BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 28, 2010

Rayuan Cinta Buat Isteriku


Isteri Solehah - kemunculannya dalam hidup adalah satu keinginan dan memilikinya pula adalah satu hadiah paling mahal yang amat berharga dianugerahkan oleh Allah SWT buat para Mukmin yang soleh.

Nukilan berupa lembaran-lembaran warkah ini barangkali berbentuk monolog rayuan cinta dari lubuk sanubari lelaki yang bergelar seorang suami kepada seorang isteri. Monolog rayuan yang terbit daripada suara hati yang paling rawan, terdalam dan terhalus tidak mampu diterbitkan melalui kata-kata lantaran sifat pendiam yang dominan dalam jiwa seorang lelaki. Lantas di lembaran-lembaran bisu inilah menjadi saksi terjemahannya.


Tajuk : Rayuan Cinta Buat Isteriku
Pengarang : Ibn Abdul Azib
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5102-83-7
Mukasurat : 80 Halaman

Kiamat 2012


Antara ramalan, sains dan tinjauan nubuwat akhir zaman...

Tajuk : Kiamat 2012
Pengarang : Abu Fatiah Al-Adnani
Penerbit : Granada Mediatama
Mukasurat : 256 Halaman

Saturday, March 27, 2010

Bijak solat

Nur Muhammad

Monday, March 22, 2010

Kamus Al-Quran


KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI KAMUS INI

  • Menyenaraikan makna setiap perkataan yang bersesuaian dengan penggunaannya dalam pelbagai bentuk.
  • Menyenaraikan bilangan perkataan yang diulang di dalam ayat-ayat al-Quran.
  • Menjelaskan makna lafaz al-Quran dengan metode pentafsiran yang ditetapkan oleh sarjana tafsir iaitu:
    • Mentafsirkan al-Quran dengan al-Quran.
    • Mentafsirkan al-Quran dengan al-Ma`thur.
    • Mentafsirkan al-Quran dengan pendapat-pendapat ulama.
  • Tafsir lafaz al-Quran bersandarkan Asbab al-Nuzul (tujuan penurunan ayat) untuk memahami makna perkataan dengan lebih tepat.
  • Menggunakan syair bagi menjelaskan maksud suatu perkataan.
  • Menghuraikan tafsir ayat berdasarkan qiraat (bacaan) yang berbeza.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN KAMUS INI:

Penggunaan Peribadi:

  • Baca satu entri setiap hari selepas solat Maghrib atau Insyak.
  • Semak setiap ayat yang mengandungi perkataan itu dan kaji penggunaannya dalam setiap ayat. Gunakan terjemahan yang mudah difahami. Salin semula ayat-ayat al-Quran berkaitan dalam buku nota.
  • Ulangkaji dengan membaca ayat-ayat berkaitan dan fahami makna perkataan yang telah dipelajari.

Penggunaan Berkumpulan:

  • Setiap ahli kumpulan diberikan beberapa entri tertentu. Setiap ahli mengkaji entri-entri yang diberikan seperti metode kajian untuk penggunaan peribadi.
  • Setiap ahli dikehendaki membentangkan setiap entri dengan terperinci sehingga semua ahli kumpulan memahaminya dengan jelas.

Kaedah ini juga boleh digunakan untuk melatih para pelajar memahami al-Quran.

Zulkifli Mohd. Yusoff

Harga: RM 95.00 / RM 98.00
ISBN-13: 978-967-5137-31-0
Tarikh Terbit: 22 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 709

Kategori: Islam, Kamus

PTS Islamika Sdn Bhd

Alexander Adalah Zulqarnain


"Dan mereka bertanya kepadamu, mengenai Zulqarnain. Katakanlah, 'Aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.' Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi mencapai tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya." (surah al-Kahfi: 83-84)

Sejak sekian lama, nama agung Zulqarnain cuba dikaitkan dengan nama-nama raja agung dalam sejarah. Mustahil raja agung yang tercatat di dalam al-Quran 'hilang' dalam rekod sejarah. Bukan seorang dua raja agung yang dinobatkan, namun mengaitkan peribadi raja dengan iman yang disebutkan di dalam al-Quran masih 'misteri.'

Mencari Zulqarnain ibarat bermain teka-teki. Setiap teka-teki mempunyai kata kunci. Antara kata kunci utama adalah beriman, menjelajah timur dan barat dan bertemu dengan Yakjuj dan Makjuj. Tersalah pada satu kata kunci, calon raja agung terkeluar daripada gelaran Zulqarnain.

Senarai calon raja agung sudah dibuat, kata kunci sudah dirungkaikan, ternyata Alexander the Great adalah calon yang paling layak. Biar pun tuduhan musyrik yang dilemparkan, buku ini menjawab Alexander Macedonea atau Iskandar al-Makduni adalah orang yang beriman pada satu Tuhan yang esa, pembebas timur dan barat dan pembina tembok Yakjuj dan Makjuj.

Buku Alexander adalah Zulqarnain mendedahkan profil Alexander the Great, anak Philip II, agamanya, dan kaitannya dengan bangsa paling kejam dalam sejarah, Yakjuj dan Makjuj. Menjawab tuduhan musyrik yang dilemparkan, membersihkan peribadinya daripada sembahan pagan dan membuktikan bahawa beliau sememangnya beriman.

Antara kandungan menarik di dalam buku ini: Alexander the Great di dalam Tafsir al-Quran * Nama Alexander the Great dicemari di dalam Teks Yunani-Rom Kuno * Senarai Penguasa Dunia (1010 - 330 SM) * Raja-raja Dunia yang Melawan Yakjuj & Makjuj * Oasis Monoteisme di tengah Gurun Paganisme Yunani * Peringkat Awal Misi Pembebasan Alexander * Pertemuan Alexander dengan Yahudi Beriman di Jerusalem * Pengembaraan Alexander di Timur * Pengembaraan Alexander di Barat * Pertemuan Alexander dengan Kaum-kaum yang disebut di dalam al-Quran * Lokasi Alexander membina Tembok Besi * Jawapan kepada Tuduhan.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009).


Muhammad Alexander

Harga: RM 35.00 / RM 38.00
ISBN-13: 978-967-5137-81-5
Tarikh Terbit: 19 Mar 2010
Jumlah Muka Surat : 760

Kategori: Bukan Fiksyen, Biografi, Sejarah, Islam, Perbandingan Agama, Politik & Sejarah

PTS Islamika Sdn Bhd

Saturday, March 20, 2010

Majlis Pelancaran Buku "Dengan NamaMu Aku Hidup"


-Dato' Husam ditemuramah para media
-Dato' Husam berucap dimajlis pelancaran
-Pelancaran Buku " Dengan NamaMu Aku Hidup"

Tuan Guru dan Pengarah Urusan Kemilau Publika dalam satu Majlis Menandatangani Persetujuan Penerbitan bagi buku-buku karya beliau.


Tuan Guru dan Pengarah Urusan Kemilau Publika dalam satu Majlis Menandatangani Persetujuan Penerbitan bagi buku-buku karya beliau.

Engkau Memang Cantik Dilancarkan


Muslimat atau wanita amat sinonim dengan kecantikan. Begitulah keunikan pelancaran "Engkau Memang Cantik" kali ini yang dilancar oleh dua tokoh muslimat iaitu YB Dr. Lo' Lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali dan YB Dr. Hjh Halimah Ali.

Pelancaran Buku Engkau Memang Cantik ini telah disempurnakan dengan jayanya di Majlis Perhimpunan Muslimat Subang 2010 pada 31/01/2010 bertempat di Dewan MBSA Kampung Melayu Subang.

Sunday, March 7, 2010

10 Terminal Syurga Rumah Tangga


Buku 10 Terminal Syurga Rumah Tangga mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan iaitu rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu:-
i. Perkahwinan adalah fitrah manusia.
ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat.
iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.

Penulis: Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Katalog: TBBK1132
Kos ISBN: 978-967-5102-64-6
HARGA: Semenanjung M’sia: RM17.00 / Sabah & S’wak: RM19.00

Masjid Itu Hidupku


Buku ini membongkar fungsi masjid sebagai bangunan yang dikhaskan untuk melakukan amal ibadat kepada Allah s.w.t. Ia merupakan tempat yang mulia dan suci dalam Islam. Ia lambang kepada syiar Islam, pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam.
Masjid juga merupakan tempat hati-hati yang terikat dengan kasih dan cinta Allah s.w.t. Hati-hati mereka sentiasa dahagakan zikrullah, mendambakan peringatan demi peringatan. Mereka sentiasa disogokkan pemikiran bagaimana menjadikan pancaroba dan nikmat di dunia sebagai jambatan menuju kebahagiaan di akhirat. Mereka tahu hati ialah tempat jatuhnya pandangan Allah s.w.t.
Justeru, usaha pertama Rasulullah ketika Hijrah ialah membina Masjid Quba’. Sesampai sahaja di Madinah, Rasulullah membina pula Masjid al-Nabawi. Peri pentingnya masjid sebagai jantung dakwah. Sehingga sekarang masjid semakin banyak didirikan di seluruh dunia. Apakah kaitannya masjid dengan hidayah, iman, takwa, jihad, rahmat dan cinta? Buku ini ada jawapannya.

