BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 31, 2010

Mendidik Anak Perempuan


Walaupun ramai ibu bapa pada zaman ini mementingkan pendidikan anak, namun masih ramai
yang fokus dan mengambil berat kepada aspek pendidikan akademik semata-mata berbanding
pendidikan rohani dan sahsiah diri. Justeru, buku Mendidik Anak Perempuan menyampaikan ilmu-
ilmu penting berkenaan pendidikan anak secara menyeluruh. Ia bagi memastikan ibu bapa pada
hari ini bersedia memberikan didikan rohani dan sahsiah diri kepada anak perempuan sejak lahir,
sehingga mereka berumah tangga kelak.

− Kaedah mendidik anak sejak lahir serta amalan-amalan yang baik semasa menyambut
kelahiran anak.

−Pengaruh keadaan sekeliling kepada pendidikan anak.

−Kaedah ganjaran dan hukuman dalam pendidikan anak.

−Cara menerangkan kepada anak perempuan berkenaan perkara-perkara yang dilarang
agama.

−Mengajar anak perempuan ilmu rumah tangga sehingga mereka bergelar ibu.

−Ilmu-ilmu penting lain dalam mendidik anak perempuan yang jarang diketahui oleh ibu
bapa.

Pastinya tidak rugi memiliki buku yang informatif ini.

oleh Abdul Mun’im Ibrahim

Harga: RM 27.90 / RM 29.90
ISBN-13: 978-967-5564-15-4
Tarikh Terbit: 19 Aug 2010
Jumlah Muka Surat : 424

Kategori:

Penerbit:

PTS Millennia Sdn Bhd

Cerita Betul Facebook


Setiap hari, hampir 70 juta pengguna login bagi melihat profil teman-teman mereka dengan peningkatan pengguna sebanyak 150 ribu orang setiap hari. Facebook menerima lebih daripada 14 juta foto yang diupload setiap hari dan angka ini terus meningkat. Siapa sangka tokoh di sebalik kejayaan Facebook adalah seorang daripada mahasiswa Harvard University yang bermasalah. Hebat lagi, seperti kisah para tokoh pelopor software lain yang bermula dari garaj, Facebook dibangunkan dan ditulis sendiri dari bilik. Kini, Mark Zuckerberg adalah CEO yang berusia 24 tahun! Namun, kejayaan Mark dan Facebook tidak berlaku dalam sekelip mata. Beberapa tahun diperlukan bagi memerah idea merancang konsep pemasaran. Kini, Facebook menjadi sebuah laman web jaringan sosial yang sukses mengatasi laman web jaringan sosial yang terdahulu. Unggul dari segi aplikasi dan kemudahan penggunaannya membuatkan orang betah berlama-lama di hadapan komputer. Bagi kamu yang baru berjinak dengan Facebook, ini adalah kisah selengkapnya...

oleh Tony H.

Harga: RM 15.50 / RM 17.50
ISBN-13: 978-967-5226-79-3
Tarikh Terbit: 14 Dec 2009
Jumlah Muka Surat : 144

Kategori: Bantu Diri, Motivasi, Bisnes & Pengurusan, Bisnes & Pengurusan Umum, Kepimpinan, Keusahawanan, Pemasaran, Bukan Fiksyen, Biografi, Komputer & Internet, Aplikasi, Internet, Komputer & Internet Umum

Penerbit:

PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Offline Dengan Syaitan


“Manusia yang berjaya adalah mereka yang mengisytiharkan perang ke atas syaitan. Senjata penting yang digunakan adalah senjata kerohanian. Saya yakin, buku Offline dengan Syaitan membicarakan tentang perkara-perkara ini. Buku ini menjelaskan kepada kita tentang siapakah musuh kita yang sebenar serta bagaimana mengalahkannya. Tahniah! Ia begitu relevan dengan kehidupan manusia terutamanya pada hari ini yang dipenuhi pelbagai cabaran." -Dr Danial Zainal Abidin- Doktor, penulis & penceramah "Aku adalah lebih mulia dan lebih unggul daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api dan menciptakannya daripada lumpur." Begitulah kata-kata syaitan dengan angkuh dan sombong di hadapan Allah apabila disuruh bersujud kepada Adam. Ini menunjukkan syaitan merasakan dirinya lebih bertaraf tinggi daripada Adam kerana dia diperbuat daripada api dan Adam diperbuat daripada tanah, yang dianggap tidak bersih dan rapuh. Oleh sebab Allah menjatuhkan hukuman dicampakkan ke dunia, dia berjanji dan berkata di hadapan Tuhan, Nabi Adam dan para malaikat, dia akan membinasakan Adam dan seluruh keturunannya sampai hari Akhirat kelak. Syaitan diciptakan sebagai ujian tahap keimanan manusia kepada Allah. Siapa yang terpedaya dengan ajakan syaitan, Allah membalasnya dengan azab sengsara yang pedih di dunia dan di akhirat. Manakala orang yang berjaya melawan dan menyekat kejahatan syaitan, Allah memberikannya penghargaan yang tidak terkira dan dibalas dengan syurga. Buku di tangan anda ini membawa kita mengenali makhluk perosak terbesar di muka bumi dan bagaimana mereka merosakkan seluruh keturunan Adam di muka bumi secara halus. Dapatkan juga tip dan langkah kawalan bagi menghadapi dan menghalang bisikan dan hasutan mereka seterusnya menjalani hidup dalam keadaan aman dan menenangkan.

oleh Zulkifli Khair

Harga: RM 13.00 / RM 15.00
ISBN-13: 978-967-5137-83-9
Tarikh Terbit: 14 Dec 2009
Jumlah Muka Surat : 144

Kategori: Islam, Gaya Hidup

Penerbit:

PTS Islamika Sdn Bhd

Keajaiban Ramadan


Selalunya keindahan Ramadan itu ditampilkan dalam bentuk ruang keampunan yang disediakan dalam sepuluh hari pertama, siraman rahmat dan keberkatan pada sepuluh hari kedua dan dijauhkan daripada emosi api neraka dalam sepuluh hari terakhir. Kemuncak pada keindahan itu adalah tawaran bagi mengecapi nikmat ibadah yang tidak ternilai iaitu Lailatul Qadar. Ramadan juga menjadi istimewa berbanding bulan-bulan lain disebabkan oleh amalan berpuasa. Tempoh sebulan berpuasa datang dengan seribu satu keajaiban yang memberi impak positif kepada kesihatan tubuh badan manusia. Namun, persoalannya adakah setakat itu sahaja keindahan dan keistimewaan yang ditawarkan oleh Ramadan? Apakah ada keistimewaan lain yang membuktikan wujudnya seribu satu keajaiban yang dijanjikan Allah kepada Umat Islam dengan hadirnya Ramadan? Keajaiban Ramadan membongkar persoalan ini. Ia membongkar keajaiban-keajaiban Ramadan yang lain antaranya sejarah Ramadan, peristiwa-peristiwa bersejarah yang terjadi pada bulan Ramadan, peristiwa penting yang terjadi pada diri Nabi Muhammad dalam bulan Ramadan, fadhilat Ramadan, keistimewaan Ramadan, pensyariatan Ramadan, keberkatan Ramadan, keajaiban berpuasa pada bulan Ramadan dan keajaiban Ramadan dalam memberikan kesan kepada intelektual, fizikal dan emosi umat Islam.

Harga: RM 19.90 / RM 21.90
ISBN-13: 978-967-5564-44-4
Tarikh Terbit:
Jumlah Muka Surat :

Kategori: Islam, Gaya Hidup

Penerbit:

PTS Millennia Sdn Bhd

Armagedon 2010


Pada bulan November 2009, dunia dikejutkan dengan filem arahan Ronald Emmerich yang bertajuk 2012.

