BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, February 28, 2010

Indahnya Saat Bersama-Mu


Buku ini mendedahkan rahsia bagaimana seseorang dapat merasai kemanisan bangun beribadah pada tengah malam. Ramai orang yang mampu bangun pada tengah malam tetapi tidak ramai yang sanggup berwuduk dan solat sunat atau membaca al-Quran. Tahukah anda sekurang-kurangnya atau paling lemah qiamullail ialah terjaga daripada tidur, bangun menghadap ke arah kiblat, ingat kebesaran Allah s.w.t. dan kemudian tidur semula? Mungkin ada yang lantas berkata, “Kalau macam tu tiap-tiap malam aku boleh qiamullail!”

Penulis : Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1057
Kod ISBN : 978-983-3494-85-9
HARGA : RM19.90

Jin Hakikat & Pengubatan


Walaupun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud.Malah ia sentiasa berlegar di sekitar kehidupan kita.Ada juga dalam bentuk asalnya dan ada juga dalam bentuk jelmaan atau samaran.Paling hampir ialah qarin iaitu jin pendamping diri kita sendiri.
Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin.Antaranya sihir,santau dan sesetengah perubatan tradisional yang mengunakan kaedah "menurun".Kebanyakan penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor dikatakan disebabkan jin yang masuk ke dalam jasad wanita tersebut.

Penulis : Dato' Hj Ismail Kamus
Kod Katalog : TBBK1016
CP: 11
HARGA : RM 34.90

Palestin Tak Pernah Gentar


Buku ini mendedahkan keadaan sebenar yang berlaku di Palestin. Ia membongkar sejarah, punca persengketaan antara 2 bangsa dan agama serta cadangan-cadangan penyelesaian yang dilihat dapat membantu meringankan penderitaan rakyat, khususnya yang berbansa Palestin. Menariknya buku ini, ia turut menyertakan gambar senario yang berlaku bagi menaikkan semangat pembaca untuk membantu rakyat Paletin dalam apa jua bentuk, InsyaAllah.

Penulis : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri & Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog : TBBK 1117
Kos ISBN : 978-967-5102-46-2
HARGA : RM 20.00

Hadis Modal Insan 2


HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN 2 adalah sambungan dari HIMPUNAN HADIS MODAL INSAN yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Jilid 2 ini memaparkan 25 hadis lagi (Hadis 26-50) merangkumi 4 aspek kehidupan:
  1. Membentuk peribadi dan sahsiah insan: Modal insan, mengenali diri, kemanisan iman, muhasabah diri, sifat-sifat Mahmudah seperti sabar, sifat-sifat Mazmumah seperti panjang angan-angan dan ujub.
  2. Bidang pekerjaan dan kerjaya: Mengenal kekuatan diri, kekuatan hakiki, berhikmah, senyum, diam, jauhi melepak dan gopoh gapah.
  3. Perhubungan sesama manusia: Membalas jasa, menjaga maruah saudara, menjauhi prasangka, isteri solehah, memuliakan tetamu dan kebahagiaan hakiki.
  4. Bidang ekonomi: Mohon rezeki.


Penulis : Dr Zulkifli Mohamad Al - Bakri
Kod Katalog : TBBK 1056
Kos ISBN : 978-983-3494-82-8
HARGA : RM 29.90

Himpunan Hadis Modal Insan


Penulis : Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri
Kod Katalog : TBBK 1042
CP: 10
HARGA : RM 29.90

Anakku Dapat Semua A


Buku ini khusus untuk para penjaga menangani dan mengatasi masalah anak-anak dalam pembelajaran. Jangan menyalahkan anak semata-mata apabila mereka gagal mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran. Mungkin ada empat pihak yang bertanggung jawab:
• Diri pelajar itu sendiri.
• Ibu bapa.
• Guru dan sekolah.
• Persekitaran seperti kawan-kawan dan kemudahan di rumah.
Sementara itu kebolehan dan keistimewaan anak-anak tidak sama. Ibu bapa mesti bijak memilih kelebihan anak-anak daripada menuding jari kepada kelemahan mereka. Gunakan kelebihan tertentu bagi setiap anak-anak untuk menonjolkan keistimewaannya. Bersedialah untuk memberi kemudahan dan sokongan moral dan fizikal.


Penulis: Dr Mohd Shukri Abdullah
Kod Katalog: TBBK1134
Kos ISBN: 978-967-5102-68-4
HARGA: Semenanjung M’sia: RM20.00 / Sabah & S’wak: RM22.00


Wasiat Luqman Al-Hakim


Wasiat Luqman al- Hakim kepada anaknya seperti yang terdapat dalam surah Luqman sering dijadikan rujukan untuk mencari bahan guna mendidik anak-anak. Bukan sahaja berguna bagi anak-anak, malah wasiat atau nasihat ini berguna untuk panduan seluruh umat sejagat. Malah ayat-ayat 12 hingga 19 surah Luqman ini adalah sumber rujukan yang paling popular kerana ia menyorot dengan panjang lebar tentang isi pengajaran kepada kata-kata Luqman al-Hakim kepada anaknya.

Penulis: Ahmad Hasan Mohd Nazam
Kod Katalog: TBBK1122
Kos ISBN: 978-967-5102-56-1
HARGA: RM20.00 / Sabah & S’wak: RM22.00

Cinta Ain Naqilah

Kesetiaannya selama ini tidak pernah dihargai seorang lelaki yang bergelar tunangan. Fariz curang padanya. Sudahlah perasaan Ain Naqilah tidak dipedulikan malah Fariz sama sekali tidak pernah mahu berterus–terang dengannya. Julia Anis meleraikan segalanya. Dia datang bagai menyerah diri kepada Ain Naqilah. Kecewanya Ain Naqilah hanya Tuhan yang tahu. Baru dia sedar yang cinta Fariz bukan lagi untuk dirinya. Perasaan Ain Naqilah terguris. Ain Naqilah tidak mahu silap membuat perhitungan lagi. Biarlah Fariz dengan hidupnya sendiri. Setelah persetujuan dicapai, hati Fariz mula bergolak. Seakan menyesal mengecewakan Ain Naqilah. Fariz mahu mengutip kembali sisa kenangan ketika mereka bersama. Namun Fariz terpaksa akur. Ain Naqilah tidak mungkin lagi menjadi miliknya. Fariz belajar menerima takdir itu. Fokusnya beralih pada Julia Anis. Namun Julia Anis pula yang seperti tidak tegar bersamanya kerana merasa bersalah pada Ain Naqilah. Apabila kesetiaannya tidak dihargai, ke manakah Ain Naqilah mahu membawa cintanya? Adakah menutup ruang hatinya buat seketika atau pun kehadiran Azri berjaya meyakinkan Ain Naqilah bahawa cinta akan enemaninya ke suatu destinasi yang indah? Apakah kesudahannya? Cinta Ain Naqilah merungkai segalanya..

