BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label Terbitan Anbakri Publika SDN BHD. Show all posts
Showing posts with label Terbitan Anbakri Publika SDN BHD. Show all posts

Tuesday, February 23, 2010

Kisah Cinta Dalam Al-Quran free CD



Cinta diistilahkan sebagai tajuk yang “terbungkus” kerana ia berupa perasaan. Jauh di dasar agama, ia bersifat “malu-malu”, berwajah seni dan menjadi bawaan jiwa. Ia seakan-akan menjadi “taboo” dari dikupas rahsianya biarpun oleh orang yang sepatutnya “ahli” hingga ke dasar pengertian. Hadirnya ghaib tetapi roh kezahirannya wujud memukau dan sering meninggalkan kesan cakaran yang keliru di mana-mana. Dengan itu menjadikan, cinta itu sendiri memerlukan pentakrifan dan pemerincian. Inilah asas kewajaran tampilnya buku ini. Ia mewah menghidangkan gelora cinta yang melanda, lewat kisah-kisah yang pernah dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan. Ia dihidangkan “live” !

Jika mampu kami gambarkan cinta itu barang sedikit, ia sesungguhnya sebuah anugerah kudus ciptaan Allah SWT. Ini jelas diisyaratkan oleh al-Quran sendiri seperti firmanNya yg bermaksud:

“Katakanlah jika kamu menyintai Allah, maka ikutilah aku nescaya Allah akan mengasihimu.” (Surah al-‘Imran Ayat 31).

Karya: Misbah Em Majidy
ISBN : 978-968-5-24900-2
Jumlah Mukasurat: 240
Harga SM/SS : RM 23.00 / RM 26.00

Telaga Budi


Telaga Budi, menakung limpahan jasa dan budi. Telaga Budi, dituang dalam bentuk petikan hikmah yang bisa menyuburkan akal budi. Ini bukan telaga buta, tetapi Telaga Budi. Di dalamnya tertuang sejumlah kebijaksanaan dan ketinggian ilmu daripada ikon ulama tersohor di Asia Tenggara. Untaian hikmah dipetik, lalu dipunggah dan disusun rapi oleh Setiausaha Politik yang kerap mendampinginya, Tuan Haji Annual Bakri Haron.
Kalau sudah namanya telaga, pasti tertakung kesegaran air yang menghilangkan dahaga sang musafir di alam fana. Nah, kitalah musafir itu. Sekalipun tidak bisa melawan keampuhan telaga zam zam dan kauthar…paling tidak ia bisa menyegarkan minda dan nubari yang kian layu dipanah mentari mazmumah.
Telaga Budi, bukan sekadar lontaran idea dan gagasan minda. Ia adalah komunikasi ruh yang menyeru bahawa setiap daya usaha di bumi memberi impak di negeri abadi…ia tertuang di dalam dinginnya telaga manusia yang berbudi

Karya: Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN : 978-967-5249-03-7
Jumlah Mukasurat: 218
Harga SM/SS: RM 18.00 / RM 21.00

Tundukkan Hati


Tundukkan Hati. Buku yang cuba membelek keikhlasan kita, sebenarnya cuba menyemak kesan terhadap hati daripada segala aktiviti perhambaan. Alhamdulillah. Kesan daripada sambutan terhadapnya yang telah melepasi garis biasa mendesak kami untuk segera menerbitkannya dalam nafas yang lebih segar. Lazimnya, pokok yang dipupuk semula, digembur dan dibajai akan lebih redup naungannya. Ia akan menerbitkan buah yang lebih ranum untuk dikupas dan dinikmati. Demikian jualah dengan versi Tundukkan Hati yang kami kemaskinikan buat kali kedua. Insya-Allah, ia tegar tunduk. Namun, ia masih tetap merendah untuk meramahi penikmatnya.
Bagaimana untuk menjadi bijaksana? Jawapannya, kita mesti menjadi manusia yang zuhud untuk menjadi bijaksana. Orang yang zuhud akan sentiasa merasakan bahawa dunia ini cepat hilang, punah, hancur dan akan berkurangan. Allah SWT telah berfirman dalam surah al-A’la ayat 70 yang bermaksud: “…Dan akhirat adalah lebih baik dan kekal.”
Malah, nasihat Nabi Isa AS kepada sahabat-sahabatnya:
“Masuklah ke dalam dunia, tetapi jangan engkau menyibukkan diri di dalamnya.”
Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:
”Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta, tetapi kekayaan jiwa.”
Orang yang kaya jiwa lebih tenang hidupnya kerana taqarrub mereka kepada Allah SWT. Mereka menumpahkan perhatian untuk memburu bekalan akhirat. Seperti orang lain, mereka juga menjalani kehidupan yang normal, namun apa yang membezakan mereka adalah tingkat keimanan yang sangat utuh. Mereka memilih untuk mencintai akhirat berbanding dunia. Lantaran itu, Rasulullah SAW memandang mereka sebagai ‘orang kaya’ walaupun mereka ini tidak mempunyai jumlah harta yang melimpah ruah. Ingat atau zikir kepada Allah SWT penting mendidik peribadi Muslim. Mengingati Allah SWT memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Dengan zikir manusia akan mengenal Allah SWT, mengenal diri dan mengakui kelemahannya. Selain itu, mengingati Allah SWT juga akan melahirkan keyakinan bahawa ketaatan yang dilakukannya adalah kurniaan Allah SWT. Kesannya, sifat ujub, bangga diri dan sebagainya dapat dihindari. Ayuh! Pupuklah cinta kepada akhirat!