Penulis : Ustaz Mohd. Gunawan Che Ab. Aziz
Kod Katalog : TBBK 1070
Kod ISBN : 978-983-5102-02-8
HARGA : RM19.90

Mak..Abah...Redhailah Anakmu


Penulis : Ustz Siti Nor Bahyah bte Mahamood
Kod Katalog : TBBK1120
CP: 4
HARGA : RM 12.00

Saturday, March 6, 2010

Hari Kiamat Sudah Dekat


Buku ini menghuraikan segala tanda (besar dan kecil) hari kiamat serta persediaan-persediaan yang telah dicadangkan oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam menghadapi hari-hari tersebut. Segala peristiwa disampaikan dalam bentuk penceritaan yang sangat menarik sehingga pembaca seakan-akan berada di tempat kejadian menyaksikan peristiwa tersebut secara langsung.

Penulis : Dr. Yusuf Bin ‘Abdullah Bin Yusuf al-Wabil
Kod ISBN: 978-979-3956-53-4
Saiz : 16 x 24 (cm)
Muka Surat : 464ms
HARGA : RM

Zikir Keamanan


Akhir-akhir ini dunia sering di landa bencana alam dan wabak penyakit yang menandakan betapa dunia sudah tua dan semakin hampir dengan penghujung usianya.

Tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, H1N1, Denggi, SARS, banjir besar dan peperangan merupakan musibah-musibah yang sering muncul di kaca TV saban hari.

Kalau dulu, kematian umat manusia sehingga ratusan ribu orang akibat bencana Tsunami sangat memeranjatkan kita, kini kematian hampir seratus ribu manusia dalam gempa bumi di Haiti baru-baru ini seolah-olah sudah biasa dan tidak menjadi asing lagi pada telinga kita. Sedangkan jumlah ratusan ribu manusia mati dalam masa sehari itu sangatlah besar hakikatnya.

Kita sebagai umat Islam telah di ajar untuk berharap dan berlindung dengan Allah dari sebarang bala bencana dan musibah yang melanda. Walaupun hakikatnya, apabila Allah sudah menurunkan bala, maka tidak dikira lagi siapa yang beriman atau tidak, semuanya akan dilanda bala bencana tersebut. Jadi, kita telah diajar bagaimana untuk menghadapi bala bencana dan musibah yang melanda ini dengan BERDOA dan memohon perlindungan dari Allah Yang Maha Agung.

Peristiwa Nabi Yunus di telan ikan nun menunjukkan kepada kita bahawa Nabi Yunus tidak putus-putus berzikir dan memohon kepada Allah melalui zikir yang terkandung dalam Al-quran seperti berikut:

Maksudnya:
Dan (sebutkanlah peristiwa) Zun-Nun, ketika ia pergi (meninggalkan kaumnya) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka bahawa Kami tidak akan mengenakannya kesusahan atau cubaan; (setelah berlaku kepadanya apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”. (Al-Anbiya: 87)

Begitu juga dalam ayat berikut:Maksudnya:
Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar:
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
(Al-Baqarah: 155-156)


Maka atas dasar itulah saya telah merancang untuk merakamkan beberapa ayat, zikir dan selawat untuk cuba diamalkan diri sendiri serta pendengar semua dalam kita menghadapi musibah yang melanda. Memang banyak ayat-ayat dan zikir ini, cuma yang sempat saya tampilkan dalam album Zikir Keamanan ini ialah 16 trek berikut:

1. Ya amanal khaifin
2. Ilahi sallimil ummah
3. Allahumma antas salam
4. Hasbiallah
5. Alaika tawakkaltu
6. Zikir Nabi Yunus
7. Al-Hauqalah
8. Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi
9. Selawat Tafrijiyyah
10. Ayat Kursi
11. Selawat Syifa'
12. Surah ad-Dukhan (1-16)
13. Doa Tolak Bala
14. Doa Hindar penyakit
15. Ayat 1000 Dinar
16. Qunut Nazilah

Semoga album ini boleh menjadi peringatan kepada diri saya sendiri serta amalan dalam menghadapi musibah. Sekiranya ada peluang dan ruang, semoga ia juga menjadi amalan anda semua yang mendengarnya. Semoga Allah SWT melindungi kita semua dari bala bencana dan wabak penyakit serta menjadikan kita dalam golongan orang yang soleh.
Sesungguhnya doa itu senjata bagi orang-orang yang beriman

Love Allah Love Rasul


Inteam Records Sdn Bhd has produced a special compilation album for Inteam supporters as this group are going to have a performance in United Kingdom.

This special project named Inteam International Edition is given a title Love Allah, Love Rasul.

This album entitled Love Allah, Love Rasul is an international release of nasheed group Inteam. The album consists of 10 songs compiled from Inteam's album Tiada Lagi Kasih, Salamun Salam, Nur Selawat and Allahu Rabbi. Also included 2 new songs entitled Zikrullah and Salamun Salam II.

The musical concept of this album is World Music and Contemporary Nasheed while the theme of the album is related to grow our love and rememberance towards Allah and Rasulullah S.A.W.

The track listing are as follows:

1. ZIKRULLAH (new song)
2. SALAMUN SALAM II (new song)
3. ALLAHU RABBI
4. SELAWAT BADAR (Inteam Version)
5. STAND TOGETHER
6. SELAWAT BADRUL AIN (ft. Muadz)
7. ASMA' ALLAH
8. TOLAAL BADRU ALAINA (Inteam Version)
9. KEHIDUPAN (ft. Nazrey Johani)
10. SALAMUN SALAM (ft. Nazrey, Akhil Hayy, Fareast)

Anaku Hebat Anaku Soleh


Semua ibu bapa mengimpikan anak-anak yang hebat, selalu sukses dalam setiap aktiviti yang diceburi, pada masa yang sama cerdik dan soleh. Tetapi pakej ciri-ciri anak cemerlang ini tidak semudah itu untuk dimiliki. Anak sentiasa terdedah dengan pelbagai pengaruh, anasir dan cabaran. Ibu bapa jangan mudah terperangkap dengan kaedah dan teknik mendidik sembarangan. Buku ini menghurai kaedah dan panduan tersebut.

Penulis : Zahazan Mohamed - Anakku Hebat Anakku Soleh
Kulit Lembut
Kod Katalog : TBBK 1050
Kos ISBN : 978-983-3494-78-1
HARGA : RM34.90
Kulit Keras
Kod Katalog : TBBK 1030
Kos ISBN : 978-983-3494-59-5
HARGA : RM39.90

Fikah Berinteraksi dengan Non-Muslim


Buku “Fiqah Berinteraksi dengan Non-Muslim” ini memberi gambaran jelas tentang batasan dan keindahan hidup bermasyarakat dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Pelbagai masalah dan situasi kita hadapi terutama yang berkaitan arak dan khinzir. Penulis membentangkan penyelesaian dan penerangan dengan hujah yang mudah diiringi firman Allah serta hadis sahih.

KENAPA ANDA PERLU BACA BUKU INI
  • Penerangan lengkap tentang tatacara bergaul dengan mereka yang bukan Islam.
  • Ilustrasi bercorak humor dan berinformasi.
  • Mengutarakan contoh permasalahan semasa.
  • Mengandungi anekdot-anekdot selingan bagi memudahkan pemahaman
Penulis : Mohammad Nidzam Abd. Kadir
Kod Katalog : TBBK 1096
Kos ISBN : 978-967-5102-29-5
HARGA : RM 20.00

Mencari Makna Hidup


Banyak peristiwa yang berlaku di sekeliling kita saban hari. Ada yang kecil dan ada yang besar. Namun, sejauh mana kita memanfaatkan peristiwa itu bagi mempelajari sesuatu mengenai kehidupan. Sejauh mana kita menggunakan pengalaman orang lain itu sebagai sempadan. Sejauh mana kita mempelajari hikmah di sebalik semua peristiwa di sekeliling yang ditunjukkan Tuhan.

Mencari Makna Hidup adalah kompilasi kisah-kisah kehidupan. Ia memberikan ruang bagi kita mempelajari makna kehidupan daripada pengalaman orang lain. Walaupun pengalaman itu dilalui oleh sehina-hina manusia hingga sehebat-hebat maharaja, semuanya mampu memberikan pelajaran dan hikmah berharga bagi kita semua. Lebih penting lagi, bagaimana kita dapat memanfaatkan hikmah itu untuk diterjemahkan kepada pelan tindakan dalam mendepani masa hadapan.

Mari kita singkap hikmah di sebalik kisah-kisah inspirasi yang menggugah ini sebagai landasan bagi sebuah kehidupan yang lebih bermakna dan bahagia.

Prakata

Bahagian 1: Cermin Diri Sendiri
Nilai Sebuah Pujian
Meniru Perangai Monyet
Keagungan Hati
Kekuasaan Penuh
Diriku Istimewa
Mengkaji Keadaan Diri
Sufi Tidak Lagi Memakan Gula-gula
Telinga yang Sabar Mendengar

Bahagian 2: Pandai Bersyukur
Berlian di Tanah Ladang
‘Bunga-bungaan’ Kemoterapi
In Spite Of
Indah pada Waktunya
Warga Tua pada Usia Indah

Bahagian 3: Hidup = Perjuangan
Manusia Bodoh yang Enggan Bekerja
Jalan yang Perlu Ditempuh
Duit Syiling Ajaib
Matahari dan Angin
Perjuangan Si Gegat
Slache yang Berani
Pemandu Saya pun Boleh

Bahagian 4: Belajar daripada Pengalaman
Kacang Lupakan Kulit
Kura-kura Pesimis
Sindrom Lowell
Lubang Bekas Paku
Mengulangi Kesalahan
Budak-budak Memang Begitu
Siapakah Pemilik Tongkat Ini?