Penulis : Athirah Taha
Kod Katalog : TBBK 1115
Kos ISBN : 978-967-5102-41-7
HARGA : RM 20.00



Makkah Al-Mukarramah Kelebihan & Sejarah


Buku ini membawa penampilan tentang sejarah Makkah al-Mukarramah sebagai sebuah bandar paling lama dan perkembangan semasa kota suci ini, sempadan tanah haram, tentang Makkah, telaga zamzam, sejarah dan detil stuktur binaan Kaabah, Hajarulaswad, Maqam Ibrahim, perkembagan Masjidilharam, cara penyusunan saf di sekeliling Kaabah dan pelbagai lagi.

Penulis : Abd. Basit Abd. Rahman
Kod Katalog : TBBK 1078
Kos ISBN : 978-967-5102-07-3
HARGA : RM 30.00

Syabab Musafir Kasih


Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung. Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya.



Penulis : Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Kod Katalog : TBBK 1072
Kod ISBN : 978-983-5102-03-5
HARGA : RM22.90

Hadiah Buat Muslimah


Penulis : Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Katalog : TBBK 1074
Kos ISBN : 978-967-5102-05-9
HARGA : RM 30.00

HADIAH BUAT MUSLIMAH – Panduan Asas Fiqah Wanita ialah sebuah buku yang wajar dimiliki oleh semua wanita. Terkandung dalamnya perkara asas Fardu Ain khusus yang berkaitan dengan wanita seperti bersuci, jenis air, pembahagian najis, istinjak, wuduk, tayamum, jenis darah, mandi, solat, menutup aurat, solat jenazah, zakat, berpuasa, haji, perkahwinan dan yang berkaitan dengannya, pergaulan, perhiasan, mendidik anak dan poligami.
Hukum-hakam yang dipersembahkan dalam buku ini lengkap dengan nas dari al-Quran dan hadis. Isu yang dibincangkan mustahak, kontemporari dan relevan. Buku ini sesuai untuk semua pelajar wanita, gadis, remaja dan wanita dewasa. Sebab itu buku ini layak dihadiahkan kepada semua golongan Muslimah. Berikan mereka hadiah yang terindah - IBADAH YANG SEMPURNA.

Formula Solat Sempurna


FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.
Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad para ulama hadis silam dan semasa.
Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik. Demikian juga mereka yang khusus dalam ilmu Syariah juga diyakini akan mendapat sesuatu yang menarik daripada buku ini. Kandungan buku ini disusun dalam bentuk menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi s.a.w. Seterusnya huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini.

Penulis : Ust. Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog : TBBK 1048
Kos ISBN : 978-983-3494-98-9
HARGA : RM25.90

Terasing


Penulis : HILAL Asyraf
Kod Katalog : TBBK1101
CP: 5
HARGA : RM 17.00

Syamail muhammad S.A.W


Syamail Muhammad s.a.w. ialah himpunan hadis oleh Imam al-Tirmizi tentang Rasulullah s.a.w. dalam 5 aspek kehidupan Baginda iaitu:
  1. FIZIKAL: Tanda kenabian, rambut, uban, celak, berbekam, pakaian, aksesori, kasut, sandal, cincin, pedang, baju besi, pelindung kepala, serban, sarung dan tempat tidur.
  2. PERILAKU: Cara berjalan, duduk, bersandar, bertopang, tidur, makan, jenis roti, lauk, gelas minum dan buah-buahan.
  3. IBADAH: Wuduk, doa, wangi-wangian, solat Dhuha, solat sunat di rumah, puasa dan membaca al-Quran.
  4. PERHUBUNGAN & AKHLAK: Berbicara, ketawa, bergurau, bersyair, berbual, bersifat tawaduk, rasa malu dan tangisan.
  5. PENGHIDUPAN: Nama-nama Rasulullah, penghidupan, usia, kewafatan, warisan dan mimpi melihat Rasulullah.

Penulis : Imam al-Tirmizi
Kod Katalog : TBBK 1085
Kos ISBN : 978-967-5102-16-5
HARGA : RM 45.00

Doa & Zikir Harian


Buku DOA & ZIKIR HARIAN ini lain daripada yang terdapat dalam pasaran kontemporari kerana ianya disusun dan direka bentuk dengan ciri-ciri keistimewaan tertentu antaranya:
  1. Susunan doa ditujukan khas untuk semua golongan dan peringkat usia.
  2. Setiap doa ada keterangan, petua beramal dan adab-adab.
  3. Buku bersaiz kecil mudah untuk dipegang di atas tapak tangan kiri, dan mudah untuk diselak dari muka ke muka oleh jari tangan kanan.
  4. Orientasi melintang memudahkan format reka bentuk ayat untuk dihafal dan diingat.
  5. Cetak muka surat isi dengan 2 warna melembutkan mata memandang.
  6. Kulit yang cantik.
  7. Model buku ini sesuai untuk dijadikan buku cenderahati untuk tetamu ke majlis perkahwinan, pertunangan, pelajar, sambutan hari ulang tahun atau hari jadi dan sebagainya.


Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1081
Kos ISBN : 978-967-5102-10-3
HARGA : RM 6.00

Kaedah Mendidik Isteri & Anak


Buku Kaedah Mendidik Isteri dan Anak: Antara Galakan dan Larangan Memukul dalam Islam ini menyingkap masalah kegagalan pendidikan dan pentarbiahan yang melanda umat Islam kini. Kegagalan ini melahirkan generasi yang semakin liar. Adakah pendidikan melalui kaedah berlembut dan “memberi muka” menjadi punca segala kegagalan ini? Atau sudah hilangkah amalan pendidikan yang tegas dalam masyarakat kini? Bacalah buku ini untuk mendapatkan kepastian dan jawapannya...

Penulis : Abdul Rahman Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1091
Kos ISBN : 978-967-5102-26-4
HARGA : RM 17.00

Kaedah Al-Matien



Mengapa Anda Harus Menggunakan “Kaedah Al-Matien” Ini? • Mengikut Format Rasm Uthmani. • Menekankan penguasaan huruf-huruf Hijaiyah dahulu sebelum mula belajar membaca. • Tak perlu mengeja hanya lihat dan sebut. • Penggunaan warna untuk bantuan pembelajaran. • Meletakkan tanda warna pada tempat yang dimaksudkan. • Pendekatan potongan ayat secara berperingkat. • Teknik-teknik hukum tajwid yang mudah dan jelas. • Gambar rajah Makhraj dan sifat serta beberapa hukum agar dapat diketahui dengan lebih mudah dan jelas. • Penerangan ringkas dan padat. • Untuk mudah merujuk, nama surah serta ayat dimasukkan (bahagian al-Matien 2).

