BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 28, 2010

Haji Muda : Tip-tip Menjadi Tetamu Allah

Buku ini ditulis bagi mengisi vakum yang kurang diisi oleh penulis-penulis lain khususnya bagi membina semangat hajibagi generasi muda. Sesuatu yang saya fikirkan ketika menunaikan haji pada 2002 dan diikuti oleh umrah pada 2003, 2004, 2006 dan 2008, ternyata rakyat Indonesia membangkitkan semangat haji muda ini. Secara kasar (bukan kajian ilmiah), rata-rata Indonesia diwakili oleh orang muda berpasangan suami-isteri, boleh dikatakan komposisi yang seimbang antara orang muda dan warga emas. Berpaksikan kepada keinginan ini, usaha bagi menulis catatan perjalanan dan tarbiah haji bagi orang muda sepatutnya dikongsi bersama.
Semua individu Muslim mahu melaksanakan haji tetapi menangguhkan hasrat kerana dua faktor utama iaitu belum sampai seru dan himpitan kewangan. Buku ini disusun bagi memberi kita peluang berfikir, belum sampai seru dan himpitan kewangan dapat diatasi, justeru merealisasikan haji muda.

Kandungan buku ini meliputi aspek seruan haji, menggoncang minda keinsafan, mencadangkan persediaan, cabaranhaji dan panduan kewangan bagi bakal tetamu Allah. Bagi saya, seruan haji sepatutnya lahir dari dalam diri dan diterjemahkan melalui perbuatan. Semua orang perlu mencari 'seruannya' sendiri dengan membuat perancangan hajisemasa muda, berazam sungguh-sungguh dan diikuti dengan doa.
Justeru, buku ini ditulis bagi menggarap peluang dan bermatlamat:

1. Mengajak menunaikan kewajipan haji ketika usia muda
Pengolahan jalan cerita memberi inspirasi kepada pembaca betapa pentingnya melaksanakan haji pada usia muda.

2. Menjemput pembaca berfikir falsafah Haji.
Terdapat empat konteks yang cuba saya ketengahkan. Pertama, hakikat seru. Kedua, taubat dan mohon keinsafan. Ketiga pentingnya ilmu dan mendekati sejarah nabi. Keempat apakah bentuk pendidikan haji yang menuntut kita laksanakan khususnya selepas selesai haji. Mampukah dan layakkah kita memohon Syurga Firdaus atau sekadar berada di syurga setinggan?

3. Memberi panduan haji
Sedikit panduan ringkas persediaan haji meliputi aspek fizikal, kewangan dan rohani. Buku ini disusun mengikut perjalanan penulis sebelum, ketika berada di tanah suci dan selepas melengkapkan haji. Ia ditambah nilai dengan pengalaman umrah selepas haji.

4. Tips pengurusan kewangan haji
Semua insan bercita-cita untuk ke tanah suci, kemungkinan selepas pencen. Apabila perkara ini dibincangkan dengan teman-teman, perkara pokok yang difikirkan adalah di mana hendak mencari duit? Buku ini memberi sedikit tip kepada bakal haji muda dan ibu bapa dalam merancang kewangan keluarga dan anak-anak serta sesuai menjadi panduan umum pengurusan kewangan kepada pembaca.

5. Pelengkap kepada siri buku 'Travelog Haji' yang diasaskan oleh Prof Dr. haji Muhd Kamil Ibrahim dan Penerbit PTS Islamika.
Buku terdahulu, 'Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman' (selepas ini dirujuk sebagai THMSI) membimbing pembaca terus ke Mekah terlebih dahulu dan kemudian Madinah. Buku ini pula memimpin pembaca bagi menghayati hajisemasa di Madinah bagi menggarap peluang memperoleh haji terbaik sebelum melangkah ke Mekah. Pembaca akan memperoleh manfaat daripada kedua-dua buku dengan catatan perjalanan yang berbeza. Dari sini (khusus bakal tetamu Allah yang pertama kali melangkah ke tanah suci), mereka akan mendapat gambaran perjalanan daripada dua perspektif dan bolehlah membuat perancangan perjalanan haji dari awal. Hakikatnya, kedua-dua buku mengajak pembaca berfikir dan mencadangkan panduan berguna yang dapat dimanfaatkan oleh bakal tetamu Allah.

Penulis : Ridzuan Bakar

Harga: RM 19.00 / RM 21.00
ISBN-13: 978-967-5137-25-9
Tarikh Terbit: 15 Sep 2008
Jumlah Muka Surat :

Kategori: Islam, Gaya Hidup

PTS Islamika Sdn Bhd

Travelog Haji With VCD

Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman bukan semata-mata catatan pengembaraan insan yang menunaikan fardu haji yang merujuk pada kisah tempat, budaya, pengangkutan, makanan, minuman dan tempat-tempat menarik dan bersejarah. Ia adalah kisah perjalanan roh insan yang melangkaui kehidupan rutin manusia.

Penulis melakarkan pelbagai persoalan asas dalam kehidupan seorang Muslim. Kepercayaan kepada Penciptanya, tetapi terdesak dengan kejahilan diri yang sememangnya dimiliki oleh jutaan masyarakat Islam yang lain menyebabkan dia mencari jawapan kepada persoalan yang merunsingkan. buku ini membawa pembaca mengenali diri sendiri dan bersedia melakukan perubahan besar dalam hidup mereka.

Buku ini sesuai dibaca oleh semua lapisan masyakarat terutama mereka yang tercari-cari buku motivasi agama dan panduan ibadah yang ditulis secara santai dan bersahaja. Bagi mereka yang bakal dan berpengalaman menunaikan fardu haji mendapati buku ini mempunyai nilai yang tersendiri. Ia mempunyai kemampuan yang luar biasa.