Bahagian 5: Menabung Kebaikan
Boneka Ajaib
Laluan Berbatu Loncatan Washington
Melakukan dalam Kegelapan
Pengemis Penuh Misteri
Orang Asing yang Baik Hati
Pertolongan untuk Sang Sufi

Di dalam kelas Darjah IV di sebuah sekolah rendah, murid-murid sedang menyambut hari lahir salah seorang gurunya. Beberapa anak murid menyampaikan ucapan selamat hari jadi, ada juga yang memberi kad ucapan serta tidak kurang juga yang menghulurkan hadiah kepada guru. Tidak disangka-sangka, ada seorang anak murid daripada keluarga miskin memberi bungkusan kecil sebagai ucapan selamat hari lahir kepada guru. Anak murid ini berasal daripada keluarga biasa-biasa sahaja. Sebagai anak pekerja bawahan, tentulah rakan sekelasnya tertanya-tanya bagaimana dia mendapat wang membeli hadiah untuk gurunya.
Murid itu menjadi orang terakhir yang menyerahkan bungkusan hadiah lalu seluruh kawan sekelasnya bersorak, “Buka... buka... buka!” Mereka berharap guru yang sedang menyambut hari lahirnya membuka hadiah itu. Tujuan mereka bukanlah kerana mereka mahu tahu isi kotak hadiah itu tetapi sebenarnya hanya mahu mentertawakan pemberian murid itu. Sambil tersenyum kecil, guru itu membuka balutan kotak hadiah yang diberikan. Dari dalam kotak hadiah, beliau menarik keluar sebotol minyak wangi yang isinya sudah tinggal separuh. Minyak wangi itu disemburkannya sedikit ke pakaiannya. Selepas itu beliau mengambil seutas rantai yang sudah kusam dan pudar warnanya. Beliau memakaikan rantai itu ke lehernya. Semua murid di dalam kelas terdiam. Mata murid yang memberi hadiah itu berkaca-kaca. Dengan senyuman, guru itu berkata, “Terima kasih, wahai anak muridku.” Semua murid di dalam kelas itu serentak bertepuk tangan.
Selepas tamat waktu sekolah, murid tadi menghampiri gurunya dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menerima hadiah yang tidak seberapa itu. Guru itu bertanya mengapa dia memberikan minyak wangi dan perhiasan itu kepadanya walaupun tidak lengkap. Dengan nada sedih, murid itu berkata ibunya sudah meninggal dunia tidak lama dahulu. Semua yang diberikan kepada gurunya adalah milik ibunya dan dia dengan rela menyerahkan semua itu kepada gurunya.
Dia berkata semenjak ibunya meninggal, dia hampir putus asa dan merancang mahu berhenti sekolah. Itulah sebabnya mengapa dia memberikan hadiah itu sebagai tanda kenang-kenangan yang terakhir. Namun, selepas guru itu menerima hadiahnya dengan gembira, dia mengubah niatnya.
Lima tahun kemudian, guru itu menerima sepucuk surat daripada muridnya yang pernah memberikan hadiah pada hari lahirnya. Surat itu ditulis, “Terima kasih, cikgu! Saya sudah pun menamatkan sekolah menengah. Semua ini adalah kerana jasa cikgu yang pernah menerima hadiah daripada saya yang tidak seberapa semasa saya Darjah IV dahulu.”
Tiga tahun kemudian, guru tadi menerima sepucuk lagi surat daripada bekas muridnya. Dia memberitahu dia berjaya menamatkan sekolah tingginya kerana guru itu pernah menghargai pemberiannya semasa dia Darjah IV dahulu.
Enam tahun kemudian, guru itu menerima kiriman gambar ijazah bekas muridnya. Pada gambar itu, tertulis kata-kata, “Khas buat guruku yang dikasihi. Baju toga ini adalah kerana cikgu pernah menerima hadiah hari lahir daripada saya ketika saya Darjah IV dahulu, yang menyemarakkan semangat saya melanjutkan pelajaran. Sekiranya diizinkan Tuhan, mohon doa restu cikgu kerana saya bakal menyambung pengajian ke peringkat kedoktoran.”

****

Kata-kata yang membangun dan menghargai orang lain dengan ikhlas, dapat memberi kekuatan luar biasa kepada seseorang, seterusnya mengubah hidupnya. Begitulah sebaliknya. Lidah yang kecil dapat mengguris luka yang dalam di hati ataupun menumbuhkan harapan hidup yang lebih baik.
Kes-kes cubaan bunuh diri dapat dihalang hanya dengan kata-kata membangun dan memberikan harapan tinggi bagi melihat masa depan dengan segala peluang yang dapat diraih. Seorang pekerja yang bercadang mahu mengundurkan diri dari syarikat mengurungkan niatnya hanya kerana mendengar kata-kata yang membangun dan memotivasikan dirinya. Demikianlah juga sebaliknya. Kata-kata yang mengeji, merendah-rendahkan serta menghina membantutkan motivasi seseorang, bahkan dapat membunuh masa depannya.
Bruce Barton pernah berkata, “Sama ada baik ataupun buruk, percakapan anda adalah iklan diri anda. Setiap kali anda berkata-kata, anda membiarkan orang lain menilai anda. Tutup mulut anda dan orang lain tidak tahu betapa ceteknya pengetahuan anda. Buka mulut anda, kecetekan pengetahuan anda tidak diragui lagi.”


Parlindungan Marpaung
RM 16.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak),
983-3603-24-6;
978-983-3603-24-4;
9789833603244
Tarikh Terbit: 23 November 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 256 halaman

Setengah Berisi Setengah Kosong


Agar Minda Sentiasa Positif & Hidup Lebih Bermakna.

Mengapa Anda Perlu Baca Buku Ini
Berfikir Positif dan Kreatif
Prakata

Bahagian 1: Kasih Sayang Berkongsi
Ciuman Seorang Ibu
Harga Waktu Ayah
Hukuman
Rumah
Segelas Susu
Keajaiban 1 Dollar 11 Sen
Pakcik yang Bijak
Oh Mama
Telinga Si ibu

Bahagian 2: Komunikasi Mengharung Jeram
Bagi Muka
Hati yang Menyapa
Ketulusan Grand Preanger Bandung
Balik Kampung
Panjat Pinang
Payung Terjun
Sahabat
Membakar Jambatan
Bayi
Kisah Si Gajah
Jerung Kecil Kehidupan
Kesempatan
Kisah Dua Ekor Katak
Menyanyi
Setengah Berisi Setengah Kosong
Si Suraya
Siapa yang Mendorong Kita
Cicak yang Tuli
Tugu
Pertolongan di Musim Sejuk
Air Terjun Niagara
Anjing dan Belalang
Biji Kopi
EQ di Tempat Kerja
Gara-gara Popia
Kenikmatan yang Memusnahkan
Kerja dan Kesejahteraan
Kisah Lipas Kecil
Kupu-kupu
Lemparan Batu dan Pilihan
Merdeka 177
Risiko Lentera Kehidupan
Rumah Tukang Kayu
Tahun Baru
Tikus
Tukang Batu
Badrun Ketinggalan Pesawat
Bersahabat dengan Tujuan
Burung Kanada
Genghis Khan
Menjual Keldai
Tabiat
Keldai
Petani dan Kuda
Semai dan Tuai
Tauladan
Tertawa
Ujian Hidup
Aku Bukan Ayam
Hakikat Pagar
Penceramah Kebingungan
Pengorbanan Demi Orang Lain
Biodata Penulis

Sebagai manusia, kita berhadapan dengan realiti perubahan emosi yang tidak dapat dijangka apabila berhadapan dengan satu situasi. Ada kalanya kita bersemangat dan ada kalanya murung. Ada kalanya kita ceria, gembira dan ada kalanya sedih. Ada kalanya kita rasa optimis dan ada kalanya pesimis.

Apakah faktor yang menentukan respons kita pada situasi itu?

Jawapannya adalah PERSPEKTIF.

Setengah Berisi, Setengah Kosong? menyajikan kisah-kisah inspirasi yang mampu membetulkan perspektif kita terhadap apa jua situasi yang dihadapi. Lebih daripada itu, kisah-kisah inspirasi yang dimuatkan di dalam buku ini dapat membangunkan dan memacu rasa optimistik dalam hidup. Rasa optimistik yang membangkitkan kesedaran bagi mengenali masalah dan respons terbaik kepada masalah itu. Rasa optimistik yang membangkitkan rasa percaya, setiap masalah dan cabaran dapat diatasi. Rasa optimistik yang membina kekuatan untuk berhadapan dengan perkara negatif secara positif. Rasa optimistik yang apabila berhadapan dengan situasi buruk, namun masih mengharapkan yang terbaik. Mempunyai alasan untuk rasa geram, tetapi memilih untuk tersenyum.