Penulis : Ustaz Zamri Mohd Zainuldin dan Ustaz Wahid Abd Hanif
Kod Katalog : TBBK 1108
Kos ISBN : 978-967-5102-33-2
HARGA : RM 17.00[

Doa,Zikir & Munajat yang Di Dengari ALLAH


Buku DOA, ZIKIR & MUNAJAT YANG DIDENGARI ALLAH ini mengandungi doa, munajat dan zikir dalam 4 bahagian termasuk kaifiat dan khasiat beramal dengannya:
  1. OA HARIAN dari bangun tidur hingga ke masjid dan ketika hendak tidur malam.
  2. DOA DALAM KEADAAN TERTENTU seperti ketika bermusafir, tahniah kepada pengantin, ketika masuk ke pasar, dalam majlis, pada bulan puasa, mohon kuatkan iman dan doa pada hari-hari tertentu.
  3. DOA MINTA PERLINDUNGAN daripada kesusahan, kesempitan hidup, ketakutan, gelisah, dukacita, menolak bala, ditimpa musibah, membayar hutang, kejahatan dan kezaliman orang lain, menjauhi jiwa yang tidak tenteram, penyakit waswas, perlindungan untuk anak kecil, merawat penyakit, mengusir syaitan dan gangguan sihir.
  4. ZIKIR pada masa-masa tertentu, zikir yang disukai Allah, zikir hauqalah, zikir hasbalah, menghindar daripada api neraka, sebelum memulakan sesuatu yang penting dan banyak lagi.


Penulis : Ustaz Zahazan Mohamed & Mohd Wahid Abd Hanif
Kod Katalog : TBBK 1090
Kos ISBN : 978-967-5102-19-6
HARGA : RM 12.00

Anda Bertanya,Saya Menjawab Tentang Masalah Agama



Penulis: Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi
Kod Katalog: TBBK1128
Kos ISBN: 978-967-5102-60-8
HARGA: Semenanjung M’sia: RM20.00 / Sabah & S’wak: RM22.00

Buku ini menjawab persoalan, masalah atau kemusykilan agama yang sering menghantui ramai orang. Antara aspek yang dijawab seperti • Persoalan peribadi. • Masalah ibu bapa dengan anak-anak dan akhlak remaja. • Hubungan sulit suami isteri. • Hubungan menantu, mentua dan ipar duai. • Kesempurnaan amal ibadah. • Hukum halal haram. • Hukum berkaitan dengan masalah kewangan kontemporari. Anda mungkin mengharungi banyak masalah dalam kehidupan ini. Anda tidak punya banyak tempat khusus untuk bertanya. Mungkin anda tidak punya banyak masa untuk bertanya. Pada masa yang lain anda malu untuk bertanya terutama persoalan yang melibatkan permasalahan yang sulit dan memalukan. Maka buku ini diharapkan dapat membantu anda menyelesaikan masalah anda dengan jawapan daripada orang yang ahli dalam bidangnya.




Amalan Ibu Mengandung



Kehamilan telah dilalui oleh jutaan manusia sejak Nabi Adam a.s. dan telah me-gembangbiakkan zuriat di atas muka bumi ini. Dari-pada risiko penyakit dan kematian bayi yang tinggi seperti kebanyakan ne-gara-negara di Afrika dan sebahagian negara di ran-tau Asia, peningkatan tek-nologi perubatan dan penyelidikan moden telah berkembang pesat untuk menjadikan kelahiran se-bagai “sifar risiko”.

Penulis : Siti Noor Bahyah Mahamood, Haji Muhammad Zakaria, Jaafar Salleh
Kod Katalog : TBBK 1010
Kos ISBN : 983-4244-86-x
HARGA : RM19.90

Mak,Abah...Redhailah Anakmu



Penulis : Ustz Siti Nor Bahyah bte Mahamood
Kod Katalog : TBBK1120
CP: 4
HARGA : RM 12.00

Cinta Granada


Penulis : Rawdha Ashour
Kod Katalog : TBBK11149
CP: 7
HARGA : RM 23.00

Lorong kematian


Mereka hanya inginkan perapian cinta yang meluruhkan jiwa dan memusnahkan gejolak nafsu. Kini Farisi telah bergabung dalam barisan untuk melingkar para sufi itu. Awalnya dia ikut berkeliling melingkar, tapi kemudian ia memberanikan diri untuk maju ke tengah lingkaran. Berdiri di tengah kerumunan para sufi itu. “Saudara-saudara! Nasib kita sama. Di syurga ini, kita terperangkap!“ Teriaknya memancing perhatian mereka. “Benar! Kita sedang terperangkap!“ Sahut seorang sufi. “Lalu, kita mau apa? Ini sudah suratan takdir!“ “Kita tak boleh menyerah! Mari kita tuntut hak kita! Tak ada kebahagiaan di syurga ini. Tak ada keceriaan, hanya kegelisahan!“ “Ya, betul! Kita harus meminta semesta yang lain, bukan seperti syurga ini!

Penulis: Geidurrahman El-Mishry
Kod Katalog: TBBK1130
Kos ISBN: 978-967-5102-62-2
HARGA: Semenanjung M’sia: RM23.00 / Sabah & S’wak: RM25.00

Sesejuk Maaf Di Kalbu


Kisah ini menceritakan tiga orang sahabat yang memulakan persahabatan di tadika kemudian persahabatan itu berterusan ke sekolah rendah. Apabila bersekolah menengah, pelbagai cabaran yang ditempuhi membuatkan mereka terpaksa memilih haluan masing-masing. Ketiga-tiga remaja ini mempunyai masalah keluarga tersendiri. Fazli, ibu bapanya sentiasa sibuk. Bapanya seorang pakar motivasi, ibunya pula sibuk dengan persatuan. Manakala Amirul, ibu bapanya berpisah. Bapanya berkahwin lain. Ibunya pula sakit mental. Dia dan adiknya disara oleh kakaknya dengan duit haram. Shukri pula, ibu bapanya juga berpisah. Dia tiga beradik dipelihara oleh ibunya. Ibunya sanggup berkorban apa sahaja demi kejayaannya. Namun dalam arus globalisasi ini, apabila remaja terdedah dengan banyak perkara, ketiga-tiga remaja ini tidak terkecuali. Mereka tergelincir dalam memilih haluan. Dalam kekalutan hidup itu, Amirul tidak habis-habis menyalahkan bapanya. Fazli juga meletakkan kesalahan ke bahu ibu bapanya. Manakala Shukri, kecewa dengan ayahnya namun perasaannya terbelai dengan ketabahan ibunya. Mampukah ketiga-tiga remaja ini bangun daripada kemelut hidup yang melanda? Mampukah ketiga-tiga remaja ini menyejukkan dendamnya dengan sebuah kemaafan? Ikuti pelbagai onak dan duri yang ditempuhi dalam menghayati peranan sebuah persahabatan dalam mencari jalan kebahagiaan.