Karya: Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat
ISBN:978-983-47348-0-8
Jumlah Mukasurat: 157
Harga S/M: RM15.00
S/S:RM18.00

Kesan Dosa Dalam Hidup


Hati adalah kerajaan di dalam tubuh manusia. Hati bisa menguasai akal, hati juga bisa menjadi tapak semaian nafsu. Mendidik hati adalah prioriti agar hati bisa tunduk dan patuh kepada Pencipta alam dan Pemilik seluruh hati. Setelah mengekstrak sebahagian kitab karangan Ibnu Qayyim yang berjudul Al-Jawabul Kaafi li Man Sa’ala Anid Dawai’e as-Syafi, akhirnya Ustaz Ahmad Asri Lubis menghidangkan sebuah karya terjemahan berjudul Kesan Dosa Dalam Hidup.
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, dilahirkan di Damsyik, Syria tanggal 4 Februari 1292 dan meninggal pada 23 September 1350. Beliau adalah seorang imam ahli sunnah wal jamaah, intelektual dan ahli fikah yang hidup pada abad ke-13. Tersohor sebagai fuqaha’ bermazhab Hambali. Disamping itu, beliau turut terkenal sebagai salah seorang mufassirin, muhaddisin, hafiz al-Quran, pakar bahasa Arab, usuliyyin, mutakallimin, sekali gus seorang mujtahid.
Buku yang mensasarkan tazkiyatun nafs menghimpunkan tajuk-tajuk menarik antaranya, Dosa Membutakan Mata Hati, Jatuhnya Martabat dan Kedudukan, Penyebab Berkurangnya Fungsi Akal, Terputus Ikatan Hamba dengan Allah, Dosa akan Mengkhianati Seseorang, Hilangnya Nikmat dan Turunnya Bala dan sisipan peribadi teladan Saidatina Nafisah binti al-Hasan bin Zaid.
Pengarang membahaskan kesan dosa yang boleh merosakkan hati sekali gus membinasakan peribadi seorang muslim yang menakung sejumlah dosa dan maksiat. Manusia kurang waspada terhadap gejala yang merosakkan kesempurnaan hati. Justeru, pengarang terpanggil mendedahkan satu persatu wabak yang akan melanda sebuah wilayah yang terhimpun di lubuknya mutiara iman dan takwa. Rasionalnya, mesej ini adalah jelas. Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis. Ia harus dijaga, dirapi, dipantau dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal manusia.
Segala tindak-tanduk menggambarkan rupa paras hati. Keikhlasan menekuni ibadah terhantar melalui kejernihan hati. Lantaran itu, jika manusia lalai, melazimi maksiat dan dosa, wilayah hati akan diserang wabak, peribadi manusia semakin bejat sehingga tergamak mencabar kudrat Allah sebagai Pencipta, melupakan berita datangnya kiamat dan melecehkan seruan nabi Muhammad SAW. Apa yang menarik, buku ini mendedahkan bahawa dosa menjadi penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal.
Usah meremehkan dosa sekalipun kecil dari pengamatan manusia yang dangkal. Kerana dosa umpama debu yang bertebaran di udara. Ia bisa bergabung menjadi gunung yang agam, keras dan membatu. Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak, hendaklah diiringi taubat nasuha sebelum hati menjadi keras dan sukar dilentur. Dapatkan segera naskhah anda di kedai-kedai buku berangkai, toko buku dan pengedar Anbakri Publika Sdn Bhd di seluruh Malaysia. Buku ini dilengkapi VCD eksklusif nasihat daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkenaan dosa.

Karya: Ibnu Qayyim
ISBN:978-967-5249-09-9
Jumlah Mukasurat: 183
Harga : RM 23.00

Belajar Dari Para Wali



Kisah hidup para wali adalah manifestasi sebuah harapan yang diletak di atas hamparan kisah insan-insan gemilang yang pernah dilahirkan oleh tamadun keinsanan. Mengukur prestasi mereka bukanlah melalui ukuran zahir. Buku ini bukan ingin berbicara soal pertumbuhan ekonomi, taraf hidup, insan bertaraf dunia dan hal-hal selapis yang seumpama dengannya. Ia ditampilkan untuk dijadikan piawaian bagi mengukur maksud hidup dan nilai hidup. Ia membicarakan bagaimana nilai dunia ini dari kaca mata para wali. Sisi yang diambil tentunya cukup menyalahi perspektif orang awam. Nah! Di sinilah sekali lagi letaknya keistimewaan kitab ini. Ia memberi kesempatan kepada khalayak untuk menilai hidup, dunia dan kehidupan dari suntingan sehimpun wali.

Melalui buku ini juga, kita dihidangkan dengan santapan tutur kata yang memiliki seribu hikmah. Kata-kata yang terbit dari seseorang sebetulnya adalah suluhan gambaran dalamannya; takungan rohani. Ia memancarkan tahap keilmuan dan dalam tohor resam makrifat seseorang itu. Melebihi dari segala-galanya, apa yang lebih penting ialah hikmah dan pengajaran dari tutur kata. Dan, di dalam buku ini wujud hampir keseluruhan kandungan; suasana yang memukau kita untuk hanyut dan larut dalam menjengah misteri dan keajaiban ’syurga’ kehidupan yang melingkungi kehidupan wali.


Karya: Wan Ji Wan Husin
ISBN : 978-967-5249-05-1
Jumlah Mukasurat: 249
Harga SM/SS: RM 19.00 / RM 21.00

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...