Parlindungan Marpaung
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 25.00 / RM 28.00 (Sabah & Sarawak),
983-3603-42-4;
978-983-3603-42-8;
9789833603428
Tarikh Terbit: 15 January 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 288 halaman

Mekar Sakura Di Mimbar Cinta


Buku ini adalah antalogi cerpen yang berlatarbelakangkan negara Matahari Terbit. Peluang melanjutkan pelajaran di negara yang terkenal dengan bunga sakura ini mengukir 1001 kenangan dan pengalaman buat pelajar Malaysia ini. Pelbagai konflik dan pertembungan antara dua budaya berlaku sepanjang kehidupannya di negara Jepun.

1) Air Mata Seorang Gigolo 2) Cinta Maisarah Sufiah 3) Gugurnya Sakura Putih 4) Jalur-jalur Pelangi 5) Kembara Kenangan di Sakura, Kembara Tangisan di al-Quds 6) Mamaku Seorang Jepun 7) Mekar Sakura Di Mimbar Cinta 8) Mencari Pembuka Kota 9) Pada Awan Langit Chiba 10) Sakura, Antara Dua April 11) Segeralah Merdeka 12) Sungai Sakura Mengalir Damai 13) Wardah Ain Salsabila

Buku ini adalah antalogi cerpen yang berlatarbelakangkan negara Matahari Terbit. Peluang melanjutkan pelajaran di negara yang terkenal dengan bunga sakura ini mengukir 1001 kenangan dan pengalaman buat pelajar Malaysia ini. Pelbagai konflik dan pertembungan antara dua budaya berlaku sepanjang kehidupannya di negara Jepun.

"Nur Hana Kimura?" Hati berbicara sendiri. Sudah lama gadis ini tidak mengutusi aku surat, menjadi aku terlalu rindu. Mungkin kesibukan membataskannya, sama seperti aku yang mengharung hari-hari yang sibuk. Solat sudah menjadi sulam; kenangan dan penghambaan.

"Aku tidak suka pada Islam! Islam ganas! Islam terror! Islam jahat! Berambus engkau dari sini, aku tidak suka dengan orang Islam. Kelak nanti, aku pula menjadi mangsa keganasan engkau, berambus engkau!"

Aku diam membungkam. Sepatah pun tidak bersuara, membiarkan gadis itu menang dalam emosi agama. Sedang nasihat mama pantas bergema di cuping selalu menyebut, anak rantau ibarat resmi padi, hidup menunduk dan berbakti. Aku cuma membalas dengan sebuah senyuman!

—Gugurnya Sakura Putih—

"Saya mencari pembuka! Saya mencari penakluk! Saya mencari al-Fatih!" Saya terus menjerit, meluntang-lantung meredah lautan manusia yang duduk tercatuk-catuk di sana sini. Sesekali manusia yang melaut itu menoleh-noleh pada saya. Memandang sinis. Membeliakkan anak mata. Menjuih hujung bibir. Saya tidak kisah — saya mencari seorang pemuda pembuka kota!

KLCC, mercu tanda berkembar negara ini umpama sepasang batu nisan yang berbicara. Kesantunan sudah nazak, kemanusiaan menanti saat untuk ditalkin! KLCC, tubuh berkembar yang pernah mengungguli menara tertinggi dunia ini sedang bercahaya dengan hiasan-hiasan neon, sedang khalayaknya ramai-ramai berlumus dengan onar dan mukah.

"Apakah kalian kenal akan al-Fatih, anakandanya Sultan Murad?"

—Mencari Seorang Pembuka Kota—


Ilham Hamdani
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 15.50 / RM 18.50 (Sabah & Sarawak),
983-3603-82-3;
978-983-3603-82-4;
9789833603824
Tarikh Terbit: 3 August 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 190 halaman

Curahan Cinta Niagara


Kita sering kali bertanya, "Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah al-Baqarah, ayat 216.

-

Mira Zahila, gadis yang mudah berkawan tetapi tidak mempercayai institusi perkahwinan telah menjadi rebutan dua orang lelaki. Air terjun Niagara Falls menjadi titik permulaan Farhan disapa oleh perasaan cinta pertama. Namun Farhan terpaksa memendam rasa kerana adiknya Faris yang sering memperolehi apa yang diingininya lebih dahulu menagih cinta Mira.

Di saat-saat menemui ajal, Faris telah memberi laluan kepada Farhan untuk merebut cinta Mira. Namun, Mira tidak dapat menerima cinta Farhan kerana cara hidup Farhan dirasakan asing baginya. Farhan pula mula sangsi dengan cintanya kerana sejarah silam Mira dan Faris bercanggah dengan prinsip hidupnya. Dalam keadaan terpaksa, Farhan menikahi Mira walaupun dia sendiri tidak pasti perasaan sayang atau benci yang bersarang di hatinya.

Ketika Farhan dan Mira bergelut mencari kebahagiaan sebagai suami isteri, muncul pula seorang wanita yang bakal menggoncang keharmonian rumahtangga mereka. Yang bakal mematikan benih-benih cinta yang baru bercambah. Berjayakah Mira mencari kebahagiaan, merentasi lautan dari New York ke London dan Paris hingga ke Kuala Lumpur? Dan sempatkah Farhan membuktikan cintanya sehebat curahan Niagara?


Maya Iris
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak),
983-3604-82-X;
9789833604821;
9789833604821
Tarikh Terbit: 25 April 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 576 halaman

Hidayah Cinta


Ibaraki, atau lebih tepatnya perdaerahan Hitachi di tanah Sakura; tempat seorang pelajar Malaysia mendalami ilmu kejuruteraan mengambil tempat sebagai lokasi penceritaan. Bandar Hitachi; sebuah daerah di timur kotaraya Tokyo, bersempadan dengan laut, bukit-bukau yang hijau, tasik membiru menjadi latar sebuah permulaan percintaan, Umar Thilmisani dan Ayumi.

Ilham Hamdani
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 23 / RM 26 (Sabah & Sarawak),
983-3604-71-4;
978-983-3604-71-5;
9789833604715
Tarikh Terbit: 14 May 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 416 halaman

Seteguh Fikrah Saleha


Sebuah inspirasi bagi membina keyakinan dan kehebatan diri dalam erti yang sebenar.

Demi cinta yang besar kepada kehidupan bangsa dan agama, moyangnya membuka ratusan ekar hutan di Tanah Melayu sehingga menjadi jutawan di zamannya. Berkat kegigihan dan semangat yang utuh, dia berharap agar serpihan cinta kasih itu diwarisi cucu cicitnya. Tapi sayang, pewaris yang disangka dapat mengekalkan status kejayaan akhirnya kecundang dan merempat di bumi sendiri. Hanya Saleha, anak yatim yang dimusuhi bapa saudara dan sepupu-sepupunya sendiri mewarisi semangat cinta kasih moyangnya itu. Sedang kemelut yang menimpa tidak pernah berakhir, Saleha teguh berdiri dalam menegakkan kembali maruah keluarga dan mempertahankan hak moyangnya yang hilang. Dia tetap bangkit dan meneruskan perjuangan hidup walau pelbagai rintangan dan halangan merentangi usahanya.


Aminah Mokhtar
PTS Millennia Sdn Bhd

RM 23 / RM 26 (Sabah & Sarawak),
983-3604-44-7;
978-983-3604-44-9;
9789833604449
Tarikh Terbit: 16 June 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 416 halaman

Titian Nabi



Novel Islami yang mengangkat perjuangan hati dan suci Zahra dan Attar. Namun cinta mereka tidaklah mulus kerana terdera dengan perasaan disebabkan Attar melanjutkan pelajarannya ke Mesir. Apakah kukuh cinta suci yang disaksikan pada tiga negeri, Indonesia, Mesir, dan Tanah Suci Mekah itu? Sanggupkah bahtera cinta mereka menahan amukan badai yang menerjang? Akankah cinta mereka selamat berlabuh ke tepi dermaga atau tenggelam di tengah samudera?

Muhammad Masykur A. R. Said
PTS Litera Sdn Bhd
http://www.pts.com.my RM 17 / RM 19 (Sabah & Sarawak),

978-983-3892-55-6;
9789833892556
Tarikh Terbit: 3 November 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 384 halaman

Salju Sakinah


Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

-

(Salju Sakinah adalah novel bersiri yang pernah tersiar di Ruangan Agama Utusan Malaysia setiap Isnin-Rabu sepanjang tahun 2005).

KISAH cinta memang enak dibaca. Namun tidak banyak kisah cinta yang dinovelkan menyuguh batas-batas cinta menurut Islam apalagi menyuntik wacana pemikiran yang seharusnya menjadi bekal sekaligus memperkaya jiwa pembaca. Lantas Salju Sakinah cuba menawarkan apa yang jarang-jarang ditawarkan selama ini.

Salju Sakinah sebuah novel yang masih membumbukan secebis kisah cinta namun tetap mesra dan tepu dengan persoalan global dunia Islam, ekonomi, politik dan sosial yang digauli wataknya. Novel Islami ini menyorot ketabahan watak Sumayyah, siswi Malaysia di Universiti Yarmouk, Jordan yang berada di semester terakhir pengajiannya.

Meskipun Salju Sakinah menjadikan wanita sebagai watak utama dan mengambil dua latar tempat yang jauh berbeza iaitu Jordan dan Malaysia, novel ini dengan sengaja mengetengahkan suasana kehidupan pelajar Malaysia di Timur Tengah selain konflik sosial seperti hasad dengki, fitnah-memfitnah serta kepercayaan khurafat dan ilmu sesat yang menjadi penyakit sebahagian masyarakat.

