
Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini. Buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama. Tetapi HRP memutuskan untuk mengasingkan judul tersebut menjadi 2 siri bagi memudahkan pembaca memilikinya. Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawaIslam ke lembah kehancuran. Oleh itu, sebagai muslim yang telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang Satu dan Muhammad itu pesuruhNya harus sama-sama memikul tanggungjawab untuk mempertahankan agama ini. Semoga Islam akan terus dijulang tinggi oleh setiap generasi muslim. Amin.. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin..”
Sem.Malaysia RM 35.90
Sabah Serawak RM 37.90
Thursday, February 25, 2010
Gerakan Orientalisme & Kristianisasi -Ancaman Kapada UMMAH!!!
Posted by Da'ie at 2:43 AM 0 comments
Catatan Hati Nik Nur Madihah
Sem.Malaysia RM 25.90
Sabah serawak RM 27.90
Posted by Da'ie at 2:39 AM 0 comments
Gerakan Freemasonry Musuh Dalam Menghancurkan Islam
Sem.Malaysia RM 35.90
Sabah Serawak RM 37.90
Posted by Da'ie at 2:35 AM 0 comments
Berdialog Dengan Jin dairi seorang perawat
Sem.Malaysia RM31.90
Sabah Serawak RM33.90
Posted by Da'ie at 2:22 AM 0 comments
Lembaran Hidup Ulama

"Sesunguhnya Ulama adalah pewaris nabi.Sungguh para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham.sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barangsiapa mengambil warisan tersebut ia telah mengambil bahagian yang banyak"
(Riwayat Tirmizi,Ahmad,Abu Daud dan Ibnu Majah.Bisahihkan Al-Albani)
Semenanjung Malaysia: RM28.90
Sabah & Serawak: RM30.90
Posted by Da'ie at 2:14 AM 0 comments
Monday, February 22, 2010
Cuba Try Cinta

CINTA, suatu lafaz ‘keramat’ yang acap kali khalayak membicarakan tentangnya – dari yang bernama remaja sehinggalah insan-insan yang usianya ditelan senja. Ia diibaratkan hembusan nafas untuk sebuah kehidupan, suatu anugerah kurniaan Ilahi. CINTA, sebahagian naluri insani; ingin berCinta dan diCintai. Tapi, CINTA – tidak selamanya mengarah dan menjurus kepada perilaku seksual semata. Masih ada CINTA lain yang harus kita perhatikan dan dambakan sentiasa – suatu hakikat yang sering dilupakan. Apakah CINTA itu?
Cinta kepada Islam…
Cinta kepada saudara seIslam…
Cinta akan keadilan dan kebenaran…
Itupun, masih banyak bunga-bunga CINTA yang belum dibicarakan, yang terukir indah di bawah naungan CINTA Allah dan Rasul-Nya! Semoga, huraian dan paparan penulis membawa kepada pemahaman CINTA dalam erti kata sebenar – CINTA yang tidak hanya sebatas di bumi, tetapi menerobos ke alam Syurgawi! 
Seindah-indah CINTA adalah CINTA kepada
Penggenggam alam semesta..
Kepada yang Maha Mencinta
yang tiada pernah putus CintaNya
yang kekal CintaNya…
DIAlah ALLAH!
ALLAH yang Maha Agung
Maha Indah, Maha Penyayang
Maha Membela, Maha Mempesona
CINTA kebenaran
CINTA Rasulullah
CINTA semata-mata
kerana ALLAH...
Selamat berCINTA!____________________________________________________________
PERINCIAN BUKU 11 :
Wednesday, June 10, 2009
Transformasi 360 darjah Zahir Batin

Segalanya bermula disini.. Tidak lama lagi.. Motivasi bukan lagi Motivasi tetapi Transformasi!!!
Satu trademark berkonsepkan motivasi tetapi bukan lagi motivasi ia 'Transformasi' untuk dihidangkan buat pembaca, Lihat, baca dan bertindak terus untuk diamalkan.. 360 darjah putaran segi Zahir & Batin untuk kesempurnaan hidup seseorang insan.
Kehidupan kita dewasa ini banyak terpengaruh dengan bahan-bahan bacaan disekeliling, ilmu-ilmu yang fositif atau tidak akan mengelirukan kita. Tetapi hati kita tidak boleh menipu, bahan yang mana baik untuk tatapan pilihan kita. apa yang baik semestinya boleh kita amalkan dan yang buruk boleh sahaja kita tinggalkan.. tidak kira daripada buku, surat khabar, internet, risalah-risalah dan pelbagai lagi bahan bacaan yang tiada sempadannya..
Dengan situasi ini penerbit akan membawa anda dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai panduan hidup melalui konsep Transformasi ini Lihat, baca dan bertindak terus. Bermula dengan buku bertajuk Cuba try Cinta insya Allah akan menemui pembaca supaya mudah diterima sebagai bahan untuk kita membuat perubahan untuk diri sendiri dan secara tidak langsung menterjemahkan kepada kehidupan kita seharian, dan dalil-dalil Hadith juga Al-Quran menjadi sumber pegangan sebagai panduan..
Transformasi tindakan diri insani...
Posted by Da'ie at 11:19 PM 0 comments
Cara Mudah Memahami Perkataan Al-Quran