Penulis : Atiqah Ghazali
Kod Katalog : TBBK 1125
Kos ISBN : 978-967-5102-58-5
HARGA : RM 17.00

Melodi Hati


Iwan yang merupakan seorang pelajar kolej terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran setelah dia dan adiknya Syahmi, kehilangan ibu bapa. Bukan mudah baginya untuk menjadi seorang abang dan menggalas tanggungjawab menggantikan ibu bapanya, kerana beliau juga mempunyai komitmen lain sebagai seorang penggubah lagu dan penulis lirik. Beliau semakin mendapat perhatian melalui lagu 'Itulah Impianku'. Syahmi bagaimanapun, masih terlalu muda dan nakal. Iwan sering menjadi usikan beliau sehinggalah istilah cinta disalah tafsirkan oleh Ziera. Keadaan bertambah tegang dengan kehadiran rakan lama Iwan iaitu Farah. Sejauh manakah 'Sekaya, Seindah, Setinggi' yang diimpikan Iwan melalui lagu itu akan menjadi satu kenyataan?

Penulis: Iwan Reaz
Kod Katalog: TBBK1135
Kos ISBN: 978-967-5102-67-7
HARGA: Semenanjung M’sia: RM20.00 / Sabah & S’wak: RM22.00

Tautan Hati


Bestseller!!

Penulis : Fatimah Syarha Mohd Noordin
Kod Katalog : TBBK1049
CP: 10
HARGA : RM 29.90

Kamus Al-Farid



• Kamus tri-bahasa ( bahasa Arab – bahasa Arab – bahasa Inggeris– bahasa Melayu ) dengan pendekatan terkini.
• Susunan entri mengikut abjad daripada “alif” hingga “ya” untuk memudahkan carian perkataan.
• Sesuai untuk rujukan pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, tenaga-tenaga pengajar bahasa Arab serta orang awam.
• Mengandungi lebih daripada 50 tajuk-tajuk pilihan untuk memudahkan carian perkataan. • Mengandungi bacaan dalam solat, doa dan zikir harian.
• Mengenal nama, sifat wajib dan sifat mustahil bagi Allah.
Penulis :
1. Dr. Mohd Puhzi Usop – UIAM PJ
2. Mohd Azrul Azlen Abd. Hamid – UIAM PJ
3. Norasmazura Muhammad - UIAM PJ
4. Marzidah Hashim - UIAM PJ
5. Raja Munirah Raja Sulaiman - UIAM PJ
Kod Katalog : TBBK 1099
Kos ISBN : 978-983-4070-96-0
HARGA : RM 50.00

A Comprehensive Prayer Formula



Invite the readers to reflect upon the hadith of the Prophet SAW in which he says, “Pray as you have seen me praying” while giving precedence to the interpretations of evidences by the Shafi`I scholars. In addition, the opinions of other schools of thought are also analyzed and benefited from wherever pertinent. * Motivate the Muslims to perform prayer in the best manner possible by perfecting its pillars and Sunnah acts as well as observing its conditions, through learning and understanding the evidences. * Deepen the relationship with prayer by pondering upon the recitations of the prayer and its movements in perfecting the prayer internally. * Enhance the understanding of the Muslims on the matters that inhibit the presence of khushu` in prayer, especially from among the major sins. * Improve the knowledge of this act of worship which we are commanded to perform five times every single day until our last breath.

Penulis: Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman
Kod Katalog: TBBK1127
Kos ISBN: 978-967-5102-57-8
HARGA: Semenanjung M’sia: RM26.00 / Sabah & S’wak: RM28.00


80 Eksperimen Sains Belakang Rumah


Buku 80 EKSPERIMEN SAINS BELAKANG RUMAH merupakan eksplorasi terbaik bagi kanak-kanak berusia 8 - 15 tahun meneroka sains yang berkaitan tanah, air, udara dan cahaya. Peralatan yang digunakan sangat murah dan mudah didapati di sekeliling kita. Ketahui pelbagai penemuan menakjubkan melalui buku ini. Anda dan anak anda pasti jatuh cinta dengan sains setelah membaca buku ini!

Penulis : Suhaimi Mamat (Pakcik Sains)
Kod Katalog : TBBK 1104
Kos ISBN : 978-967-5102-47-9
HARGA : RM 23.00

101 Kisah & Pengajaran daripada Al-Quran & Al-Hadis Hayatus Sahabah


HAYATUS SAHABAH ini mempersembahkan cerita daripada sirah yang disampaikan dalam bentuk mudah dan menarik. Setiap cerita dimulakan dengan gambar lukisan yang berkaitan sirah tersebut supaya pembaca dapat menggambarkan peristiwa itu dengan lebih dekat dan jelas lagi. Paling penting dicatatkan sumber cerita tersebut. Bagi petikan daripada ayat al-Quran, disertakan surah dan nombor ayatnya. Bagi petikan hadis, disertakan perawinya. Begitu juga bagi kisah para sahabat, disertakan sumber ceritanya. Ini menjadikan ia suatu cerita yang lebih berautentik.

Penulis : Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1062
Kos ISBN : 978-983-3494-99-4
HARGA : RM 29.90

101 Doa Para Nabi & Rasul Dalam Quran


Modul untuk kegunaan harian pelajar dan remaja menghafal doa dan mengamalkan adab-adab seharian. Untuk menjadi cemerlang seseorang harus melakukan lebih usaha. Orang yang banyak membaca, ilmu pengetahuannya bertambah. Orang yang banyak menghafal doa pula akan menjernihkan hati serta menaruh keyakinan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Adab harian pula akan menjadi rutin apabila selalu diamalkan.

Kulit Lembut
Kod Katalog : TBBK 1021
Kos ISBN : 983-3494-20-X
HARGA : RM 19.90
Kulit Keras
Kod Katalog : TBBK 1027
Kos ISBN : 983-4070-91-8
HARGA : RM 25.90

Travelog Seorang Da'i


Menurut penulis buku ini:

Aku persembahkan buku ini untuk berkongsi pengalaman dengan para pembaca di kalangan kaum Muslimin dan Muslimat. Padanya aku coretkan segala pahit manis hidupku sejak kecil, alam persekolahan, menyertai kumpulan samseng sehingga aku mendapatkan hidayah, bertugas di masjid, difitnah berkefahaman Wahabi hingga terpaksa dibawa ke mahkamah, jatuh bangun sebagai peniaga dan akhirnya dapat berdiri teguh dengan inayah Allah SWT.

“Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.”