Berbeza dengan novel-novel Zaid Akhtar sebelumnya seperti Sesegar Nailofar dan Rona Bosphorus yang padat dan bertempo pantas, Salju Sakinah yang mendapat banyak feedback pembaca ketika disiarkan dahulu dirasakan lebih tenang, damai dan agak membuai – sesuai dengan judulnya yang bermaksud salju yang mendamaikan.


Zaid Akhtar
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 26.00 / RM 29.00 (Sabah & Sarawak),
983-3604-41-2;
978-983-3604-41-8;
9789833604418
Tarikh Terbit: 20 June 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 576 halaman

Surah-surah Rindu


Nurin Hannah, semasa kecil dirinya dilimpahi kasih sayang daripada ibu dan ayahnya. Meskipun dia sering dianggap berbeza daripada adik-beradiknya, tetapi dia tetap bahagia bersama ahli keluarganya. Dia diberi pendidikan sempurna dunia dan akhirat serta hidup sebagai Muslimah sejati.

Semasa menuntut di universiti, hatinya diketuk seorang jejaka yang terkenal di fakultinya. Ibunya sering berpesan memintanya usah berkasih di kala sedang belajar. Dia akur dengan ingatan itu. Akhirnya, dia menerima salam persahabatan daripada jejaka itu selepas melakukan solat istikharah. Persahabatan itu dirahsiakan daripada warga kampus dan juga keluarga. Hanya sahabat karibnya, Liyana yang mengetahuinya.

Namun, dilema gadis kacukan ini bermula apabila mengetahui hakikat sebenar identiti dirinya apabila usianya meningkat remaja. Rupa-rupanya dia seorang anak angkat. Kisah ini terbongkar apabila dia menemui sepucuk surat usang yang disimpan arwah ayahnya dengan lalai. Kedudukan dirinya semakin keliru. Dia adalah anak tidak sah taraf. Berat hatinya mahu menerima hakikat sebenar.

Apabila memikirkan dirinya yang ditatang penuh kasih sayang, hatinya terubat. Akhirnya dia bertemu dengan mamanya. Dia mengambil masa bagi menyesuaikan diri dengan mamanya. Kini, dia ada dua ibu. Adakah mamanya dapat menerimanya? Adakah perbezaan agama antara mereka menjadi penghalang hubungan anak dan ibu?

Saridah Hamid
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 24.00 / RM 27.00 (Sabah & Sarawak),
983-3604-19-6;
978-983-3604-19-7;
9789833604197
Tarikh Terbit: 10 September 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 448 halaman

Bukan Yang Pertama


Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa. Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.

Yasmin Zulaikha Basri, graduan Syariah universiti tempatan kembali ke kampungnya, Desa Sempadan selepas tamat pengajian di Universiti Malaya kerana gagal beroleh kerja di kota. Dia menyertai program homestay yang diusahakan di desa.

Bergelar pengusaha homestay, dia cuba untuk membangunkan ekonomi desa dengan mengambil alih perusahaan kecil makanan kudapan tradisi yang diusahakan oleh ibunya bersama Hasniah seorang ibu tunggal beranak tiga. Tidak sedikit dugaan yang dihadapinya sebagai anak muda yang bekerja di kampung sendiri.

Dia orang muda yang memikul tanggungjawab sebagai usahawan di desa sendiri, bertanggungjawab untuk menjaga ibu yang sudah tua dan harus menjadi contoh teladan yang baik kepada dua adik angkat (yang dibela ibu bapanya sejak mereka kecil, Anis dan Azlan).

Sebagai pengusaha homestay, menuntut dia memahami falsafah di sebalik tugasnya serta tuntutan syarak. Dia cuba memahami tuntutan untuk menjadi tuan rumah yang baik, belajar menjana ekonomi dengan cara sendiri dan cuba menjadi anak muda contoh yang bakal mewarisi kepimpinan desa yang semakin tandus tenaga muda. Dia terpaksa juga berdepan dengan sikap Pak Isa (saudara sendiri) yang tidak gemar dengan penglibatannya dengan projek berkenaan.

Lumrah hidup, tidak sah jika tidak berdepan dengan pelbagai hal peribadi dan urusan kerja.

Yasmin Zulaikha berdepan kerenah Anis, remaja perempuan yang memberontak, yang digantung kolej, lalu langsung meninggalkan pengajian. Balik kampung dan mencetuskan kebimbangan pula pada keluarga di kampung dengan gelagatnya.

Dia juga harus menangani hal Jason, asalnya tetamu di homestaynya tetapi kemudian kembali semula ke desa kerana tertarik untuk memeluk Islam.

Dia juga berdepan kemelut cinta, apabila dilamar Ustaz Mustakim, duda beranak tiga yang dalam diam juga dicintai oleh rakan perniagaannya, Hasniah.

Dugaan menimpa apabila Azlan mati lemas ketika bercuti di kampung. Jason yang memeluk Islam dipaksa oleh bapanya supaya balik ke Kuala Lumpur, atau jika tidak, keluarga Yasmin Zulaikha akan didakwa atas dakwaan mempengaruhi anaknya memeluk Islam.

Dalam konflik rusuh, resah dan kecewa, ada keakraban tercipta antara Yasmin Zulaikha dengan Umar Khalil, kenalan ketika di kampus yang bertugas sebagai wartawan yang banyak membantu mempromosikan program homestay mereka. Tetapi persahabatan itu pula, rupa-rupanya jadi pencetus api fitnah.

Yasmin Zulaikha, wanita muda yang digambarkan bersemangat waja, berani menongkah arus, tidak mahu ketinggalan dalam aspek kepimpinan dan pada masa sama berusaha sedaya upaya untuk terus tekal istiqamah di landasan syarak.


Salina Ibrahim
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 34 / RM 37 (Sabah & Sarawak),
983-3603-63-7;
978-983-3603-63-3;
9789833603633
Tarikh Terbit: 26 September 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 800 halaman

Friday, March 5, 2010

Warkah Cinta Berbau Syurga


Amir Mukhlis seorang mahasiswa yang membesar dalam atmosfera agama yang subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya, salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dalam kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat untuk keluar dari kemelut ini?

A. Ubaidillah Alias
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 23.50 / RM 26.50 (Sabah & Sarawak),
983-3603-91-2;
978-983-3603-91-6;
9789833603916
Tarikh Terbit: 17 October 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 544 halaman

Kutemu Dikau Dalam Setiap Tahajudku



"Rasa novel ini: seru, lucu, segar. Nyam... Nyamm...." -Jazimah Al-Muhyi, Penulis novel Indonesia (Komen dari buku asal)

Kutemu Kau Dalam Setiap Tahajudku mengisahkan tentang Agus, anak muda yang suka berlumba motosikal telah jatuh hati kepada Airin teman sekolahnya sejak dari kecil. Dalam masa yang sama, Dewa yang merupakan teman sekuliah Airin kini turut mencintai Airin. Airin yang merupakan seorang gadis yang patuh pada ajaran Islam menginginkan seorang yang mampu membimbing dia dan keluarganya. Dia bukan mencari seorang kekasih tetapi 'imam' yang mampu memimpin keluarganya. Siapakah yang mampu merebut hati gadis manis ini? Bagaimana Dewa dan Agus bersaing untuk memiliki hati Airin?

Desi Puspitasari
PTS Litera Sdn Bhd
RM 16.00 / RM 19.00 (Sabah & Sarawak),

978-983-3892-04-4;
9789833892044
Tarikh Terbit: 23 November 2007 ;
Jumlah Muka Surat : 172 halaman

Pikatlah hatiku 30 Bisikan Hati Isteri



Kandungan buku ini memberi penekanan istimewa kepada persoalan 'bagaimana' bukan kepada 'apa' dan 'mengapa'. Penulisan dijuruskan kepada mengajak para pembaca terus mempraktik beberapa cadangan yang dikemukakan bagi setiap satu persoalan yang dibincangkan. Dengan cara ini diharapkan pembaca memperoleh manfaat secara langsung dan yakin dapat mempraktik saranan-saranan yang dibuat tanpa ragu-ragu.

