CINTA, suatu lafaz ‘keramat’ yang acap kali khalayak membicarakan tentangnya – dari yang bernama remaja sehinggalah insan-insan yang usianya ditelan senja. Ia diibaratkan hembusan nafas untuk sebuah kehidupan, suatu anugerah kurniaan Ilahi. CINTA, sebahagian naluri insani; ingin berCinta dan diCintai. Tapi, CINTA – tidak selamanya mengarah dan menjurus kepada perilaku seksual semata. Masih ada CINTA lain yang harus kita perhatikan dan dambakan sentiasa – suatu hakikat yang sering dilupakan. Apakah CINTA itu?
Cinta kepada Islam…
Cinta kepada saudara seIslam…
Cinta akan keadilan dan kebenaran…
Itupun, masih banyak bunga-bunga CINTA yang belum dibicarakan, yang terukir indah di bawah naungan CINTA Allah dan Rasul-Nya! Semoga, huraian dan paparan penulis membawa kepada pemahaman CINTA dalam erti kata sebenar – CINTA yang tidak hanya sebatas di bumi, tetapi menerobos ke alam Syurgawi!
Seindah-indah CINTA adalah CINTA kepada
Penggenggam alam semesta..
Kepada yang Maha Mencinta
yang tiada pernah putus CintaNya
yang kekal CintaNya…
DIAlah ALLAH!
ALLAH yang Maha Agung
Maha Indah, Maha Penyayang
Maha Membela, Maha Mempesona
CINTA kebenaran
CINTA Rasulullah
CINTA semata-mata
kerana ALLAH...
Selamat berCINTA!____________________________________________________________
PERINCIAN BUKU 11 :
Wednesday, June 10, 2009
Transformasi 360 darjah Zahir Batin
Segalanya bermula disini.. Tidak lama lagi.. Motivasi bukan lagi Motivasi tetapi Transformasi!!!
Satu trademark berkonsepkan motivasi tetapi bukan lagi motivasi ia 'Transformasi' untuk dihidangkan buat pembaca, Lihat, baca dan bertindak terus untuk diamalkan.. 360 darjah putaran segi Zahir & Batin untuk kesempurnaan hidup seseorang insan.
Kehidupan kita dewasa ini banyak terpengaruh dengan bahan-bahan bacaan disekeliling, ilmu-ilmu yang fositif atau tidak akan mengelirukan kita. Tetapi hati kita tidak boleh menipu, bahan yang mana baik untuk tatapan pilihan kita. apa yang baik semestinya boleh kita amalkan dan yang buruk boleh sahaja kita tinggalkan.. tidak kira daripada buku, surat khabar, internet, risalah-risalah dan pelbagai lagi bahan bacaan yang tiada sempadannya..
Dengan situasi ini penerbit akan membawa anda dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai panduan hidup melalui konsep Transformasi ini Lihat, baca dan bertindak terus. Bermula dengan buku bertajuk Cuba try Cinta insya Allah akan menemui pembaca supaya mudah diterima sebagai bahan untuk kita membuat perubahan untuk diri sendiri dan secara tidak langsung menterjemahkan kepada kehidupan kita seharian, dan dalil-dalil Hadith juga Al-Quran menjadi sumber pegangan sebagai panduan..
Transformasi tindakan diri insani...
0 comments:
Post a Comment