Muhd Kamil Ibrahim adalah Profesor Perakaunan di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau banyak menghasilkan karya seperti PhD: Kecil tapi Signifikan, Ibrahim Shah: Menyingkap Pengurusan Universiti, Motivasi Minda Pelajar, Pelajar Cemerlang dan Motivasi Remaja. Beliau juga menulis buku kepakaran seperti Value Relevance of Accounting Numbers, Financial Reporting in Malaysia danCorporate Social Responsibility in Malaysia. Buku popular beliau adalah Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (2007) dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (2008) yang diterbitkan oleh PTS Islamika Sdn. Bhd. Lebih 400 rencana juga diterbitkan dalam pelbagai media massa.


Muhd Kamil Ibrahim

Harga: RM 29.00 / RM 32.00
ISBN-13: 978-967-366-026-1
Tarikh Terbit: 1 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 328

Kategori: Islam, Gaya Hidup, Islam Umum

PTS Islamika Sdn Bhd

Pembimbing Ke Tanah Suci

Mengerjakan ibadat haji dan umrah, TIDAK DITENTUKAN MANA-MANA BACAAN DAN DOA yang khusus. Membaca doa adalah sunat sahaja. Namun untuk mendapat haji yang mabrur, kesempurnaan amalan, bacaan dan doa merupakan sebahagian daripada prasyarat yang patut diambil kira. Buku panduan ini disusun berdasarkan kepada gabungan maklumat kursus haji bersiri (Lembaga Tabung Haji), beberapa buah buku yang berkaitan dengan ibadat haji dan umrah, termasuk kitab hadis Muslim dan Bukhari, dan pengalaman semasa menunaikan ibadat-ibadat tersebut. Amalan dan doa-doa diatur secara mudah, bermula daripada langkah pertama untuk mengerjakannya (dari rumah) hinggalah selesai menunaikannya. Semoga buku ini dapat membantu dan memudahkan pemahaman para jemaah yang akan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadat.

Penulis : Haji Wan Mohd Nor Che Mohamed

Harga: RM 23.00 / RM 26.00
ISBN-13: 978-967-366-020-9
Tarikh Terbit: 15 Jun 2010
Jumlah Muka Surat :

Kategori: Islam, Doa & Amalan, Fekah

PTS Islamika Sdn Bhd

Perang Badar Perang Penentuan

Kisah Perang Badar. Ini novel yang berkisah secara lengkap berkenaan Perang Badar. Ia bermula daripada galau di Mekah yang akhirnya membawa penghijrahan Nabi Muhammad SAW ke Madinah. Di Madinah Nabi Muhammad SAW menjadi ketua yang dihormati dan beliau membina Madinah menjadi wilayah yang berdaulat.

Konflik bermula apabila Quraisy kafir di Mekah tidak mengiktiraf pemerintahan Islam di Madinah. Mereka cuba menceroboh kawasan Madinah semasa kafilah dagang mereka mahu berdagang ke Syam tanpa meminta izin daripada pihak Madinah.

Pihak Islam Madinah tidak berdiam diri. Mereka mengetatkan kawalan di kawasan sempadan dan akhirnya perang pun tercetus.


Abdul Latip bin Talib

Harga: RM RM24.00 / RM RM27.00
ISBN-13: 978-983-3892-92-1
Tarikh Terbit: 11 Jun 2010
Jumlah Muka Surat : 256

Kategori: Novel Dewasa, Novel Sejarah Islam

Tuesday, July 27, 2010

Gema Palestin - Kompilasi Lagu Perjuangan Palestin


Menaampilkan Dua Lagu Baru


Bebas Palestin Rabbani l Inteam l Saujana l Nowseeheart

Pahlawan Gaza Saujana

RM 22.90 Semenanjung Malaysia

Sami Yusuf














Koleksi Terbaru Daripada Sami Yusuf

RM :27.90

Maher Zain - Thank You Allah













RM : 27.90

Ayat-ayat Ruqyah Syariah Pengusir & Pembakar Jin

  • Pengusir gangguan,Makhluk Halus(jin)
  • Pembatal Sihir
  • Pelindung/Pendinding
  • Penambat Kasih Sayang
  • Rumahtangga
  • Ketenangan Jiwa
  • Histeria(Kerasukan)
  • Sihir Santau/Guna-Guna
  • Pengasih
Harga : RM15.00
Di perdengarkan kepada pesakit/tempat untuk tujuan Pembatal (gangguan/sihir) di pasang hingga habis Bacaan."JANGAN DIPERDENGARKAN PESAKIT YANG TERKENA GANGGUAN/ SIHIR DIDALAM KENDERAAN kerana mungkin boleh membahayakan pemanduan kesan jika benar ada gangguan seperti kepala amat berat@ baran teramat"

Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus


BUKU PERUBATAN ISLAM MENANGKIS KEJAHATAN MAKHLUK HALUS
(Siri 1) Oleh Al-Fadhil Ustaz Sharhan Shafie

* Menyingkap Rahsia jin & syaitan
* Menangkis Kejahatan Ilmu Hitam
* Santau, Bahaya Dan Penawarnya
* Liku-Liku Seorang Mua'lij (Perawat)
* Menyingkap Rahsia Saka & Keturunan
* Rihul Ahmar; Stroke atau Lumpuh dan Rawatan
* Penyembuhan Al-Quran.
Harga : RM20.00 (SM) RM25.00 (SSL)+RM8.00 utk kos penghantaran.

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...