Kata pengantar
Pendahuluan

BAHAGIAN 1: BISIKAN DAN PERASAAN HATI ISTERI
Bisikan 1: "Suamiku, Bermesralah dengan Isterimu"
Bisikan 2: "Suamiku, Fahamilah Perubahan Semula Jadi Isterimu"
Bisikan 3: "Suamiku, Jangan Cepat Cemburu"
Bisikan 4: "Suamiku, Bersikap Romantik dan Sayangilah Isterimu"
Bisikan 5: "Suamiku, Buangkan Sikap Garang dan Pemarahmu"
Bisikan 6: "Suamiku, Berusaha Mengambil Hati Isterimu"
Bisikan 7: "Suamiku, Sesekali PandaiIah Memuji Isterimu"

BAHAGIAN 2: BISIKAN DAN KELUHAN HATI ISTERI
Bisikan 8: "Suamiku, Rajinlah Membantu Isteri mu"
Bisikan 9: "Suamiku, Janganlah Mata Keranjang"
Bisikan 10: "Suamiku, Adakanlah Perbincangan dan Perbualan Denganku"
Bisikan II: "Suamiku, Hargailah Pendapat Isterimu"
Bisikan 12: "Suamiku, Bersedialah Mengakui Kesilapanmu"
Bisikan 13: "Suamiku, Jangan Suka Berbohong"
Bisikan 14: "Suamiku, Bijaklah Mengurus Penampilan Dirimu"
Bisikan 15: "Suamiku, Berikan Perhatian Terhadap Keluarga"
Bisikan 16: "Suamiku, Sentiasalah Bersikap Adil"
Bisikan 17: "Suamiku, Laksanakan Tanggungjawab Kebapaan Secara Optimum"

BAHAGIAN 3: BISIKAN DAN HARAPAN HATI ISTERI
Bisikan 18: "Suamiku, Bekerjasamalah dalam Menguruskan Rumah Tangga dan Mendidik Anak-anak"
Bisikan 19: "Suamiku, Pertingkatkan Pengetahuan Agamamu"
Bisikan 20: "Suamiku, Uruskan Masamu dengan Baik"
Bisikan 21: "Suamiku, Fahamilah Tanggungjawabmu yang Sebenar"
Bisikan 22: "Suamiku, Jangan Terlalu Leka dengan Kerjayamu"
Bisikan 23: "Suamiku, Buangkan Sikap Pemabukmu"
Bisikan 24: "Suamiku, Hentikan Tabiat Merokokmu"
Bisikan 25: "Suamiku, Jangan Terlalu Boros"
Bisikan 26: "Suamiku, Janganlah Terlalu Ego"
Bisikan 27: "Suamiku, Pimpinlah Keluargamu dengan Penuh Kaliber"
Bisikan 28: "Suamiku, Majukan Diri dalam Bidang Kerjayamu"
Bisikan 29: "Suamiku, Fahamilah Tahap-tahap Perubahan dalam Perkahwinan"
Bisikan 30: "Suamiku, Jadilah Contoh kepada Keluargamu"

Bibliografi

Bahagian 1: Bisikan dan Perasaan Hati Isteri

BlSlKAN 1 "SUAMIKU, BERMESRALAH DENGAN ISTERIMU"

Perasaan cinta dan kasih sayang adalah naluri semula jadi yang normal bagi setiap insan. Naluri ini mendorong keinginan dalam diri seseorang bagi menjalin kemesraan dengan orang yang dikasihinya.
Sesebuah perkahwinan memerlukan cinta, kasih sayang dan kemesraan antara suami dan isteri bagi mewujudkan sebuah perkahwinan yang benar-benar bahagia dan berjaya.
Islam mengesyorkan supaya perkahwinan perlu dibina atas dasar cinta-mencintai dan bertimbang rasa. Namun, cinta-mencintai tidak akan berlaku dalam rumah tangga melainkan disemai dan dibaja selalu.
Benarkah semakin bertambah usia perkahwinan, semakin layu kasih sayang dan kemesraan pula menjadi semakin hambar? Tahukah para suami, seorang isteri itu dahagakan perhatian dan kemesraan yang ikhlas daripada suaminya? Hal-hal seperti ini mungkin dianggap remeh oleh para suami. Ramai suami memberi alasan, cinta tidak perlu digambarkan, tempatnya di hati. Anggapan seperti ini tidak benar sama sekali, malah anggapan seperti ini yang sering menimbulkan fenomena-fenomena yang kurang sihat dalam perkahwinan.

Faktor-faktor Penting bagi Mewujudkan Kemesraan
Komunikasi dan interaksi
Komunikasi dan interaksi penting sebagai nadi dalam perhubungan perkahwinan bagi menguatkan lagi ikatan dan asas memperkukuhkan kemesraan.
Namun, banyak berlaku dalam perkahwinan, suami kurang berinteraksi dengan isterinya. Balik ke rumah, surat khabar dicapai sambil menonton TV. Isteri pula terpaksa bertungkus-lumus seorang diri di dapur dan melayani anak-anak. Bilakah komunikasi dan interaksi dapat diwujudkan antara suami dan isteri?
Ramai isteri merungut, sebenarnya suami bersikap enggan membantu hingga menyebabkan interaksi dan komunikasi kurang berlaku. Apalah salahnya, selepas pulang dari tempat kerja, suami turut ke dapur membantu isteri, paling tidak duduk menemani isteri di dapur sambil berbual kosong dan bergurau dengan isteri. Inilah sebenarnya kesempatan yang perlu diambil bagi bermesra dan berinteraksi dengan isteri di rumah.
Tidak dinafikan, suami pulang ke rumah dalam keadaan letih. Ini ditambah pula dengan bebanan tugas ataupun masalah di tempat kerja. Tetapi suami tidak boleh menjadikan hal-hal sedemikian sebagai alasan melepaskan kemarahan kepada isteri dan anak-anak ataupun berehat sendirian tanpa menghiraukan mereka. Tindakan seperti ini tidak adil kepada mereka, apatah lagi kepada isteri. Bebanan tugas di rumah memerlukan simpati daripada suami. Bagi isteri yang bekerja pula, bantuan dan sokongan suami lebih-lebih lagi diharapkan.

Gurauan dan jenaka
Orang yang pandai berjenaka mewujudkan suasana mesra dan membuatkan orang lain berasa tenang dan bahagia. Oleh itu, dalam mengharungi alam perkahwinan, suami perlu mempelbagaikan teknik berkomunikasi. Jangan terlalu serius hingga menakutkan anak-anak dan isteri untuk mendekati apatah lagi bagi berbincang. Sesekali suami perlu bergurau, berjenaka dan bermanja-manjaan kerana ini adalah ramuan terbaik dalam menghidupkan interaksi ke arah yang lebih menyenangkan.
Hubungan seksual. Hubungan seksual adalah satu tuntutan fisiologi dan biologi yang semula jadi. Seks juga pengikat kasih sayang dan penentu ketenangan rumah tangga. Hubungan seksual yang bertimbang rasa dan disulami kasih mesra membuahkan kemesraan antara pasangan suami isteri serta memberi ketenangan yang menyenangkan.
Malangnya, hal-hal berkaitan seksualiti ini biasanya kurang diperbincangkan. Tidak ramai pasangan suami isteri yang bersedia memberitahu mengenai kehendak masing-masing berkaitan hubungan ini. Pihak isteri biasanya lebih malu dan berada pada pihak yang menerima daripada yang meminta. Justeru, suami perlu sentiasa peka pada hal-hal yang disenangi oleh isterinya berkaitan hubungan seks ini.
Bersantai bersama. Sememangnya semakin meningkat usia perkahwinan, semakin bertambah cabaran dalam rumah tangga. Kehadiran anak-anak mendorong suami dan isteri memberi tumpuan bagi memantapkan ekonomi keluarga serta lebih memikirkan hal anak-anak daripada usaha menghidupkan semula kemesraan bersama.
Kemesraan suami isteri menjadi semakin pudar. Suami sibuk mencari wang lebih, isteri pula banyak meluangkan masa untuk anak-anak. Tiada lagi masa untuk bersantai berdua, berpuji-pujian dan sulaman kata-kata mesra semakin dilupakan.
Sebenarnya keadaan suami yang terlalu serius bagi menambah ekonomi keluarga menyebabkan isteri menjauhkan diri untuk memberi peluang kepada suami menumpukan kepada kerjaya. Isteri mula beralih mencurahkan kemesraan pada anak-anak. Ramai suami beranggapan keadaan ini memberi ketenangan kepada seisi ahli keluarga, tetapi tanpa disedari isteri sebenarnya memendam rasa kesunyian dan 'kehilangan'. Oleh itu, suami perlu sesekali mengambil cuti dan berehat panjang bagi menghabiskan masa bersama isteri. Kesempatan bercuti perlu diambil bagi melancong bersama. Paling ringan, telefon isteri setiap hari apabila tiba di tempat kerja serta sesekali raikan isteri dengan memberi hadiah ataupun keluar makan dan menonton berdua tanpa gangguan anak-anak. Dengan kata lain, hidupkanlah budaya dating semula dalam perkahwinan anda.

TIP 1
Cara menghidupkan kemesraan dalam perkahwinan
1.Sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi.
2.Selitkan gurauan, jenaka dan kata-kata mesra semasa berkomunikasi dengan isteri.
3.Jangan kedekut mencurahkan pujian kepada isteri.
4.Pastikan hubungan seksual dapat menyenangkan kedua-dua belah pihak.
5.Apabila kemesraan semakin pudar, cuba hidupkan kembali kenangan-kenangan manis sewaktu mula-mula bersama.
6.Sesekali tunjukkan kemesraan melalui pemberian berupa hadiah, bunga, kad ucapan, perhiasan emas dan sebagainya.
7.Sentiasa mengukir senyuman apabila bersama isteri.
8.Memberikan sentuhan lembut semasa bersama.
9.Memujuk dengan lembut apabila isteri merajuk ataupun mengalami kesusahan, kesedihan dan ditimpa masalah.


Hasan Mohd. Ali
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 17.90 / RM 20.90 (Sabah & Sarawak),
983-3603-57-2;
978-983-3603-57-2;
9789833603572
Tarikh Terbit: 15 October 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 192 halaman

Fahamilah Perasaanku 30 Luahan Perasaan Suami


Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami. Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten. Daripada luahan pertama, 'iktiraflah kelelakianku' hingga ke luahan 30, 'janganlah terlalu mengawalku' menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri.
Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalahisteri.
Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi.
Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.