Biar kita susah dahulu agar kita mendapat kesenangan di kemudian hari. Aku harapkan dengan coretan ini agar segala pengalamanku dijadikan perbandingan dan pengajaran. Aku mahu jelaskan kepada sekalian pembaca adalah dan percayalah, kesusahan hidup bukan hukuman, sebaliknya ia adalah ujian untuk mendapatkan yang terbaik. Firman Allah: “Sesungguhnya berserta kesusahan itu ada kesenangan.”

Penulis : Ustaz Abd. Rahman Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1098
Kos ISBN : 978-967-5102-31-8
HARGA : RM 20.00

101 Doa daripada Hadis -hadis Sahih


Doa dan zikir mampu men-jadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi menga-takan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Selain itu doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir ialah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu dari-pada hadis bermakna pe-mohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w. untuk memohon kepada Allah s.w.t. Sudah tentu impak-nya lebih kuat.


Penulis : Zahazan Mohamed
Kod Katalog : TBBK 1037
Kod ISBN : 978-983-3494-74-3
HARGA : RM29.90

10 Terminal Syurga Rumah Tangga


Buku 10 Terminal Syurga Rumah Tangga mengandungi petua melahirkan rumah tangga yang menjadi idaman dan harapan setiap insan iaitu rumah tangga yang di dalamnya bersemarak suasana sakinah, mawaddah dan rahmah. Terdapat tiga dimensi perkahwinan yang dicatatkan oleh Dr. Abdullah Nasih al-Ulwan dalam kitabnya yang masyhur, Tarbiah al-Awlad fi al-Islam iaitu:-
i. Perkahwinan adalah fitrah manusia.
ii. Perkahwinan adalah kepentingan dalam bermasyarakat.
iii. Perkahwinan adalah penyucian dan pemilihan hati.

Penulis: Dato’ Siti Nor Bahyah Mahamood
Kod Katalog: TBBK1132
Kos ISBN: 978-967-5102-64-6
HARGA: Semenanjung M’sia: RM17.00 / Sabah & S’wak: RM19.00

Saturday, February 27, 2010

Nota Wasiat


SINOPSIS:

Membuat Surat wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan Bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharan Harta Sepencarian bagi rujukan anda.

InsyaAllah dengan sedikit pelaburan membeli buku ini bakal menyelamatkan waris-waris anda dan juga memastikan harta beratus ribu ringgit yang bakal anda tinggalkan akan diterima oleh waris anda.

Tajuk: : Nota Wasiat
Penulis: Md Ghazali Ibrahim
ISBN :
978-983-44519-0-5
M/Surat : 91 M/S
Harga SM/SS: RM 15.90 / 18.90

Bahagi Biar Adil


SINOPSIS

Ilmu Faraidmerupakan kunci untuk kita mengurus, memebahagi dan merancang harta pusaka.

Sesungguhnya terlalu ramai umat Islam hari ini mengabaikan Ilmu Faraid. Ramai yang menganggap ianya remeh. Yang kemudian bila berlau kematian, akhirnya membahagi harta mengikut:

1. Suka Hati
2. Siapa besar dia dapat banyak
3. Siapa cepat dia dapat
4. Siapa yang paling akhir duduk dengan arwah ayah berhak dapat
5. dan seumpamanya

Sedangkan Islam adalah agama yang sempurna, kerana Islam telah mengajar kita:

1. Cara untuk mencari serta mengumpul harta semasa hidup di dunia
2. Cara bagaimana untuk menggunakan harta yang ada untuk keperluan hidup di dunia
(nafkah keluarga, zakat, sedekah dan lain-lain)
3. Cara untuk mempusakakan harta kepada waris-waris selepas kita meninggal dunia iaitu melalui ilmu pewarisan (Ilmu Faraid)

Buku ini berguna bagi sesiapa dari kalangan Umat Islam yang menghadapi masalah harta pusaka. Juga bagi Umat Islam yang ingin menambahkan pengetahuannya dalam Ilmu Faraid. Semoga Ilmu buku ini sedikit sebanyak dapat mengajar dan memimpin Umat Islam ke jalan yang diberkati-Nya.

Tajuk: Bahagi Biar Adil
Penulis: Md Ghazali Ibrahim
ISBN :
978-983-43575-3-5
M/Surat : 108 M/S
Harga SM/SS: RM 18.00 / 21.00

25 Seruan Ayat Al-Quran Buat Orang Beriman


Sinopsis buku:

Kita sering membaca dan mendengar bacaan al-quran, tetapi kita sering juga melupakan peringatan Allah yang terkandung di dalamnya. Terlalu banyak peringatan Allah yang terdapat di dalam al-quran kepada hamba-hambanya.

25 SERUAN AYAT AL-QURAN BUAT ORANG BERIMAN adalah sebahagian daripada ayat-ayat di dalam Al-Quran yang bermula dengan seruan "Wahai orang-orang yang Beriman". Seruan-seruan ini merangkumi dari segala aspek seperti sembahyang, puasa, makan minum, ikhlas, riba dan sebagainya.

Buku ini akan membongkar apakah maksud di sebalik seruan yang Allah turunkan kepada hamba-Hambanya. Semoga ia akan menjadi panduan kepada kita dan seterusnya dapat dipraktikkan dalam diri dan keluarga.

Tajuk: 25 Seruan Ayat Al-Quran Buat Orang Beriman
Penulis: Abi Farhan
ISBN :
978-983-43575-7-3
M/Surat : 130 M/S
Harga SM/SS: RM 20.00 / 23.00

Di Sebalik Diri


Sinopsis :

DI SEBALIK DIRI – Buku ini menyentuh tentang sifat-sifat baik dan buruk di dalam diri manusia yang turut disebutkan di dalam Al-Quran dan Hadis. Sifat-sifat inilah yang mencorakkan manusia khususnya dan mewarnai kehidupan umumnya.

Melalui buku ini, kita akan dapat membuat perbandingan di antara sifat-sifat yang sepatutnya wujud dan dipupuk di dalam diri kita dengan sifat-sifat yang kita amalkan dalam kehidupan harian. Akhirnya kita akan lebih mengenali siapa diri kita sekaligus melahirkan insan baru dengan peribadi yang lebih baik.

Semoga buku ini akan memberikan manfaat dan sinar baru di dalam diri kita. Mudah-mudahan setiap perbuatan yang baik itu akan mendapat pandangan yang baik juga dari Allah swt.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

MOHD SHUKRI BIN HANAFI – Dilahirkan dan dibesarkan serta mendapat pendidikan awal di Kg Pokok Sena, Alor Star Kedah Darul Aman. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam pengajian Usuluddin (Tafsir) dari Universiti Al-Azhar, Mesir; mendapat Ijazah Sarjana Sastera (Pengajian Islam-Usuluddin & Hadis) dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan mendapat Diploma Pendidikan dari Institut Perguruan Darul Aman, Jitra Kedah.

