BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, February 25, 2010

Gerakan Orientalisme & Kristianisasi -Ancaman Kapada UMMAH!!!


Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini. Buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama. Tetapi HRP memutuskan untuk mengasingkan judul tersebut menjadi 2 siri bagi memudahkan pembaca memilikinya. Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawaIslam ke lembah kehancuran. Oleh itu, sebagai muslim yang telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang Satu dan Muhammad itu pesuruhNya harus sama-sama memikul tanggungjawab untuk mempertahankan agama ini. Semoga Islam akan terus dijulang tinggi oleh setiap generasi muslim. Amin.. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin..”

Sem.Malaysia RM 35.90
Sabah Serawak RM 37.90

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...