Hasan Mohd. Ali
PTS Millennia Sdn Bhd
RM RM16.00 / RM RM18.00 (Sabah & Sarawak),
983-3603-45-9;
978-983-3603-45-9;
9789833603459
Tarikh Terbit: 12 December 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 176 halaman

Berbunga Cinta Aisyah Di Hati Rasulullah


Memiliki cinta yang membahagiakan adalah pilihan yang dapat dicapai semua orang. Apa yang membezakan antara satu sama lain adalah jalan dan pendekatan yang diambil bagi memetik buah-buah cinta yang segar dan ranum. Cinta sentiasa bersifat misteri. Ia dapat dirasai dengan hati dan diterjemah melalui perbuatan. Buku ini mengetengahkan pendekatan dari dalam ke luar dalam menyampaikan mesej kasih sayang dalam minda lelaki. Jika yang diberi itu kasih sayang, maka yang diterima juga kasih sayang. Tetapi apakah cara yang efektif bagi menyampaikan hasrat hati ini?

Persoalan lain yang selalu diajukan adalah berkenaan bagaimana mendapatkan komitmen lelaki dalam mengurus perhubungan sedia ada. Tidak dapat dinafikan soalan mengurus konflik tanpa menjejas sayang yang sudah ada juga menjadi pertanyaan penting orang perempuan. Buku ini cuba menjawab persoalan bagaimana menawan hati lelaki sebagai pasangan dan cara menyampaikan hasrat diri kepadanya. Buku ini meneroka pemikiran dan sikap lelaki dalam menerima risalah cinta daripada perempuan yang sentiasa dirindui. Ia realistik dan memenuhi cara hidup kontemporari tempatan yang kita lalui hari ini.

Aisyah digambarkan sebagai seorang isteri yang mempunyai orientasi tindakan yang tinggi. Beliau memberi respon aktif secara lisan dan perbuatan kepada apa yang disampaikan oleh nabi sama ada didikan, teguran dan peringatan. Aisyah juga menjadi penting kerana beliau menjadi rujukan alternatif kepada orang Islam. Orientasi tindakan dalam kehidupan Aisyah meneguhkan kedudukan Nabi Muhammad baik dari segi hidup peribadi, dakwah dan mengurus hidup keluarga. Realitinya, dalam diri kita ketika ini sudah ada ciri-ciri Aisyah yang dapat digubah menjadi sesuatu yang akan mengindahkan hidup berpasangan.


Zamri Mohamad, Imran Yusuf
RM RM18.50 / RM RM20.50 (Sabah & Sarawak),

978-983-3604-56-2;
Tarikh Terbit: 17 March 2010 ;
Jumlah Muka Surat : 280 halaman

Thursday, March 4, 2010

Ku Seru Namamu Kekasih

Maya Iris

PTS
RM 24.50 / RM 27.50 (Sabah & Sarawak),
983-3604-74-9;
978-983-3604-74-6;
9789833604746
Tarikh Terbit: 23 June 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 496 halaman


Monday, March 1, 2010

Kalimah Cinta Suci



Nani Nuraini
PTS Millennia Sdn Bhd
RM 26.50 / RM 29.50 (Sabah & Sarawak),
983-3604-34-X;
978-983-3604-34-0;
9789833604340
Tarikh Terbit: 18 November 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 560 halaman

Makrifat Cinta


Sambungan kisah Iqbal dalam mencari cinta. Kisah penamat bagi buku sebelumnya iaitu Syahadat Cinta dan Musafir Cinta. Kali ini Iqbal harus memilih sama ada Priscila, Zaenab ataupu Khaura yang akan menjadi jodohnya.

Penulis:Taufiqurrahman Al-Azizy
PTS Litera Sdn Bhd
RM RM22.00 / RM RM25.00 (Sabah & Sarawak),

978-983-3892-11-2;
Tarikh Terbit: 22 December 2008 ;
Jumlah Muka Surat : 352 halaman

Dendam Pencinta


Mengisahkan Aliff yang ingin membalas dendam kepada Anding, teman lelaki Rina, adik perempuannya yang menyebabkan kematian kedua ibu bapanya dalam kemalangan ngeri. Kemalangan itu juga menyebabkan Rina koma dan cacat kakinya. Ini menjadikan Aliff berdendam pada Anding dan bertekad mahu membalas segala kesedihan yang dilalui dan dia mahu Anding merasai segala kesedihannya. Aliff cuba memikat Murni, adik Anding. Niat awalnya mahu membalas dendam akhirnya bertukar menjadi cinta dan sayang apabila Murni seorang isteri yang patuh dan baik. Tatkala Aliff mengakui cintanya pada Murni, rahsianya terbongkar. Murni kecewa apabila mengetahui niat sebenar Aliff mengahwininya. Murni melarikan diri daripada Aliff. Akhirnya setelah banyak liku yang dilalui, Murni mengakui kejujuran Aliff dan kembali kepada Aliff.

Ann Aishah
PTS Litera Sdn Bhd
RM 26 / RM 29 (Sabah & Sarawak),

978-983-3892-29-7;
9789833892297
Tarikh Terbit: 12 March 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 592 halaman

Melakar Cinta Firdaus


Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi. Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu. Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit.

Aima Insyirah, gadis kental dari Malaysia yang rela berkhidmat di bumi bergolak Palestin semata-mata untuk menabur bakti dan bantuan tanpa gentar dengan rasa pasrah oleh ketentuan illahi. Kehidupan di Palestin mengajarnya erti kesabaran dan sentiasa bersyukur dengan nikmat kurnian yang diberikan oleh Allah S.W.T. Dugaan yang dihadapi oleh Aima Insyirah sungguh kuat kerana dia harus berdepan dengan mangsa-mangsa kekejaman tentera Zionis yang rata-ratanya wanita yang kehilangan suami dan anak-anak yang telah menjadi yatim piatu. Walaupun jauh dari keluarga tercinta, hidupnya tidak sunyi kerana warga Palestin menerimanya sebagai ahli keluarga tanpa mengira pangkat dan warna kulit. Kehadiran e-mel yang tidak dijangka dari Naufal Mustaqim, rakan sekolah dahulu membangkit rasa rindu walaupun mereka hanya berhubung melalui dunia maya. Percintaan di antara Aima Insyirah dengan Naufal Mustaqim diuji dengan kehadiran Jeneral Ri'fail Zanki, Ketua Briged Ayyubi yang dalam diam menyimpan rasa terhadap Aima Insyirah. Percintaan mereka sekali lagi diuji oleh Allah S.W.T ketika Aima Insyirah berjaya ditangkap oleh tentera Zionist semasa hendak menyelamatkan mangsa tebusan Palestin di markas tentera Zionis. Berpegang kepada Allah S.W.T, Aima Insyirah berjaya diselamatkan walaupun diseksa oleh tentera Zionis yang tidak berperikemanusiaan. Bak kata bidalan “sudah jodoh tidak akan ke mana”, akhirnya cinta Aima Insyirah dan Naufal Mustaqim berjaya disatukan dalam suasana meriah.

Mengintai Cinta Khalifah


Imran, remaja yang tercari-cari erti sebuah legasi demi memimpin cintanya menuju syurgawi. Dia cuba menyelami hakikat khalifah yang makin kabur. Dalam diam, jiwanya sentiasa memugar cinta Laila yang prejudis terhadap agamawan. Kerana cinta dia berusaha mengubah persepsi Laila. Namun, Laila tetap dengan pendiriannya. Ketika itu, hadirlah Nanda Gracer iaitu seorang Gadis asing yang mengheretnya ke dalam perdebatan antara kebenaran Islam dan kejahatan orientalis. Imran tekad menghadapi argumentasi itu dan merubah pandangan Nanda. Dalam diam, Nanda terpesona terhadap karisma dan kemantapan ilmu Imran. Dalam menggapai cinta Laila dan hambatan cinta Nanda, adakah Imran akan memperkukuhkan dirinya sebagai Khalifah Tuhan di muka bumi?

A. Ubaidillah Alias
PTS Litera Sdn Bhd
RM 17 / RM 19 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-37-2;

9789833892372
Tarikh Terbit: 3 June 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 400 halaman

Lentera Mustika


Profesor Madya Dr. Ainur Mustika dalam dilema memilih lelaki terbaik untuk menjadi pasangan hidupnya. Syed Amirul Hakim yang bagai ombak tidak pernah lelah memukul pantai hatinya dengan Emir Johan yang bagai bayu tidak henti membelai nyaman mendasari kalbunya, sentiasa mengundang debarnya. Dia mengakui, tidak lengkap hidup seorang wanita tanpa lelaki bergelar suami di sisinya, dan sebaliknya kejayaan seorang lelaki pula di belakangnya ada seorang wanita bergelar isteri yang menjadi inspirasinya. Namun begitu, adakah hal itu benar kini? Berapa banyakkah bahtera perkahwinan yang karam sebelum sempat berlabuh ke destinasinya?