Pernah bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan dan Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP), Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, USM. Kini bertugas sebagi guru di SMK Langkawi Pulau Tuba.

Beliau banyak menulis makalah dan buku, terutamanya yang berkaitan dengan al_Quran, social Islam, pemikiran dan pembangunan. Antaranya Asas dan Prinsip Islam (2002), Terjemahan al-Quran Dalam Pelbagai Perspektif (2003) dan Kamus Istilah Undang-Undang Jenayah Syari’ah:Hudud, Qisas & Ta’zir (2003).


Tajuk: Di Sebalik Diri
Penulis: Mohd Shukri Hanapi
ISBN :
978-983-43575-2-8
M/Surat : 177 M/S
Harga SM/SS: RM 21.90 / 23.90

Murtad Jangan Pandang Sebelah Mata


Siapa itu Ann Wan Seng?
-Beliau adalah Penerima Anugerah Tokoh Maal hijrah peringkat Negeri Selangor 1430H/2009.
-Penerima Anugerah Saudara Muslim Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008

Beliau lahir pada tahun 1968 merupakan anak jati Klang. Memeluk agama Islam pada tahun 1996. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Pengerusi PERKIM Cawangan Putra Wilayah persekutuan, AJK Perkim Wilayah Persekutuan, Bekas tenaga pengajar di Jabatan Antrapologi dan Sisiologi UM. Beliau telah menulis lebih dari 30 buah buku dan pernah menjadi penulis di kolumnis Harakah, Mingguan Waktu, Media Islam, Mingguan Kota, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar, Dewan Kosmik, Sarina, Majalah I, Minda, Tamadun dan banyak lagi.

Apa Istimewanya buku ini?

Istimewanya buku ini ditulis oleh seorang Saudara Baru. Penulis cuba membawa gambaran sebenar gejala murtad yang berlaku dan melanda umat islam kini. Kenapa, Mengapa dan Salah Siapa? Semuanya boleh terjawab dengan mendapatkan naskah ini.

MURTAD: JANGAN PANDANG SEBELAH MATA memberikan pelbagai perspektif untuk membolehkan kita memahami persoalan dan permasalahan murtad yang kita hadapi ini.

Buku ini juga mengutarakan beberapa kes dan kejadian murtad yang pernah menjadi isu hangat di dalam negara supaya pembaca mendapat gambaran yang sebenar di sebalik setiap kejadian yang berlaku. Semoga buku ini boleh membuka minda umat islam di malaysia agar sentiasa bersikap waspada, peka dan seterusnya membabitkan diri sama ada secara langsung atau tidak di dalam menghadapi ancaman murttad ini.

Tajuk: Murtad: Jangan Pandang sebelah Mata
Penulis: Hj Ann wan Seng
ISBN :
978-983-44519-1-2
M/Surat : 192 M/S
Harga SM/SS: RM 21.90 / 24.90

21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh


SINOPSIS

Jika anda termasuk orang yang merasa berat untuk bangun solat Subuh, maka buku ini akan membangkitkan anda. Tidak pernah menghadiri solat Subuh berjamaah merupakan sikap tasyabbuh (menyerupai) perilaku kaum munafik pada zaman Nabi. Sebagaimana sabda Rasullullah yang bermaksud " Barangsiapa yang menyerupai satu kaum, maka ia termasuk golongan kaum tersebut" (HR Muslim). Cuba anda renungkan 'Munafikkah anda' atau dalam hati anda telah bersemi benih-benih kemunafikkan.

Jika anda berkata 'tidak' atau bukan, maka buktikan bahawa anda bukan seorang munafik. dan satu-satunya cara untuk membuktikan adalah tanamkan azam dalam diri anda mulai esok anda akan buangkan rasa mengantuk yang menjerat dan rasa malas yang membelenggu diri anda dan berbarislah bersama jemaah dalam menunaikan solat Subuh.

Buku ini membantu anda dalam memperbaiki diri anda, dengan tip-tip yang mudah difahami akan merubah diri anda menjadi antara insan-insan yang berada di barisan jemaah subuh.

Tajuk: 21 Tip Bagi Yang Sukar Solat Subuh
Penulis: Syeikh Muhammad Shalih Al Munajjid
ISBN :
978-983-44519-4-3
M/Surat : 148 M/S
Harga SM/SS: RM 14.90 / 17.90

Cinta Adam dan Hawa


SINOPSIS:

CINTA ADAM DAN HAWA merupakan himpunan beberapa kisah cinta yang diadaptasi dari al-Quran. Bermula dengan kisah Ashabul Kahfi, Nabi Musa dan Qarun, Thalut dan Jalut, Adam dan Hawa serta Yusuf dan Zulaikha yang memaparkan kesungguhan, pengorbanan, kasih sayang dan penyesalan untuk kita mengambil iktibar dari cerita yang dipersembahkan. Penuh dengan pengajaran, tauladan dan pedoman yang boleh diambil dan dihayati untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

Didatangkan dalam bentuk cerita dan sajak menjadikan buku ini amat menarik, ringkas dan padat untuk dijadikan bahan bacaan dan rujukan seisi keluarga terutama pelajar sekolah dan remaja.

NORMALA KARI merupakan seorang guru pendidikan Islam sejak 1998 hingga sekarang di Sek Keb LimPoon (1) Batu Pahat, Johor. Berasal dari Setiu, Terengganu. Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Agama Atas Sultan Zainal Abidin (ting 6) sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Diploma dalam Pengajian Islam di Maktab Perguruan Kinta, Ipoh Perak (1995-1997)

Selain bertugas sebagai guru, beliau aktif dalam pelbagai pertandingan termasuk pertandingan mencipta slogan, tilawah al-quran, berzanji, hafazan dan juga terlibat secara langsung dalam melatih dan menyediakan teks kisah-kisah dari al-Quran dan sajak. Sering muncul sebagai johan dalam kategori yang disertai sama ada di peringkat daerah dan negeri. Bermula dari tahun 1998 hingga 2000, Sek Keb LimPoon(1) telah mencipta rekod apabila tidak pernah tewas dalam setiap pertandingan bercerita (kisah nabi) dari al-Quran di peringkat zon bagi kategori lelaki dan perempuan. Buku ini adalah hasil tulisan beliau yang terawal.

Tajuk: Cinta Adam Dan Hawa
Penulis: Normala Kari
ISBN :
978-983-44519-2-9
M/Surat : 146 M/S
Harga SM/SS: RM 20.00 / 23.00

Laluan Ke Syurga


SINOPSIS

"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda " KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.

Buku ini boleh di ibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.

Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah di fahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh di terima oleh semua peringkat umur.