Memahami Al-Quran, dari segala tuntutan dan ajarannya tidak akan terlaksana, sekiranya kita umat Islam tidak mengerti bahasa Arab. Melalui buku ini, penulis menampilkan kaedah yang mudah untuk memahami maksud Al-Quran, sesuai untuk semua peringkat usia. Baik, bagi mereka yang baru mengenali bahasa Arab atau yang masih tidak mengenali bahasa Arab, tetapi berkeinginan untuk belajar bahasa Arab melalui Al-Quran.
Meskipun subjek perbahasannya merangkumi pelajaran Nahw, buku ini turut memuatkan penjelasan tentang perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam Al-Quran untuk memudahkan kefahaman umat Islam ketika menelaahnya. Penulis cuba memudahkan pembaca mengenali dan memahami perkataan-perkataan seperti kata nama, kata sendi atau kata huruf dan juga kata kerja. Maksud, fungsi serta fungsi kedudukan baris huruf turut dijelaskan.
Buku ini, amat sesuai dimiliki dan dibaca oleh semua peringkat masyarakat, khususnya mahasiswa, para pendidik, ibubapa dan individu yang ingin mendalami dan memahirkan diri dengan penguasaan bahasa Arab dan penggunaannya di lapangan kehidupan seharian.
Dalamilah bahasa Arab, bahasa Syurga!
_______________________________________________________PERINCIAN BUKU 12:
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman Penulis : Syed Nasir Omar Assagoff Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : AbaiOs Konsep Kulit Buku : Abaios/Syed Nasir Rekabentuk Kulit : Adi Baharom Muka Surat : 315 bewarna Terbitan : Hijjaz Records Publishing Edaran : Marketing Dept. HRSB Tarikh diPasarkan : Feb 2010 Harga Semenanjung : RM28.90 Harga Sabah /Serawak : RM30.90 Harga Singapore / Brunei : $15.00
Posted by Da'ie at 11:10 PM 0 comments
Era Kebangkitan Kerajaan Uthmaniyah

Buku yang berada di tangan anda ini adalah sebuah karya sejarah yang merentasi perjalanan kebangkitan Empayar Khilafah Uthmaniyah. Empayar ini pernah menjadi model dan ikon kemajuan dunia serta sumber inspirasi abad pertengahan di Eropah.
Para Khilafah Uthmaniyah membina empayar mereka dengan semangat Islam yang menyala dan membara. Mereka membangunkannya dengan keringat dan kesungguhan, darah dan air mata, harta benda dan jiwa, demi menegakkan syariah dan kalimah Allah.
Tidak hairanlah dengan semangat juang yang tinggi itu mereka berjaya menakluk Konstantinople yang menjadi idaman setiap bangsa dunia ketika itu. Perjuangan mereka berpandukan sabda Rasulullah s.a.w, “Konstantinople akan dapat ditakluki oleh seorang lelaki. Maka dia adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.”
Janji Rasulullah s.a.w ini tertunai apabila pada tahun 1453, kota Konstantinople jatuh ke dalam genggaman Sultan Mehmed al-Fatih. Pembentukan kerajaan Uthmaniyah dengan asas kekuatan jihad Islam telah menjadikan mereka sebagai satu pasukan elit yang terlatih, berdisiplin, bersemangat, memiliki keberanian dan ketangkasan yang tiada taranya.
Malahan semangat dakwah mereka mampu merubah satu bangsa nomad yang sederhana menjadi sebuah pembangun empayar yang amat digeruni dengan kuasanya melebar ke tiga benua iaitu di Afrika, Asia Tengah dan Eropah hingga menjangkau ke benteng kota Vienna, Austria.
Paul Kennedy menyatakan dalam tulisannya :
“Empayar Uthmaniyah bukan hanya sebuah kerajaan tentera malahan ia mampu menjadi penakluk elit yang dibentuk dari satu kesatuan iman, budaya dan bahasa pada sebuah kawasan yang lebih luas dari Empayar Rumawi (Byzantine) dan bagi penduduk yang lebih besar jumlahnya. Dalam beberapa abad sebelum kurun ke-14, Islam telah melampaui Eropah dalam bidang kebudayaan dan teknologi. Kota-kotanya sangat luas, tersusun dan perairan yang sangat baik. Beberapa kota turut mempunyai perpustakaan yang lengkap dan masjid yang indah. Dalam bidang matematik, kartografi, perubatan dan aspek lain daripada jurusan sains dan industri, kaum muslimin sering terkehadapan.”
HRSB Tarikh diPasarkan : Jun 2009 Harga Semenanjung : RM35.90 Harga Sabah / Serawak : RM37.90 Harga Singapore / Brunei : $16.00Posted by Da'ie at 11:03 PM 0 comments
Membongkar Misteri Dajjal

Buku ini mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculan dalam pencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia,dengan mengerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons.Illuminati dan Secret Society.Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.
Harga : Sem.Malaysia RM37.90
Sabah/Serawak RM39.90
Posted by Da'ie at 10:33 PM 0 comments