Nisah Haron
PTS Litera Sdn Bhd
RM 18 / RM 20 (Sabah & Sarawak),

978-983-3892-43-3;
Tarikh Terbit: 9 July 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 416 halaman


Siti Musalmah, selepas kematian ibu, dia tetap menyandang pesan dan nasihat ibunya bagi kemakmuran diri. Lalu dengan hanya kemampuan membaca kitab, dia berhijrah ke kota bagi mencari bahagia, juga bagi menemui Hamzah, lelaki yang mengajarnya mengenal huruf. Di kota, ujian baru datang bertimpa-timpa. Apatah lagi pada saat dia berjaya menemui Hamzah, hanya untuk mengetahui, dia terbenam dalam masalah yang lebih berat, menyinggung hati dan kasih. Lalu hanya kepada Tuhan dia memohon, dia berdoa.

Rentetan kejayaan novel pertama beliau Seteguh Fikrah Solehah, Aminah Mokhtar terus diberi peluang menulis novel seterusnya bagi meletakkan nama beliau setaraf novelis terkenal industri buku. Hadirnya Doa Insan Berkasih memaparkan penghayatan dan pengabdian cinta dalam keluruhan dan keindahan Iman. Siti Musalmah gadis luhur budi, naif, hanya belajar membaca kitab, menjalani kehidupan yang tidak surut-surut ujiannya. Dua hari selepas emaknya meninggal, dia dipujuk Mak Piah menjadi orang gaji di Johor Baharu kerana Esah yang pulang ke kampung menggunakan wang untuk mengambilnya bekerja di rumah Tuan Malik. Sebelum berangkat dia ingin sekali bertemu Hamzah yang mengajarnya mengenali huruf sehingga berjaya menjadi pencinta buku-buku pelajaran. Tetapi Hamzah dipujuk ibunya Mak Intan untuk ke Kota Tinggi menguruskan ladang yang baru dibeli. Siti Musalmah yang pasrah berkenaan ketentuan Allah, membawa kehidupan luhur gadis Islam yang rajin berpuasa sunat, mengkhatamkan Al-Quran setiap tiga bulan dan bersolat malam di rumah Tuan Malik. Tingkah lakunya menjadi kebencian anak gadis Tuan Malik, Zur Haleza yang lebih sukakan hidup berfoya-foya daripada menatap buku-buku pelajaran. Siti Muslamah mengutip buku-buku Zur Haleza dan berazam menduduki peperiksaan demi peperiksaan demi menunaikan janjinya pada Hamzah, untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Tuan Malik yang mabuk, semasa Siti Musalmah sedang membaca Al-Quran dan selesai solat malam. Tuan Malik terpesona melihat kejelitaannya malam itu dan mahu memperkosanya, tetapi diselamatkan oleh penyakit strok yang tiba-tiba menyerang pemuja arak itu. Dia meninggal pada malam kejadian dan Siti Musalmah melarikan diri ke madrasah yang selalu dibawa Mak Limah belajar Fardu Ain. Kekosongan jiwa Azri Farouk yang mula terisi dengan keluruhan budi seorang gadis yang melafazkan kalimah al-Quran di banglo mewahnya, rasa kosong kembali apabila Siti Musalmah hilang dari banglo mewahnya. Azri Farouk rasa tertekan dan kehilangan yang amat sangat. Harapannya supaya Siti Musalmah dapat membimbingnya hancur berkecai. Dia semakin tertekan apabila tidak tahu membaca surah Yasin mengiringi jenazah Tuan Malik dan bertambah tertekan apabila Tuan Malik meninggalkan banyak hutang sehingga rumah dan kereta tergadai. Azri Farouk ikut Mak Limah pulang ke Felda dan berusaha mencari Siti Musalmah. Dia berjanji pada dirinya akan menjadi insan semulia Siti Musalmah demi mempertahankan cintanya pada gadis mulia dan luhur itu. Menanti Siti Musalmah yang tidak pulang-pulang, Hamzah berpindah ke Mersing dan berjaya membina empayar perniagaan. Dia mencari Siti Musalmah di Johor Bahru. Sayangnya Siti Musalmah membawa dukanya pulang ke kampung Nelayan dan bercita-cita mahu menjadi peraih ikan. Dia berhasrat mahu berbincang dengan Hamzah tetapi Mak Su Senah memujuknya supaya lupakan Hamzah kerana Mak Intan sudah pun menetapkan hari pernikahan Hamzah. Siti Musalmah pasrah dengan ketentuan Allah dan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah supaya dapat melupakan Hamzah. Ketegasan sepupunya Salamiah berjaya membantunya membuka gerai-gerai di sepanjang pantai untuk menjadi peraih ikan. Usahanya mendapat tentangan lintah-lintah darat. Berkat sabar dan rajin berusaha akhirnya Siti Musalmah berjaya membuka Kampung Nelayan Sdn. Bhd. Menjadi usahawan berasaskan produk laut dan berjaya membangunkan ekonomi kampung nelayan. Zamani berusaha mendapatkan cinta Siti Musalmah, gadis tercantik di kampung Nelayan. Gagal cara baik, difitnahkan sudah hanyut seperti Esah semasa tinggal di Johor Bahru. Salamiah pertahankan Siti Musalmah dan berjaya menghalau Zamani keluar dari Kempung Nelayan. Hari pernikahan semakin dekat, Hamzah bermunajat kepada Allah, semoga mudahkan pertemuannya dengan Siti Musalmah. Zahari, rakan kongsi dan sahabat baiknya bertemu Salamiah di kongres usahawan di Johor Baharu. Pertemuan itu memberi harapan pada Hamzah yang Allah akan pertemukan cintanya yang luhur itu. Zur Haleza yang kehilangan kekasihnya Encik Pilus hilang hampir gila apabila kandungannya semakin besar. Banglo mewah tergadai. Dia berhasrat mahu mencari Siti Musalmah. Dia tiba-tiba menjadi rindu pada suara membaca Al-Quran yang sayup-sayup terdengar setiap kali dia pulang ke rumah pada waktu subuh. Hamzah pujuk Mak Intan lupakan hasratnya untuk menjodohkannya dengan Nur Marhani dan berkata yang dalam hatinya yang ada hanya Siti Musalmah. Mak Intan semakin marah, sakit hati dan tertekan. Dia ke kampung Nelayan dan terkejut melihat perubahan yang begitu ketara. Dia menuduh Hamzah curahkan hartanya pada Siti Musalmah. Dia menyerang Siti Musalmah dan sanggup bayar berapa sahaja asalkan Siti Musalmah mahu lepaskan Hamzah. Salamiah yang panas baran, sakit hati dan marahkan Mak Intan yang dirasakan begitu kurang ajar menghina adik sepupunya dan seluruh orang kampung Nelayan. Demi menjaga hati semua, Siti Musalmah berjanji akan lupakan Hamzah dan menerima Azri Farouk. Salamiah menentang, dia tidak mahu Siti Musalmah kecewa. Dia pujuk Zahari bawa Hamzah ke kampung Nelayan dan pertemukan dua hati yang saling mencintai tetapi diuji dengan pelbagai ujian hidup. Dengan doa-doa yang sering mereka pohonkan setiap kali hati dilanda ingatan yang pilu dan terseksa, akhirnya doa tulus mereka diperkenankan Allah. Cinta jadikan dua insan itu semakin hebat memajukan diri, menjadi insan semakin hebat beribadat dan semakin dekat menyerahkan diri kepada Yang Maha Pencipta. Aminah Mokhtar menyatakan. “Susur galur insan-insan yang diuji Allah dengan ketulusan rasa cinta dalam Doa Insan Berkasih. Mereka yakin dan teguh hati menerima setiap ujian dan percaya yang ujian itu ada hikmahnya. Cinta jadikan mereka semakin hebat menjadi khalifah di muka bumi Allah dan menjadi Insan yang semakin dekat dengan Allah.’ “Sebuah novel motivasi memperhebatkan diri mengikut landasan iman, novel percintaan antara insan yang tulus dan kecintaan kepada Allah yang ikhlas dan tawaduk,” tambah beliau lagi.

Menunggu Cinta Tuhan


Khalida Atikah jiwanya bening lagi putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tapi tetap punya cita-cita. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia? “Alamak... macam mana nak tulis gosip? Nanti aku fitnah orang?” Ketuanya, Azrul amat digeruni. Lelaki muda itu matanya tajam menikam, lidahnya mampu menghiris, tindakannya menghancur lumatkan kerjaya kewartawanan yang baru bermula. Namun antara Azrul yang digelar Harimau Dinamik dengan Allah SWT, Tuhan Yang Menguasai Seluruh Alam, Khalida tunduk sujud gentar lagi penuh cinta pada Yang Khalid! Azrul Rasyid.. dia lelaki keras, kasar lagi lantang. Kata-katanya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati. “Hah?! Budak Khalida jadi anak buah aku?” “Bertudung, lurus bendul, aliran agama... Apa Khalida tahu tentang hiburan dan artis?” “Menulis di ruangan hiburan pun macam beri kuliah subuh!” Renungannya pada Khalida penuh benci dan keji. Gadis ini memang menyusahkan! Tapi entah mengapa wajah polos jernih itu ada ketika menggugah hati bekunya. Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan di antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yang menguasai. Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pada Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rasyid dan Nureen siapa yang lebih luhur lagi putih untuk disapa cinta PenciptaNya?

Lily Haslina Nasir
PTS Litera Sdn Bhd
RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-54-9;
978-983-3892-54-9;
Tarikh Terbit: 6 October 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 432 halaman

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...