ABDUL FATAH ZAKARIA - dilahirkan pada 21 jan 1963, merupakan Imam Masjid Kota Damansara dan bapa kepada tiga orang cahaya mata. Lulusan Diploma dalam Pengajian Islam dari Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah dalam Pengajian Islam (Quran dan Sunah) di UKM pada tahun 1989. Selepas 2 tahun beliau melanjutkan pelajaran perinkat Master di Universiti Khartoum pada tahun 1991. Beliau juga bekas pensyarah di UIAM (1989-1999) dan Kolej Sultan Zainal Abidin (2000-2007)

Tajuk: Laluan Ke Syurga - Jalan Mana Pilihan Anda?
Penulis: SAbdul Fatah Zakaria
ISBN :
978-983-44519-3-6
M/Surat : 183 M/S
Harga SM/SS: RM 21.90 / 24.90


Bingkisan Ramadan


SINOPSIS

BINGKISAN RAMADAN- buku ini mengandungi 29 bingkisan sebagai buahtangan untuk dijadikan panduan menghidupkan budaya ilmu di bulan Ramadan khususnya. Ia turut mengandungi peringatan-peringatan yang boleh menginsafkan tentang kelebihan bulan Ramadan dan amalan-amalan yang elok dilakukan sepanjang bulan ramadan. Buku ini boleh menjadi panduan tazkirah untuk seisi keluarga dan juga amat sesuai digunakan oleh para pendakwah sebagai panduan di dalam menyampaikan mesej dakwah kepada orang ramai.

ZURIDAN MOHD DAUD - dilahirkan pada 31 Disemberv 1971 di Jerantut, Pahang. Mendapat pendidikan menengah di Sek Men Agama Pulau Tawar Jerantut Pahang sebelum melenjutkan pelajaran diperingkat Ijazah dalam bidang Undang-Undang dan Pengajian Feqah dari Universiti Al-Bait, Jordan pada tahun 1999. Pernah bertugas sebagai Pensyarah di Pusat Bahasa Arab Institut Kemajuan Ikhtisas, Pahang selam enam tahun. Memegang jawatan Pengarah Program di International Centre For Islamic Studies Kolej IKIP selama empat tahun. Kini, beliau menyandang jawatan sebagai pensyarah di Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan Universiti Malaysia Pahang dan merangkap Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang.

Beliau seorang yang aktif dan banyak terlibat dengan aktiviti dakwah, khususnya di negeri Pahang. Selain daripada itu, beliau juga banyak menulis artikel yang disiarkan di dalam kahbar perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Beliau juga pernah dijemput sebagai panel bagi slot Halaqah TV9 dan buletin Utama TV3.


Tajuk:Bingkisan Ramadan
Penulis:Zuridan Mohd Daud
M/Surat:140 m/s
Harga SM/SS: RM 20.00 RM 20.00










Bina Visi & Misi Anda


SINOPSIS:

Islam mempunyai 'worldview' yang cukup tepat dan benar mengenai kejayaan. Bagi Islam, kejayaan dibahagikan kepada 2 iaitu kejayaan dunia dan juga kejayaan akhirat. Kedua-dua kejayaan ini seperti yang disebut di dalam al-Quran dan wajib dituntut oleh umat islam. Kedua-dua kejayaan ini juga saling berkaitan dan tidak terpisah. Islam juga tidak mengajar kita untuk meminggirkan duniawi demi untuk mencapai kejayaan akhirat dan begitu jualah sebaliknya..

Tetapi bagaimana mahu mencapai kejayaan? Apa yang perlu anda lakukan? Langkah pertama untuk mencapai kejayaan ialah memiliki Visi dan Misi hidup yang jelas.

Dalam buku kecil ini, diperjelaskan langkah demi langkah untuk mencapai kejayaan bermula dengan penetapan Visi, Misi hinggalah keyakinan diri.



Tajuk: Bina Visi Dan Misi Anda
Penulis: Hairul Azman
ISBN : 978-978-44519-9-8
M/Surat : 80M/S
Harga SM/SS: RM 12.00 / 15.00

Menangani Individu Sukar


SINOPSIS:

Adakah kita merupakan individu sukar? Atau mungkin hampir menjadi individu sukar? Atau orang yang di sekeliling kita adalah individu sukar yang mampu untuk mengheret kita bersama jemaah mereka? Perbincangan di dalam buku ini berkisar mengenai individu sukar bukanlah untuk kita fikirkan buat orang lain, tetapi yang paling penting adalah tertuju kepada diri kita sendiri. Selama ini mungkin kita menganggap orang lain di sekeliling kita adalah individu sukar. Padahal orang lain juga melihat kita sebagai individu sukar buat mereka. Buku ini mensajikan teknik-teknik berkesan menghadapi individu sukar yang diekstrak dari sejarah kehidupan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s seperti mana yang diceritakan di dalam Al-Quran dan Al-Hadith. Kepada pembaca mari bersama-sama kita mengembara ke zaman Nabi Musa a.s dan Fir'aun laknatullahi'alaihi. Pastinya kita tidak akan menjadi individu sukar!! InsyaAllah.
NORDIN JAAFAR - dikenali sebagai artis dan pernah menjadi vokalis utama bagi kumpulan AlarmMe dan Raihan serta telah menjelajah ke lapan buah negara membuat persembahan seperti Singapura, Indonesia (Gorontalo, Jakarta, Jogjakarta, Acheh), Peranchis (Paris, Lille, Lyon, Strabourg), United Kingdom (London), Kanada, Trinidad & Tobago, Dubai dan Kuwait.

Tajuk: Menangani Individu Sukar

Penulis: Nordin Jaafar
ISBN :
978-983-43575-59-7
M/Surat : 186 M/S
Harga SM/SS: RM 24.90 / 27.90

Transformasi P.I.E.S


SINOPSIS


Mengapa semua manusia di dunia ini mendambakan kejayaan? Persoalannya, apakah bentuk kejayaan yang mereka impikan selama ini? Apakah penting kejayaan itu dalam rekod kehidupan mereka? Mengapa mereka begitu bersungguh-bersungguh untuk mencapainya? Inilah yang dikatakan matlamat universal. Mengapa penulis berkata sedemikian? Sudah tentu kejayaan adalah kepuasan yang mampu memberikan self esteem yang tinggi bagi mereka yang memilikinya.

Kehidupan kita amat berharga, menarik dan unik sekali. Jika kita mengisi ruang dan peluang ini dengan sesuatu yang mengelirukan dan ia menjadi agenda utama dalam menuju kejayaan, saya yakin kita akan keliru dalam mendefinisikan kejayaan yang sebenarnya.

Buku Energi P-I-E-S merupakan buku penulisan Mohd Syamil berkenaan konsep mengenali diri sendiri menerusi Model P-I-E-S yang komprehensif. Ia ditulis menerusi disiplin ilmu yang pelbagai dimensi seperti Sumber Manusia, Psikologi, Amalan Pengurusan dan pelbagai lagi bagi memastikan sumber daya manusia ini mampu dimanipulasikan semaksima mungkin. Hal ini bertujuan agar manusia mampu melaksakan tugas harian mereka menerusi fitrah mereka yang sudah tersedia!