Idea asal filem ini dipetik daripada kalendar kaum Maya yang mendakwa kitaran besar dunia tempoh ini akan berakhir pada tahun 2012 atau lebih tepat lagi pada 21 Disember 2012.

Selain disokong oleh kalendar kaum Maya yang banyak didakwa berlaku secara 'kebetulan', mereka juga mendakwa pada 2012, sistem suria kita (Galaksi Bima Sakti) akan mengalami konfigurasi luar biasa, medan magnet bumi menjadi lemah dalam masa yang pantas, fenomena hubungan perubahan medan magnet bumi dan hubungan manusia berlaku dan lebih menarik lagi adalah perlanggaran planet Nibiru (Planet X) dengan bumi.

Filem ini turut dibahas dan dikaji oleh ramai para intelek termasuk daripada NASA sendiri.

Muhammad Alexander atau lebih dikenali sebagai Pak Wisnu mengkaji peristiwa kiamat ini sebelum filem 2012 ini ditayangkan. Kajian ini dimuatkan di dalam buku Armageddon: 2012 yang membahas kekeliruan para intelek dalam menghasilkan filem 2012 serta membahas fenomena kiamat yang disebut di dalam al-Quran dan hadis secara kronologikal.

"Armagedon: 2012 boleh menjadi sebuah buku yang diluar dari kotak pemikiran kita. Tulisan Pak Wisnu ada kelainannya yang tersendiri," kata Editor Senior PTS Islamika, Tuan Imran Azmi ketika mengulas buku terbaharu Pak Wisnu ini.

Menurut Tuan Imran, Pak Wisnu cuba menyedarkan masyarakat semasa supaya jangan mempercayai kiamat akan berlaku pada 2012.

Lebih menarik apabila Pak Wisnu mengkaji peristiwa kiamat ini menggunakan Al-Quran dan Hadis.

"Hasil daripada kajiannya, beliau mendapat keputusan yang kiamat akan berlaku pada bulan Ramadan tetapi tidak dinyatakan tahun kiamat tersebut," jelas Tuan Imran.

Turut dimuatkan dalam buku Armagedon: 2012, gambar, carta dan hasil-hasil kajian mengenai kiamat yang dilakukan oleh para saintis.

"Ini menjadikan buku Armagedon 2012 sebagai buku yang membahaskan tentang kiamat yang terlengkap, tersusun dan gambaran yang mudah difahami," kata beliau lagi.

Penulis melalui kajiannya memberikan kronologi satu persatu tanda-tanda kiamat dan bagaimana kiamat berlaku.

Pak Wisnu mentafsirkan kiamat mengikut Al-Quran dan menterjemahkannya sehingga mudah difahami oleh semua golongan serta sesuai dengan sifat semasa.

Tuan Imran berkata, buku yang bakal berada di pasaran pada 1 Syahwal ini boleh dijadikan sebagai manual dan panduan dalam menghadapi kiamat.

"Nantikan kemunculan buku Armagedon: 2012 yang bakal menghempas di pasaran tidak lama lagi," kata Tuan Imran lagi.

Penulis adalah pesyarah di Universiti Brawijaya, Indonesia. Beliau kini dalam proses mendapatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Sejarah dan Peradaban. Beliau banyak menghasilkan kajian mengenai Yakjuj & Makjuj, Zulqarnain dan hari kiamat. Antara buku bestseller beliau adalah Yakjuj & Makjuj: Bencana di Sebalik Gunung (2009) dan Alexander adalah Zulqarnain (2010).

oleh Muhammad Alexander

Harga: RM 31.50 / RM 34.50
ISBN-13: 978-967-5137-99-0
Tarikh Terbit: 1 Sep 2010
Jumlah Muka Surat : 560

Kategori: Bukan Fiksyen, Sejarah, Islam, Akidah, Islam Umum, Perbandingan Agama

Penerbit:

PTS Islamika Sdn Bhd

Sunday, October 17, 2010

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Quran MP3 - القرآن الكريم - koran karem

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...