan semestinya menguji telinga anda.Untuk pengetahuan semua peminat Hijjaz bahawa album ni hanya mengeluarkan CD sahaja dan kaset tidak akan dikeluarkan.


*Maklumat Terkini Dapatkan album di pasaran bermula 5 April 2010 (Isnin)


Antara lagu-lagu didalam album [Permata Hijjaz 2010] adalah seperti berikut :

1-Gurindam Berkasih

2-Embun Hidayah

3-Satu Amanah

4-Syukur Pada-Mu

5-Neraca Diri

6-Ratu Nil (Yukabid)

7-Ala Baladi (Arabic)

8-Kekasih Agung 1400

9-Engkau Insan Sempurna

10-Iman Islam Ehsan

11-Kalimah Utama

Menariknya di dalam album Permata Hijjaz 2010 mengandungi booklet seperti album Mirwana "Bumi Akhir Usia".Kini Hijjaz mengambil inisiatif untuk membuat perubahan dalam album terbaru mereka.Kita sedia maklum bahawa Hijjaz terkenal dengan kopiah mereka,dan didalam album ini mereka bakal mengeluarkan kopiah Hijjaz yang baru serta menawan dihati semua.

Didik Anak Gaya Rasulullah


Anak-anak pada hari ini kelak menjadi orang dewasa yang mempunyai peranan penting di masa hadapan. Bahkan di bahu mereka tergantung nasib dunia ini kerana mereka memang tumpuan harapan generasi tua. Syariat Islam menaruh perhatian yang besar pada mereka. Ajaran Islam banyak mengupas dan membahas mengenai anak-anak.

Dalam syariat Islam, kita menemukan pelbagai hukum berkenaan hak dan kewajipan anak dan hukum-hukum lain yang bersangkutan. Dalam syariat Islam, ada ketetapan mengenai hukum kanak-kanak bukan sahaja sejak dia lahir ke dunia, bahkan sejak anak itu berada di dalam kandungan ibunya, sehingga dia remaja dan seterusnya dewasa. Semua hukum itu bertujuan mewujudkan masyarakat yang sempurna, lahir dan batin. Ia juga menjaga setiap individu daripada gangguan orang lain.

Dengan semua hukum ataupun peraturan yang ada sangkut pautnya dengan anak-anak, terkandung penetapan prinsip-prinsip dasar pendidikan yang penting. Melaluinya, para pendidik dapat memahami apakah tugas yang perlu mereka laksanakan demi kebaikan kanak-kanak. Alangkah baiknya apabila setiap orang yang bekerjaya sebagai pendidik mampu melaksanakan tugasnya sesuai dengan hukum-hukum pendidikan yang digariskan dalam Islam dan prinsip-prinsip pendidikan yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad.

Ketentuan hukum-hukum yang berkenaan dengan anak-anak adalah peringatan bagi para pengasuh dan pendidik akan kepentingan memperhatikan anak-anak sejak lahir dan segala perkembangannya. Dengan demikian, hak anak terlindung dan dia membesar sebagai manusia yang sihat dan kuat daripada segi jasmani dan rohani.

Antara persoalan yang berkenaan dengan anak-anak yang diatur dalam syariat Islam adalah hal aqiqah, menyusu dan memelihara anak, memberikan nafkah kepada anak, hukum dalam hal ibadah, hukum dalam bermuamalah, pernikahan anak di bawah umur, talak, kesaksian dan kewaliannya.

Bagi menjelaskan semua hal itu, buku ini ditulis bagi dijadikan panduan untuk setiap orang Islam dalam mengasuh dan mendidik anak. Buku ini mengandungi hukum-hukum yang berkenaan dengan aktiviti anak. Ia memuatkan pelbagai kepentingan dalam kehidupan kita secara khusus dan umum serta mengandungi pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat. Ia adalah kajian yang menyentuh kehidupan anak-anak dan cara mengurusnya dalam pelbagai aspek. Dengan demikian, anak-anak mendapat hak-haknya secara benar, baik berkenaan dengan hak pengasuhan, mahupun penjagaan dan pendidikan.

Perbahasan dalam buku ini adalah berdasarkan Quran dan hadis serta didukung oleh kitab-kitab utama terdahulu dalam empat mazhab khususnya dan kitab-kitab klasik yang lain.


Prof. Dr. Huzaemah

Harga: RM RM29.90 / RM RM32.90
ISBN-13: 978-983-3603-994-7
Tarikh Terbit: 30 Jun 2010
Jumlah Muka Surat :

Keranamu Aku Cemburu


Buat pasangan suami isteri yang sentiasa diuji dengan onak dan duri, selami isi hati pasangan masing-masing yang setiap detik saling bergantungan dan memerlukan.

Walaupun adakalanya terbit rasa cemburu dengan perubahan tingkah laku dan tutur kata, bendung perasaan itu selagi termampu. Justeru, nilai kasih dan tanda hormat para suami dan isteri sentiasa bersemi dalam sanubari.

Kisah-kisah benar di dalam buku Keranamu Aku Cemburu mampu memberikan motivasi dan suntikan ispirasi baru dalam jiwa para suami dan isteri, supaya setiap pasangan dapat mengawal perasaan cemburu daripada terus beraja di kalbu.

Buat para suami dan isteri, usah biarkan perasaan cemburu menguasai dirimu sehingga terlupa kepada Tuhan yang satu. Sebaliknya, dirimu yang mengwal rasa cemburu daripada memisahkan ikatan suci itu.


Asma Nadia

Harga: RM 12.50 / RM 14.50
ISBN-13: 978-967-5564-04-8
Tarikh Terbit:
Jumlah Muka Surat : 176

Aminah Bunga Kaum Quraisy


Aminah, wirawati dengan seribu satu pengorbanan yang jarang diketengahkan.

Daripada baris pertama sehingga baris terakhir buku Aminah- Bunga Kaum Quraisy, kita dihidangkan secara terperinci babak-babak hidup Aminah, bonda junjungan hebat, Nabi Muhammad. Hidup beliau singkat namun sentiasa diuji dengan pelbagai peristiwa.

Puji-pujian pada keelokan fizikal dan pekerti Aminah diolah sehingga membuatkan kita sedar pada kehebatan ibu nabi terakhir ini. Betapa beliau adalah permata terlindung yang mampu dilihat oleh beberapa mata yang terpilih sahaja.

Episod cemas yang berlaku apabila Abdul Mutalib perlu memilih salah seorang daripada anaknya sebagai korban juga diceritakan satu per satu secara terperinci. Buku ini membawa pembaca meneliti kegusaran pelbagai pihak termasuk Aminah, tatkala mendengar bakal kekasih hatinya mungkin dikorbankan sebelum mereka sempat diijab kabul.

Kisah di sebalik perkahwinan antara Aminah dan Abdullah, juga kehidupan mereka selepas berkahwin turut diperincikan dalam tulisan ini. Apalagi susunan ceritanya yang teratur dan melewati saat cemas. Lebih dahsyat lagi apabila Abdullah meninggalkan rumah, sedangkan mereka masih lagi dalam fasa berbulan madu.

Abdullah menemui Tuhan tatkala Aminah sedang mengandungkan anak sulung mereka, yang akhirnya menjadi pemimpin terungggul umat Islam. Lalu, bermula episod kehidupan Aminah sebagai ibu tunggal.


Ezee Rahmani

Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5564-10-9
Tarikh Terbit:
Jumlah Muka Surat : 216

Hayati dan fahami setiap baris ayat di dalam buku ini supaya semua wanita mampu menempuh dugaan hidup masa kini tanpa ada keluhan panjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...