Buku ini adalah satu perkongsian penulis dengan anda mengenai potensi diri sendiri. Manusia mempunyai sebab yang utama untuk wujud dan tinggal di muka bumi yang luas ini. Tidak ada seorang manusia yang wujud di dunia ini sia-sia belaka kerana ia mempunyai potensi yang tersendiri dan tersembunyi.

Tajuk: Transformasi P.I.E.S - Kenali Potensi Diri Anda
Penulis: Mohd Syamil Mohd Yusuff
ISBN :
978-983-44519-8-1
M/Surat : M/S
Harga SM/SS: RM 25.00 / 28.00

Jangan Sekadar Haji


SINOPSIS

Sesungguhnya ibadah haji adalah salah satu di antara ibadah yang afdal. Ibadah Haji diletakkan sebagai ibadah khusus dalam kehidupan umat Islam dan salah satu di antara amal-amal ketaatan yang amat mulia. Apabila kita mengamati sebaik-baiknya Ibadah Haji adalah salah satu Rukun Islam yang dengannya Allah SWT telah mengutus Nabi Muhammad SAW dan tidak akan menjadi lurus serta benar agama seorang hamba kecuali dengannya. Ini bermakna ibadah haji adalah kemuncak kepada segala ibadah.

Dari segi sejarah, ibadah haji ialah syariat yang dibawa oleh junjungan nabi kita iaitu Muhammad SAW sebagai membaharui dan menyambung ajaran Nabi Allah Ibrahim a.s. Ibadat haji mula diwajibkan ke atas umat Islam pada tahun ke-6 Hijrah, mengikut qaul yang masyhur iaitu dengan turunnya ayat 97 surah Ali-Imran yang bermaksud :

“Dan Allah SWT mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu dan berkuasa sampai kepadaNya dan sesiapa yang kufur dan ingkar kewajipan haji itu, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya dan tidak berhajatkan sesuatu pun daripada sekalian makhluk.”

Tajuk: Jangan Sekadar Haji : Miliki Haji Mabrur
Penulis: Ustaz Haji Hairulazman
ISBN : 978-983-44519-7-4
M/Surat : M/S
Harga SM/SS: RM 18.00 / 21.00

Hadirnya Permata Hatiku



SINOPSIS

Menyambut yang tersayang merupakan saat paling manis dan bahagia dalam hidup pasangan yang sudah berumahtangga. Inilah waktu yang dinanti-nantikan, apatah lagi jika yang dinantikan itu adalah kelahiran sulung. Tapi apakah orang yang tersayang ini akan dipelihara dengan sebaiknya mengikut didikan yang telah Allah SWT kurniakan kepadanya sebelum dilahirkan? Apakah ibu bapanya akan memenuhi segala kehendak fitrahnya sebagai manusia?

Sebagai Muslim, seorang anak mestilah dididik mengikut acuan dan akhlak Islam berpandukan sumber al-Quran dan hadis. banyak pesanan dan amanah seorang bapa kepada anaknya terdapat di dalam al-Quran. Terdapat juga doa-doa yang boleh para ibu bapa jadikan amalan untuk mendapat zuriat yang baik dan soleh. Buku ini sesuai dijadikan bahan bacaan kepada semua, terutama golongan muda yang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga. Buku ini merupakan pilihan yang terbaik bagi setiap pasangan kerana ia menyediakan pelbagai panduan dan langkah-langkah mempersiapkan diri dalam menuju gerbang alam hidup berkeluarga.

Tajuk: Hadirnya Permata Hatiku
Penulis:Dr Mek Wok Mahmud / Sri Zuraihan Mohamad
ISBN : 978-967-5426-01-8
M/Surat : 162M/S
Harga SM/SS: RM 19.90/ 22.90

Diari Sufi



SINOPSIS


Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah. Membuat orang tidak percaya menjadi percaya. Memberikan keberanian pada yang ketakutan.

Setiap dari sesuatu yang dijadikan olehNya pasti datang dengan sebab dan sifat. Begitu juga dengan sebuah hari yang belum tentu manis pahit yang menanti untuk kita lalui sebagai hambaNya. Kenapa harus dimulakan dengan doa? Kenapa pula perlu disudahkan juga dengan doa? Satu persoalan yang kadang-kadang sengaja kita lupakan. Doa itu bekal, doa itu senjata. Mana mungkin kita hamba yang lemah boleh mengatur langkah gagah tanpa bantuan dariNya, sedang nabi dan para rasul yang maksum saban malam bersengkang mata menadah tangan berdoa agar perjuangan dan hati mereka sentiasa di bawah kasih sayang dan rahmatNya. Apatah lagi kita insan lemah yang hina dina ini. Jangan sombong dengan Khalik.

Setiap insan punya cara tersendiri untuk meluahkan rahsia hati, tidak kira pada sahabat, teman mahu pun keluarga. Tidak semua rahsia hati mampu diluahkan dengan kata-kata. Maka lahirlah Diari Sufi yang diselitkan dengan doa, buat renungan untuk insan-insan kerdil yang selalu mengharapkan keredaanNya.


Tajuk: Diari sufi
Penulis:Siti Munazakiah
ISBN : 978-967-5426-02-5
M/Surat : 120M/S
Harga SM/SS: RM 15.90/ 18.90

Friday, February 26, 2010

Bila Allah Menduga Kita



SINOPSIS


BILA ALLAH MENDUGA KITA lebih terperinci tentang aspek-aspek kehidupan manusia seharian. Ianya berkisarkan tentang permasalahan dan persoalan hidup yang sentiasa menyelubungi diri setiap insan. Setiap masalah yang timbul ada kebaikan dan keburukan, terpulang pada individu bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah tersebut.

Kita harus ingat, setiap saat Allah SWT akan menduga umatNya dengan berbagai-bagai ujian, tidak kira dari segi kesusahan mahupun kesenangan. Sikap sabar, tabah, berdoa dan bertawakal amat penting kerana Islam sentiasa memberikan jalan dan sikap positif yang indah, terpulanglah pada individu untuk memahami dan mempraktikkannya dengan baik supaya kita tidak hanya berjaya di dunia, malah di akhirat kelak.

Oleh itu setiap perkara yang datang perlulah ditangani dengan bijak, jangan bertindak terburu-buru dan selebihnya berserah kepada Allah SWT.


Tajuk: Bila Allah Menduga Kita
Penulis:Syed Alwi Alatas
ISBN : 978-967-5426-06-3
M/Surat : 208M/S
Harga SM/SS: RM 19.90/ 22.90

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...